Beli satay bajet murah 60 sen di BBU, JB - Cerita Ita                                                             Beli satay bajet murah 60 sen di BBU, JB Langkau ke kandungan utama

Beli satay bajet murah 60 sen di BBU, JB

Assalamualaikum semua,  dah masuk penghujung  Ramadan ni aku rasa dah ramai juga yang mula berbuka kat luar dan memilih untuk membeli juadah di bazar Ramadan.. walaupun aktiviti macam ni sedikit terhad disebabkan pandemik Covid19 ni tapi pembelian untuk makanan aku rasa masih je tak terjejas sangat.. cuma yang beli secara direct di bazar je la macam terjejas sikit.. macam di Johor ni pun dah ada 4 bazar Ramadan diarahkan tutup operasi mulai hari ni.. tumpang simpati pada semua peniaga yang terlibat.. harapnya adalah juga belas ihsan pemulangan bayaran tapak kepada peniaga yang terlibat.. 

Beli satay bajet murah 60 sen di BBU


macam aku pun ada la membeli juga makanan luar mula dari pertengahan puasa hari ni.. rasanya mula puasa yang ke 16 macam tu.. apa yang kami beli masa mula-mula aritu?  nak tau?  kami beli satay.. itu pun beli satay bajet murah 60 sen di BBU je.. apa BBU tu?  orang Johor mungkin tau la.. Bandar Baru Uda atau singkatnya dipanggil BBU.. satay bajet ni dah lama juga kami beli.. masa sebelum PKP dulu dia dah mula jual.. lepas tu PKP tu dia sambung jual.. kami memang rajin beli la.. 


maklumlah anak ramai ni memang cari yang ekonomi je.. makanan pun kalau boleh ekonomi je janji merasa.. insyaAllah masih dapat makan macam orang lain cuma versi yang lebih ekonomi tu je.. alhamdulillah beli satay murah 60 sen di BBU ni pun dah puashati sangat-sangat.. cukuplah buat anak-anak tersenyum riang dapat makan sedap sikit.. nak buat sendiri tak daya pulak dari nak proses perap,  cucuk sampai bakar tu semua.. 


bagi sesiapa yang nak beli jugak satay murah yang berharga 60 sen ni boleh la datang ke Jalan Padi Huma, Bandar Baru Uda.. dia jual tepi jalan je.. depan rumah dia pasang kanopi.. boleh jugak kalau nak telefon dulu untuk tempah sebelum datang.. nombor telefon ada kat bunting tu.. harga dia jual sama je satay ayam atau daging.. dua-dua harganya 60 sen je.. 

nombor telefon satay bajet 60 sen


kuah satay dia pun sedap.. kalau nak beli nasi impit pun dia ada jual sekali.. insyaAllah puashati.. cerita dengan korang ni buat terasa nak beli pulak esok ni.. haha.. habis diet wei.. eh kalau korang dah beli satay bajet murah 60 sen di BBU ni dan tak menepati selera korang jangan salahkan aku ya.. tekak kita tak sama.. selera pun lain-lain.. 


Ceritaita


Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum