20.12.11, 21.12.11 dan 22.12.11 - Cerita Ita                                                             20.12.11, 21.12.11 dan 22.12.11 Langkau ke kandungan utama

20.12.11, 21.12.11 dan 22.12.11

Naik lagi?

20.12.11 jam  9.30 malam
salam semua,
hari ni dah masuk hari keenam, esok genap seminggu kami kat hospital ni...aku dah sampai tahap zombie dah ni rasa ni..duduk pun boleh terlelap dah ni..wah betul punya mengantuk ni tau...

keputusan pagi ni dah keluar.. naik balik la pulak..kali ni 16.8... kalau sampai khamis ni tak ok jugak aku nak mintak transfer HTAA la... kurang2 shah boleh kerja bila kami kat sana..ni dia susah hati je dah ni tinggalkan kami anak beranak kat hospital ni... anak2 lain aku tak risau sangat sebab mak aku yang jaga...abg long je la macam rindu sikit dengan ummi dia...abg ngah macam dah lupa pulak ummi dia..dah ramai yang melayan... sedih pulak bila tengok dia tadi...aku harap sangat boleh keluar esok lusa...sihat la nak... boleh kita tidur lena2 kat rumah...
p/s wad ni dah keluar masuk orang baru, kita je yang tak keluar2 lagi sayang....


Perkembangan positif

21.12.11 jam11.45 malam
salam semua,
semalam aku update pasal bacaan bilirubin adik Nur makin naik kan? malam semalam gak aku tak boleh tidur... adik Nur pun kejap2 jaga nak susu...ada orang baru menangis dia pun sama berjaga... berjaga kalau nak terus duduk bawah lampu takpe la jugak ni tak ;mengempeng' je keja dia... sampai sakit2 puting aku dibuatnya..aduhai...
pagi tadi macam biasa iorang ambik darah pukul 5.. keputusan yang keluar makin turun 15.4... aku rasa makin positif... petang tadi pulak ada ambik darah lagi... makin turun lagi ke 12.8... aku terus je letak adik Nur bawah lampu harap2 makin turun menjelang ambik arah pagi esok...
p/s aku harap sangat boleh balik esok..tak larat dah nak duduk sini lagi.. dah seminggu dah pun...

Aku Betul Rasa Hilang SABAR dah ni...!
22.12.11 jam 10 pagi
salam semua,
korang sihat? aku je yang tak bape sihat dah rasa sekarang ni kot...aku dah sakit emosi dah ni.. stress tau... sebab apa? result adik Nur boleh naik ke 17.5! aku memang rasa hangin.. aku memang tak faham macamana mekanisma rawatan untuk jaundice ni..tapi patut2 la kan kalau nak naik pun..adik baik je duduk bawah lampu lebih baik dari anak orang lain..dia ok je tak nangis2 selama seminggu ni..sangat bekerjasama..
tau apa aku cakap dengan doktor tadi? "takkan boleh jadi macam ni?, ke mesin kat lab tu tak ok?"
pastu boleh dia jawab "mungkin  ada lab error.., kita akan ulang ujian"
aku jawab lagi la " kalau lab error pun takkan sampai nak sakitkan budak?" serius aku sedih tau...

bila pakar datang tadi pulak kata mungkin lampu tak ok... lepas seminggu turun naik baru korang nak kata mungkin lampu tak ok? wei.. kalau anak korang la apa korang rasa hah? dan dah confirm pun sekejap tadi lampu uv ni memang tak ok... standard dia 12 tapi tau bape bacaan yang dapat 5.3!
hah ambik! wei aku rasa sangat sia2 abiskan masa kat hospital ni tau.. seminggu aku tinggalkan anak2 aku cuma nak korbankan darah anak aku yang kecik ni setiap hari dan bogelkan anak aku untuk rawatan yang bukan rawatan sebenarnya... tolong la... aku nekad je nak mintak balik dah ni..esok shah ada aku akan pastikan kami balik! FOR SURE!
P/S AKU MEMANG SANGAT2 EMOSI SEKARANG NI... NAMPAK SANGAT MACAM DIPERBODOHKAN JE KAN...?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Pengalaman Bertembung Dengan Gajah

Bertemu Gajah Tanpa Dijangka Assalamualaikum semua, aku nak kongsikan pengalaman aku bertembung dengan gajah liar di tempat kerja kami pada penghujung bulan lepas. Sesungguhnya ianya adalah pengalaman yang tidak dijangka. Banyak pengajaran dari kisah ni yang aku pelajari. Kisahnya tempat kerja kami ni memang ada kawasan yang sering jadi tempat singgahan gajah liar. Ianya disebabkan laluan mereka sejak dari dulu lagi. Memang antara kawasan tu dulu adalah hutan dan belukar. Dijadikan cerita pulak bila ada pulak kawasan yang masih ada belukar kecil untuk persinggahan mana mereka ni. Tiang elektrik tumbang Di hari kejadian tu, kami terima laporan ada gangguan gajah yang menyebabkan tiang elektrik tumbang dan kerosakan lampu jalan lada hari sebelumnya. Jadi kami pun meninjau kawasan keesokan harinya. Sampai di tempat kejadian memang ada beberapa tiang elektrik tumbang dan lampu jalan yang rosak. Kami pun buat aduan ke talian TNB untuk Kerja-kerja penyelenggaraan oleh TNB. Selepas tu kami ti...