Resepi Biskut Conflakes Sedap dan Ringkas - Cerita Ita                                                             Resepi Biskut Conflakes Sedap dan Ringkas Langkau ke kandungan utama

Resepi Biskut Conflakes Sedap dan Ringkas

Resepi Biskut Conflakes Sedap dan Ringkas

assalamualaikum semua, korang dah mula buat kuih raya ke belum? ke masih lagi mengumpul resepi kat facebook dan handphone.. 😃.. jangan bimbang sebab aku pun sama seangkatan dengan korang.. simpan je resepi sampai ke sudah.. buatnya tidak jugak.. hahaha.. tapi kali ni aku dah memecahkan ruyung jugaklah.. minggu lepas aku berjaya buat sejenis kuih raya lagi.. eh yang kuih pertama aku buat aku belum kongsi la.. nanti kita kongsi ya.. 

Resepi Biskut Conflakes Sedap dan Ringkas


biskut yang aku buat kali ni dipanggil Biskut Conflakes Sedap dan Ringkas.. resepi biskut conflakes sedap dan ringkas ni memang sangat senang ok.. korang yang tak pandai buat kuih pun boleh cuba.. yang ni memang sangat senang resepi dan cara-caranya.. yang takde peralatan macam mixer atau mesin pengadun besar-besar tu pun dah boleh je cuba.. janji korang kena pastikan ada oven kat rumah.. takyah cerita pepanjang la.. meh kita kongsikan resepi..

Resepi Biskut Cornflakes Sedap dan Ringkas


Bahan-bahan 

100 gram cornflakes (ikutlah jenama apa nak guna, kalau guna yang madu lebih sedap)

80 gram gula aising 

110 gram tepung gandum

40 gram tepung jagung

150 gram butter (biar kat suhu bilik)

1 sudu teh esen vanilla

1 biji kuning telur

ihsan gambar dari adik aku kat kampung


Cara-cara

1. Tumbuk atau ramas kasar cornflakes. Asingkan 2 bahagian. (50 gram akan diguna dalam biskut dan 50 gram akan diguna sebagai salutan).

2. Pukul butter, kuning telur dan gula hingga naik, guna whisk pun boleh.

3. Masukkan esen vanilla.

4. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga sebati.

5. Masukkan sebahagian cornflakes yang ditumbuk kasar tadi.

6. Rehatkan adunan di dalam peti sejuk selama 30 minit.

7. Bulat-bulatkan adunan dan golekkan ke dalam conflakes yang telah diasingkan separuh tadi dan susun di dalam loyang pembakar. Buat sehingga adunan habis.

8. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit.


Biskut ni sedap.. dia jenis cair dalam mulut.. kalau nak sedap lagi boleh guna cornflakes madu.. rangup dan rasa sedang-sedang je manis dia.. adunan dia pulak agak lembik tapi letak je dalam peti sejuk tu nanti adunan dia ok je.. boleh la dibentuk.. cornflakes tu jangan ramas halus sangat tau.. biar dia kasar-kasar pun ok.. selamat mencuba!

Ceritaita


Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum