Hidangan pulut kuning dan rendang daging di Hari Lahirku - Cerita Ita                                                             Hidangan pulut kuning dan rendang daging di Hari Lahirku Langkau ke kandungan utama

Hidangan pulut kuning dan rendang daging di Hari Lahirku

Hidangan pulut kuning dan rendang daging di Hari Lahirku

rendang daging dan pulut kuning
Pulut kuning dan rendang daging 


Assalamualikum semua,  dah malam baru ada masa nak menulis. Itu pun bila dah selesai rutin harian. Baru boleh menulis dengan tenang. Malam ni aku nak tulis pasal menu yang aku masak sempena hari kelahiranku semalam. 

Bukan best sangat pun cuma melepaskan rasa teringin nak makan je. Bila teringin lepas tu nak cari kat kedai tu biasanya anak-anak tak puas makan jadinya. Jadi lebih baik masak sendiri je la. 

Sebenarnya aku teringin nak masak yang lebih dari teringin nak makan. Itu yang kena jugak masak. Tapi banyaklah cabaran dia walau cuma nak masak pulut kuning dengan rendang. 

ni masa tengah proses memasak


Sebelum tu aku meronda cari ayam kat 2 pasaraya dekat-dekat rumah. Sebab stok ayam dah habis kat rumah. Sekali tengok licin semuanya tau. Risau la kita,  macam kena rompak tray ayam tu. Kosong sekosong-kosongnya tau. 

Lepas tu sebabkan nak jugak buat rendang kami gantikanlah dengan daging sudahnya. Dah itu je yang ada. Janji jadi rendang kan... Dengan terkejar-kejar nak hantar anak mengaji dan nak kejarkan maghrib. Orang ramai luar biasa pulak tu. 

Kali ni aku cuba rempah rendang dari Babas.  Tak pernah lagi cuba. Tu yang bila nampak aku rasa la nak cuba. Aku tambah bawang besar,  bawang putih,  halia,  lengkuas dengan serai je. Lain-lain tak bubuh. Cuma tambahkan rempah rendang Babas tu je. 

Alhamdulillah akhirnya dapat jugaklah aku masak pulut kuning untuk dimakan bersama rendang daging. Shah pulak bantu rebus ketupat segera. Kira lengkaplah hidangan raya kami.. eh bukan.. hidangan sambutan hari lahir. Kira sedap jugaklah rempah rendang Babas ni. 

Kali ni takde beli kek pun untuk sambut. Kita makan pulut kuning je. Kalau zaman aku kecik-kecik dulu mak akan masakkan bubur putih dan bubur merah. Kira macam meraikan kesyukuran la macam tu. Tapi semalam aku lupa pulak nak buat. 

Sup tauhu dan seaweed 


Aku ada jugak masak sup tauhu dan rumpai laut ala-ala tradisi orang Korea sambut hari lahir tu. Terpengaruh dengan drama Korea la ni. Tapi sebab benda sedap kita ok je haha. 

Apapun terasa sangat bahagia dapat makanan yang aku nak di hari lahir,  dapat cuti dan rehat sekejap kat rumah. Dan paling best masih dikeliling orang tersayang dan limpahan kasih sayang dari setiap sudut. Terima kasih semua. Sampai hari ni masih ada yang raikan dan beri ucapan. Syukur. 


Ceritaita

Ulasan

  1. ammi selalu buat pulut kuning ngan sambal ikan bilis sbb anak2 suka gitu...tp sekali2 makan dgn rendang pun mantop

    BalasPadam
  2. sedap kak pulut dgn rendang tu. selalu makan pulut kuning masa katam quran zaman sekola. la ni dah takdok hahaha.

    BalasPadam
  3. tu dia sedap betul pulut kuning ko tu.. aku tak penah makan Sup tauhu dan seaweed sagi

    BalasPadam
  4. Akak memang x makan pulut tapi tgok rendang tu terus terliur

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...