Top 5 Restoran Nasi Kandar Di KL Yang Dapat Menyaingi Pulau Pinang

11:59:00 PTG

Top 5 Restoran Nasi Kandar Di KL Yang Dapat Menyaingi Pulau Pinang


Assalamualaikum semua, teringin pula nak makan nasi kandar tapi nak ke Penang bukannya mudah. Dengan keadaan PKP yang tidak boleh merentas negeri ini, kita tidak boleh pentingkan diri. Jika benar-benar tidak ada hal penting, tetap lah mengikut syarat yang kerajaan tetapkan. 


Nak makan nasi kandar contohnya, tak pergi ke Pulau Pinang pun tak mengapa. Di KL contohnya, ada banyak restoran nasi kandar yang dapat menyaingi rasa nasi kandar di Pulau Pinang. 



1. Hameediyah Nasi Kandar



Kehebatan Hameediyah terdapat pada namanya. Restoran yang berasal dari Pulau Pinang ini telah bertapak di Georgetown selama lebih satu abad. Mereka telah membuka beberapa cawangan di Malaysia dan antaranya terdapat di Kuala Lumpur. 


Akan tetapi, tidak semua hidangan yang terdapat dalam menu di Pulau Pinang terdapat di cawangan Kuala Lumpur mereka ini. Antara menu yang terdapat di sini adalah nasi beriani yang kaya dengan rasa dan juga wangian rempah ratus. 


Antara hidangan lain adalah nasi beriani ayam bawang yang nampak saja sederhana, tapi dapat memuaskan selera sesiapa sahaja yang mencubanya. 



2. Restaurant Syed Bistro



Nasi kandar mempunyai satu kelebihan, dan ianya adalah jumlah hidangannya yang banyak. Anda digalakkan untuk mengurang kan jumlah lauk dan kuah kari dalam hidangan anda. Di Syed Bistro, gambaran menu yang dipaparkan mungkin kelihatan agak sederhana, akan tetapi rasanya tetap mengagumkan dan semestinya dapat memuaskan selera anda. 


Anda boleh dapatkan pelbagai jenis hidangan di restoran ini, bermula dengan pelbagai jenis makanan bergoreng sehinggalah yang berkuah, dan juga pelbagai jenis sayuran yang berkhasiat. Kari sotong merupakan hidangan yang paling popular di restoran ini. Dengan sotong yang lembut dan kuah yang pedas. 



3. Restoran Mahbub

 


Restoran Mahbub adalah pusat tumpuan orang ramai di Bangsar. Mereka sangat terkenal dengan Nasi Beriani Buhara, ia dimasak dengan perlahan dengan campuran beberapa jenis rempah ratus. 


Terdapat juga ayam madu yang terkenal dengan dagingnya yang lembut sehingga dapat dipisahkan daripada tulang dengan mudah, dan biasanya dituangkan sos yang sedikit pekat ke atas ayam madu ini. 


Menu makanan laut juga ada seperti sotong masala yang lembut dan sedap. Anda juga boleh mencuba rendang ketam yang sangat sedap.



4. Nasi Vanggey



Semua orang biasa dengar nasi kandar berasal dari Pulau Pinang, tetapi Nasi Vanggey mengatakan bahawa mereka berasal daripada bahagian selatan negeri itu. 


Nasi kandar buatan mereka berasal daripada Ipoh, dan hidangan yang anda patut cuba ketika berada di restoran ini adalah Nasi Vanggey dengan ayam yang lembut dan berkilat hasil daripada sos yang banyak.



5. Nasi Kandar Apollo


Nasi yang dimasak di restoran Nasi Kandar Apollo ini dimasak dengan cara yang unik di mana mereka menggunakan periuk Apollo bagi menjaga tekstur nasi daripada rosak. 


Para pelanggan yang biasanya berkunjung ke sini adalah untuk mencuba Kari Ikan dan ayam goreng yang mempunyai pelbagai rasa yang berbeza. 


Antara rasa untuk ayam tersebut adalah Ayam Goreng Masala, Ayam Goreng Sesame dan juga Ayam Goreng Nestum. Oleh itu, jika anda berhajat untuk mendapatkan nasi kandar yang mempunyai rasa yang unik dan menyelerekan dan mempunyai harga yang berpatutan, restoran Nasi Kandar Apollo adalah pilihan yang terbaik buat anda. 



Bila nampak semua menu nasi kandar ni, terus teringat kenangan lama saat Malaysia masih boleh bercuti di sana sini. Secara tidak sedar, kita boleh tahu yang itu juga sebenarnya salah satu daripada nikmat Allah. Kini, terpaksa berada di rumah tapi masih juga ada nikmat Allah SWT kerana mampu bersama keluarga. 


Untuk makan pelbagai jenis hidangan, tak perlu susah payah kerana kebanyakan restoran ini sudah memulakan servis pesanan penghantaran makanan secara atas talian. Boleh juga gunakan servis  food delivery Penang melalui aplikasi Foodpanda. 


Nak makan menu apa sekalipun, tak semestinya nasi kandar ini, kita boleh cuba cari dan order secara online. Melalui Foodpanda juga sama. Boleh pilih makanan yang terasa nak makan kemudian terus buat pesanan dan makanan akan dihantar sehingga ke depan pintu rumah. 


Ceritaita







You Might Also Like

1 Luahan Ikhlas

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini