Catatan terkini

5 Places To Buy Yummy Buka Puasa Meals On ShopeeFood This Ramadan

Imej
5 Places To Buy Yummy Buka Puasa Meals On ShopeeFood This Ramadan Ordering meals for buka puasa is even better with discounts and free delivery. Assalamualaikum all, with Ramadan just around the corner, ShopeeFood users can get their favourite buka puasameals delivered right to their doorstep for better convenience during the fasting month. Withdiscounts and free delivery, ShopeeFood users can spend more time enjoying a yummy meal to start and end of the day while spending less time in the kitchen or being stuck in traffic during rush hour.  Kongsi Keriangan with your family and friends this Ramadan, and order fromShopeeFood today. ShopeeFood offers a variety of merchants to choose from and if you don’tknow where to start, checkout these 5 popular restaurants on ShopeeFood to order your mealsfrom: 1. Tiga Budak Gemok:  This restaurant serves generous portions of Malaysian comfortfood that are perfect for sharing with friends and family. Popular dishes include NasiAyam Kicap Biasa + Tel

Cuaca Sejuk Betul Sekarang!

Cuaca Sejuk Betul Sekarang! 

musim tengkujuh

Cuaca Sejuk Betul Sekarang!!

Assalamualaikum semua,  sekarang ni dah masuk penghujung Januari dah ni tapi cuaca sejuk betul sekarang ni dah macam cuaca biasa waktu bulan November ke Disember dulu-dulu. 

Dah dua tiga hari ni hujan terus menerus di Kluang ni. Sejak dari Cuti Tahun Baru Cina baru ni sampai la ke hari ni cuaca masih lagi suram. 

Kain baju pun dah banyak bergantungan dalam bilik dah ni. Sebab sidai di luar pun tak kering-kering jugak. Cuaca lembap baju pun jadi lembap je samalah dengan cuaca jugak. 

Dobi layan diri jangan tanyalah musim-musim ni. Memang penuh memanjang. Kami dah bawak masuk bakul baju dalam kereta konon nak ke dobi tapi penyudahnya bawak balik semula sidai dalam rumah. Bertabahlah tak sanggup nak beratur. 

Cuaca Sejuk Betul Sekarang! 

Cuaca macam ni biasanya hujung tahun yang sinonim dengan musim hujan atau musim tengkujuh je la.. biasa lepas cuti Tahun Baru Cina dan panas memanjang. Tapi kali ni lain pulak. 

Dan musim hujan ni dijangka berterusan sehingga Sabtu ni. Mangsa banjir pun dah makin bertambah sejak semalam. Mungkin hari ni ada penurunan sebab hujan lebat dah mula reda sikit. Tapi masih lagi sejuk mencengkam tulang. 

Paling bercinta nak mandi pagi la.. sejuk yang amat oii.. Tapi ada bagusnya jugak,  agak jimat dari segi penggunaan aircond dan kipas. Hehe. Cuma satu je la tak berapa best. Bila sejuk-sejuk ni lapar je la jawabnya.. hahaha. 


Ceritaita

Ulasan

  1. Memang sejuk kan sekarang ni kak. Kalau guna kipas buka level 1 pun terasa sejuk dah

    BalasPadam
  2. mmg masa ni sejuk yakmat kan. tapi 2-3 harini kat shah alam panas pula

    BalasPadam
  3. Memang betul...sejuk sampai ke tulang..tido memang x guna ekon dah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus