Menu Sarapan di Tahun Baru - Cerita Ita                                                             Menu Sarapan di Tahun Baru Langkau ke kandungan utama

Menu Sarapan di Tahun Baru

Menu Sarapan di Tahun Baru

menu sarapan
Menu sarapan di Tahun baru

Assalamualaikum semua, disebabkan azam aku sekarang ni nak kembalikan blog ni supaya lebih bernyawa jadinya akan ada je blogpost setiap hari dari aku sekarang ni. Hari ni aku nak cerita pasal menu sarapan kami pagi ni. Saja la nak tunjuk dengan korang menu sarapan di tahun baru kami.

Hidup kami anak beranak ni simple je. Kalau pagi-pagi tu memang nak kena ada sarapan dulu sebelum masing-masing jalani rutin harian. Jadinya memang kena fikir la apa menu untuk sarapan setiap hari. Biasanya akan kami rancang dulu malam sebelumnya tapi kalau tak sempat fikir atau takde idea kami masak je apa yang ada di waktu pagi tu.

Macam sarapan hari ni malam tadi dah ada yang mintak buatkan murtabak megi tapi disebabkan takde stok megi kita buat je la sarapan cenkodok atau jemput-jemput kentang gunakan tepung yang sedia ada kat rumah ni. Disebabkan semalam aku ada buat roti bakar cheese jadi ada pulak anak bujang yang minat nak buat sendiri pulak hari ni.

Ini betul-betul roti dah terbakar 😂


Aku suruh je la Abg Ngah dengan Abg Long masak sendiri roti bakar cheese masing-masing kat dapur sebelah sementara sebelah lagi tu aku goreng jemput-jemput. Yang rentung atas tu roti yang memula Abg Ngah masak. Yang kedua elok sikit la. Yang rentung ni taknak pulak dia makan. Mak dia jugak yang jadi mangsa. Eh alang-alang aku kongsikan la resepi roti bakar cheese simple kami ni.


Resepi Roti Bakar Cheese Mudah


Bahan-bahan

2 keping roti potong (ikutlah nak jenama apa pun)

1 keping keju cheddar 

Butter/ marjerin untuk sapu kat roti kalau suka. Ada orang sapu kaya jugak.


Cara-caranya

1. Lapikkan kepingan keju dalam 2 keping roti.

2. Panaskan kuali leper tanpa minyak.

3. Bakar roti hingga keperangan. Balikkan roti dan bakar sebelah lagi.

4. Potong ikut suka.


Buat mereka yang suka lebih keju boleh tambah berapa keping ikut kesukaan korang. Boleh jugak kalau nak tambah keju cheddar parut ke atau nak letak keju morazella. Kalau nak tambah letak lada hitam ke atau lain-lain perisa kat keju tu. Ikutlah kesukaan masing-masing. Kalau bagi kami macam ni pun dah sedap sangat dah. 

Ni roti bakar cheese yang aku buat semalam

Lepas tu makan pulak dengan telur separuh masak pulak. Wallawei menjilat jari. Macam sarapan aku semalam yang gambar atas ni.. tapi sayang telur tu terlebih masak pulak. Tapi semalam aku makan ok je. Ok itu je cerita pasal menu sarapan kami di tahun baru. Sampai jumpa lagi di lain entri.

Ceritaita


Ulasan

  1. Menu simple dah sedap...cicah sambal sardin sodap tu

    BalasPadam
  2. tahun baru ari tu, aida demam.
    so sarapan tahun baru yg beli aje :)

    roti bakar + telur separuh masak = ohsem terlampau.
    memang padu pasangan ni! my feveret.

    BalasPadam
  3. Roti bakar yang nikmat ini. Terima kasih banyak resepinya ya. Mantap.

    BalasPadam
  4. Walaupun menu simple tetap sedap kak..dua dua tu feveret sy anak beranak

    BalasPadam
  5. lain betul kejadian bila anak2 buat sendiri haha.. takpelah lama2 nanti pandai la diorg tu

    BalasPadam
  6. Nampak sedap! Teringat masa kecik dulu bila first goreng telur pun bakaq, lebih kurang macam tu la, kalau tak teruk lagi hahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum