Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran yang ke 44 Ita! - Cerita Ita                                                             Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran yang ke 44 Ita! Langkau ke kandungan utama

Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran yang ke 44 Ita!

Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran yang ke 44 Ita! 

Happy birthday to me! 


Assalamualikum semua,  hari ni 3 Januari 2023 merupakan hari ulangtahun kelahiran aku yang ke 44. Banyak ucapan hari lahir dari kawan-kawan dan keluarga berserta doa. 

Sup tauhu dan seaweed


Terima kasih semua. Tak terbalas semua ucapan dan doa dari korang semua. Terharu betul terima ucapan sejak tengah malam tadi. Aku sangat hargainya.  Semoga doa yang baik juga akan berbalik kepada semua yang sudi mendoakan kebaikan buatku di ulangtahun hari lahir ni. Amin.

Tak banyak yang aku mintak cuma aku harapkan Allah limpahkan segala rahmatnya buat emak dan abah, insan yang melahirkan aku ke dunia ni.  Juga segala rahmatnya buat diriku dan keluarga serta semua yang berada di sekelilingku. Amin. Semoga aku juga akan memberi manfaat dalam hidupku dan semua orang di sekelilingku. Amin. 


Doa aku juga semoga aku akan berada dalam fasa bebas masalah kewangan satu masa nanti dan dapat makan,  tidur dan menjalani hidup dengan tenang tanpa memikirkan komitmen kewangan dalam hidup ni. InsyaAllah. 


Didoakan juga supaya aku akan ada rezeki untuk berkunjung ke Tanah Suci Mekah satu masa nanti.. Cemburunya hati bila melihat kawan-kawan ke sana. InsyaAllah satu masa akan ada rezekiku jua. Amin. 


Ceritaita

Ulasan

  1. Happy belated birthday kak. Moga tercapai apa yang diimpikan

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...sama usia kita rupanya tapi ammi punya bulan 8 nanti. Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah dan diberikan kesihatan yang baik

    BalasPadam
  3. semoga segala impian ko menjadi kenyataan ita muahss

    BalasPadam
  4. Selamat hari lahir...blom lewat lagi rasanya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum