Catatan terkini

Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing

Imej
Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing - gambar ni kredit google ya Assalamualaikum semua, dulu aku pernah cerita pasal kedai jual keropok lekor sedap di Mersing dalam blog aku ni. Masa tu aku perkenalkan satu kedai keropok kat Mersing la. Bukan kedai keropok lekor popular dan viral di Mersing pun masa tu. Tapi aku cerita sebab dia jual keropok sedap. Kali ni aku nak cerita pasal kedai keropok sedap yang lain pulak. Lokasinya masih lagi di Mersing. Tak berubah ke daerah lain lagi la. Setakat ni kalau dalam Johor ni keropok area Mersing la yang menjadi pilihan kami sekeluarga. Pada kami, keropok daerah lain di Johor ni bukanlah tak sedap, cuma tak menepati selera je. Gambar lama dia, masa ni takde lagi papan tanda kuning kedai dia Ni gambar baru, adik aku ambik dari dalam kereta Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Eh yang aku cerita ni pasal keropok lekor sedap tau. Bukan keropok keping. Karang ada yang salah faham pulak. Kadang-kadang ada keropok lek

Ada Sale di Watsons tu! Cepat Pergi!

Ada Sale di Watsons tu! Cepat Pergi!


watsons sale
Ada Sale di Watsons tu! Cepat Pergi!


Assalamualaikum semua, tadi siang aku ke bandar sebab ada kisah sikit pasal bau gas kuat betul kat rumah abah aku. Jadi dalam perjalanan kami ke bandar tu kami singgahlah beberapa kedai hardware dan kemudian lajak ke MrDIY pulak untuk cari barang nak cukupkan untuk pasang paip gas tu. 

Kebetulan pulak masa aku nak keluarkan duit terlalu la kat Watsons. Sekali ternampak la ada sale di Watsons tu! Cepat pergi la korang.. pasal sale dia tamat hari ni. Dia buat promosi dari 6hb hingga 8hb Januari je tau. Biasa la Watsons ni kalau dia buat sale memang pendek je masa dia.

Apa je yang ada promosi masa ni.. Banyak wei.. semua barang kosmetik yang dia paparkan kat iklan tu ada sale 50% tau. Berbaloi gila la kalau pergi. Pulak tu boleh beli lagi barang dalam senarai PWP kalau layak. Rambang mata jadinya.

Produk Silkygirl


Aku macam biasa la terus kejar ke barang Silkygirl dulu. Walaupun tak berapa nak girl sangat pun lagi dah hahaha.. ada aku kisah? haha.. Macam biasa aku borong bedak kompak dia atau compact powder dia la. Serasi pakai jenama ni. Nak beli lipstick tapi aku baru je beli jadi tak payah la dulu. Letak sambil doa dia akan buat sale lagi di lain masa dan aku tak terlepas amin.. hee

Produk maybelline


Lepas tu aku cuba beli compact powder Maybelline. Yang ni tak pernah pakai sebab prinsip aku kalau atas RM20 tu aku akan cuba elakkan dulu. Ya.. aku cheapskate dan aku tak malu mengaku pun. Pasal aku berbelanja mengikut kemampuan. Banyak keperluan lain yang aku perlu dulukan. Kalau korang bukan seperti aku tu, banyakkanlah bersyukur.

Pond's Facial Foam

Pond's Facial Foam

Pond's Facial Foam Oil Control


Lain tu aku cuba beli pencuci muka Pond's atau Pond's facial foam khas untuk Oil Control ni. Pun ada potongan 50% jugak. Saja nak cuba untuk kulit aku yang berminyak ni. Tengok tekstur dia macam pekat dan sesuai je aku guna.

Wardah Gentle Exfoliator

Wardah Gentle Exfoliator


Lagi aku cuba beli produk Wardah gentle exfoliator ni. Murah je yang ni RM5.90 je.. jadi aku cubalah jugak nak guna. Mana tau lepas pakai jadi secerah matahari ke kan.. haha.. harapan melangit tu..

Vitamin C Champs.. murah


Kebetulan pulak dah layak dapat PWP tu, sekali la aku rembat apa yang ada di pameran belakang cashier tu kan.. Terpandang vitamin Champs la pulak. Boleh la capai satu. Lepas ditolak harganya dalam RM15. Oklah tu. Vitamin ni aku amalkan untuk anak-anak di samping amalkan madu asli sesudu setiap pagi. Alhamdulillah kuranglah kena selsema atau batuk lepas amalkan.

Ni semua yang aku beli.


Kalau sesiapa nak cari skincare atau kosmetik murah silalah ke Watsons hari ni jugak ya. Jangan cakap aku tak bagitau pulak. Sempat lagi ni nak borong. Aku harap Watson akan buat promosi jualan lagi akan datang. Aku anggap kali ni Watsons nak raikan harijadi aku je la.. haha.. ye kan? Jangan jeles..


Ceritaita


Ulasan

  1. alamak, arini last laa.. nak pegi jap laa

    BalasPadam
  2. Sabtu lepas baru berhabisan kat Watson

    BalasPadam
  3. watsons kalau buat sale memang pendek aje tempohnya..kadang suka buat sale time belum gaji.hahaha...geram je rasa

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus