Seronoknya bermain hujan - Cerita Ita                                                             Seronoknya bermain hujan Langkau ke kandungan utama

Seronoknya bermain hujan

Seronoknya bermain hujan 

Seronoknya anak-anak bermain hujan


Assalamualaikum semua,  baru ni PM umumkan cuti umum sempena meraikan kerajaan baru yang memerintah. Johor pulak umumkan cuti umum juga sempena pasukan JDT melangkah kaki ke pusingan akhir Piala Malaysia bertemu Selangor semalam. Sebab itu juga aku dapat menikmati pemandangan anak-anak seronoknya bermain hujan ni. 

Lebat betul hujan siang tadi


Jadinya bercuti panjanglah kami di Johor ni sampai Isnin esok. Kami tak kemana pun. Cuma balik kampung je. Di kampung pun masih ada tanggungjawab untuk diselesaikan. Itu pun selalunya kena berbahagi dengan adik beradik yang ada pasal tuntutan keluarga sendiri juga. 


Macam kami ni agak berat juga. Shah selalunya akan terus buat pau untuk diniagakan. Anak-anak pulak terikat dengan aktiviti sekolah memandangkan masing-masing akan hadapi peperiksaan besar. Serba salah juga selalunya. 


Walau terhad masa yang ada, juga kesihatan diri yang dah tak berapa baik. Kena luangkan juga untuk yang tersayang. Buat saja la apa yang terdaya. 


Balik baru ni banyak melayan badan sendiri. Bila dah makin berusia ni kalau selalu kena berjalan jauh agak meletihkan juga. Jadi selalunya hujung minggu akan ambik juga masa untuk rehatkan diri. 

lebih main hujan dari main bola

team perempuan 


Anak-anak memang sukalah kalau balik kampung sebab dapat berkawan dan bermain dengan bebas. Jauh bezalah kalau duduk di bandar. Nak keluar rumah pun terhad. 


Macam hari ni pulak hujan lebat. Apa lagi,  anak-anak memang ambik peluang la berjeruk dalam hujan lebat. Lain tau rasa main bola waktu hari biasa dan waktu dalam hujan. Lebih seronok nampaknya mereka bermain dalam hujan. 

mengigil dah minta masuk akhirnya


Yang kecik macam si Adam tu pun tak nak kalah. Sama naik macam abang dan kakak. Tapi lepas setengah jam dah sejuk gigil dan dah minta nak naik rumah. Haha. 


Bila dah malam, masing-masing akan tidur lena tanpa gangguan. Macam tu la kehidupan aku mas kecik-kecik dulu. Rindunya zaman tu. Yang mana memang takkan kembali dah. Tiada apa nak difikirkan selain bermain. Memang seronok. 


Satu masa kenangan ini jugak yang akan menghiasi hidup anak-anak nanti. Mereka akan terkenang zaman kecil mereka bermain bersama sepupu dan kawan-kawan mereka. Walaupun arus kemodenan semakin menerjah kehidupan kita, jiwa kanak-kanak ini tetap sama,  mendambakan keseronokan hidup. 


Semoga kemakmuran dan keamanan ini akan kekal selamanya.. amin. 


Ceritaita

Ulasan

  1. wahh bestnya main ujan.. teringat zaman2 dulu sambil main hujan sambil basuh porch depan rumah

    BalasPadam
  2. anak2 memang seronok kalau dapat main hujan

    BalasPadam
  3. Saya yang dewasa pun suka jugak main hujan..tapi sekejapan jela..tak dan lelama..Ada masanya, memang nikmati je hujan tu lagi lagi time balik kerja, redah je..malas bukak payung or memang tak bawak payung..macam harini..huhu

    BalasPadam
  4. Seronok betul mandi hujan erk..dia paling seronok hujan yang betul2 lebat..kalau dapat kat rumah kampung ada pokok2 lagi best....rindu plak nak mandi hujan

    BalasPadam
  5. wah seronoknye... sesekali dapat main hujan... mesti tak ingat dunia happy nya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat