Aktiviti kami di 11.11.2022 - Cerita Ita                                                             Aktiviti kami di 11.11.2022 Langkau ke kandungan utama

Aktiviti kami di 11.11.2022

Aktiviti kami di 11.11.2022

Aktiviti kami di 11.11


Assalamualaikum semua,  sana sini sibuk pasal jualan 11.11. Tak kurang jugak yang tunjuk gambar menunjukkan ulangtahun perkahwinan masing-masing. Tarikh cantik la katakan. Aku je dulu berebut sangat nak kahwin sampai tak kira dah tarikh masa tu. Hahaha.


Tapi semalam bukan ada apa pun selain melayan kumpul coin yang banyak dan jualan di Shopee je.  Pagi 11.11 tu kami, aku dengan Shah luangkan masa berjalan sekitar taman kami duduk di Kluang ni. Baru nak keluar berdua,  si Adam jaga pulak dari tidur, sudahnya terpaksa bawak dia jugak.


Tapi kemudian tu kami hantar dia balik dan kami ulang ronda satu lagi pusingan. Adam tak ikut dapatlah jalan laju dan jauh sikit. Itulah dah tua-tua nak beranak kecik lagi. Padan muka kau ita. Hahaha. 


Balik dari brisk walk tu aku terus perap yis konon berangan nak buat roti. Lepas tu biar dia berbuih sambil tu aku godeh buat kek marble pulak. Kek marble aritu tak cukup pulak. Berebut masing-masing makan. Maklumlah lama tak buat kek. 



Biar je la dia buat keja kita


Resepi kek marble ada kat post sebelum ni. Dalam masa yang sama aku masukkan adunan roti kat dalam bread maker dan biar je la dia buat kerja untuk aku. Selesai masalah. Bila dah siap masukkan kek marble dalam oven, sedang elok rehat kejap adunan roti dah siap dan sedia untuk disolekkan. 


Nantilah aku bagi resepi roti senang ni. Nampak resepi ni senang je nak buat dan tak banyak bahan. Cuma itulah banyak lagi benda kena belajar dan perbaiki. Terutama kesabaran. Buat roti kena banyak sabar ya. Pengsan. 


Petang tu kami balik kampung dan habiskan hujung minggu kami di kampung pulak. Minggu ni je sempat balik. Minggu depan dah kena balik Kuantan untuk mengundi pulak. Raya oiii. 


Ceritaita

Ulasan

  1. cantik kejadian roti tu yum yum mesti sedap. nanti share resepi tau. bg tips sikit buat roti

    BalasPadam
  2. Sama mesin roti kita. Dah lama tak meroti jugak ni lepas ketidakjadian terus rasa malas nak buat. Kena tunggu mood rajin.

    BalasPadam
  3. menjadi roti Ita, lepas ni senang dan boleh buat sendiri..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat