Catatan terkini

Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing

Imej
Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing - gambar ni kredit google ya Assalamualaikum semua, dulu aku pernah cerita pasal kedai jual keropok lekor sedap di Mersing dalam blog aku ni. Masa tu aku perkenalkan satu kedai keropok kat Mersing la. Bukan kedai keropok lekor popular dan viral di Mersing pun masa tu. Tapi aku cerita sebab dia jual keropok sedap. Kali ni aku nak cerita pasal kedai keropok sedap yang lain pulak. Lokasinya masih lagi di Mersing. Tak berubah ke daerah lain lagi la. Setakat ni kalau dalam Johor ni keropok area Mersing la yang menjadi pilihan kami sekeluarga. Pada kami, keropok daerah lain di Johor ni bukanlah tak sedap, cuma tak menepati selera je. Gambar lama dia, masa ni takde lagi papan tanda kuning kedai dia Ni gambar baru, adik aku ambik dari dalam kereta Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Eh yang aku cerita ni pasal keropok lekor sedap tau. Bukan keropok keping. Karang ada yang salah faham pulak. Kadang-kadang ada keropok lek

Ada Putu Halba di Kuantan

 Ada Putu Halba di Kuantan

putu halba
Ada Putu Halba di Kuantan


Assalamualaikum semua,  aku janji nak buat entri blog pasal jelajah rumah peranginan persekutuan tu kan.. nampaknya line agak mengecewakan. Dan aku terpaksa upload entri putu halba di Kuantan ni dulu. 

Nantilah aku edit dulu gambar yang berkaitan entri jelajah tu. Besar benar gambarnya. Nak upload bila line slow ni pun payah benar rasanya.


Ada Putu Halba di Kuantan


Aku nak cerita yang baru ni kami sempat la balik ke Kuantan jugak. Sempat jengah rumah kami sekejap, walaupun cuma Shah dan Abg Chik je sempat masuk. Aku sampai paras pagar je haha. Jadiklah. 

Kami bertolak dah agak lewat jadi nak kejarkan orang nak masuk rumah tu lepas tu memang tak sempat la. Jadi Shah mohon kebenaran masuk kejap ganti lampu dan baiki salur paip sinki yang tersumbat. Sekejap je la. 

Esoknya tu kami bawak mak mentua pergi cari barang-barang dapur sekejap jugak. Singgah di Jaya Gading nak beli sata terjumpalah orang jual putu halba ni. 


Macamana aku kenal putu halba ni? 

Pelik kan macamana aku boleh kenal? Duluuuu.. dulu tahun 2006 waktu baru masuk kerja, Kelantan adalah tempat penempatan pertama aku sebagai penjawat awam. 

Bulan pertama duduk tu dalam bulan 11 macam tu.. dah menghampiri hujung tahun. Waktu hujung tahun memang sinonimlah dengan musim tengkujuh kan? Dijadikan cerita waktu aku ikut team daerah ke lapangan untuk kes ternampaklah orang menjual di sepanjang jalan

Ramai yang menjual ni. Boleh katakan sepanjang jalan tu ada gerai kecil depan rumah je. Jarak dia macam dalam 50 meter kau akan jumpa satu gerai lagi macam tu. Pemandangan yang sangat best la pada aku. 

Pulak tu gerai tu nampak berasap-asap dari jauh. Mestilah macam tertanya-tanya apa la yang dijual agaknya kan? Kena pulak staff dalam kereta waktu tu macam faham je isi hati aku ni.

Boleh dia tanya.. "Dr pernah rasa putu halba?". Aku ni dengar nama dah pelik lagikan pulak merasa. Tentulah aku jawab tak pernah. Jadi staff tu kata takpe nanti kita singgah dan aku boleh rasa katanya.  Siap dia cakap putu halba ni sedap makan panas-panas.

Jadi tak sabar pulak rasa hati nak makan waktu tu.  Bila sampai satu gerai kami berhenti dan order. Disebabkan putu halba ni sedap dimakan panas-panas jadinya dapatlah tengok penyediaannya oleh si penjual. 

Aku tengok penjual ambil ubi kayu yang dah diparut atau disagat halus. Diletakkan dalan acuan pengukus sama macam acuan putu piring. Penyediaannya pun lebih kurang sama. Diletakkan gula merah di tengah-tengah dan dilapiskan dengan ubi kayu parut sekali lagi. Kemudian kain ditutup dan biarkan masa sama macam putu piring. 

Bila nak makan dibungkus bersama kelapa parut juga sama dengan putu piring. Tapi bila aku makan. Wah.. rasanya berlainan dari putu piring. Lebih kenyal dan berlemak manis. Sedap betul rasanya waktu tu. Makan panas-panas di musim hujan. 

Yang menariknya putu halba ni katanya hanya dijual waktu musim tengkujuh. Musim lain jarang la jumpa. Aku pernah jumpa gerai yang sentiasa jual putu halba ni di Pasir Putih je.  Lain tempat payah jumpa.  

Kisahnya sebab bila musim hujan orang akan cepat-cepat tuai ubi kayu yang ditanam. Supaya ubi tak berendam rosak dalam air. Lepas tu bila dah banyak ubi kayu tu yang tercipta menu puti halba ni. Menarik kan? 

Tak ingat dah harganya waktu tu. Tapi dibungkus dalam 4 keping satu bungkusan macam tu. Tapi rasanya memang sedap betul. Sampai teringat-ingat sampai sekarang ni. Isinya padat macam lepat ubi tapi rasanya unik sebab dia kukus sekejap dan tanpa rasa lain selain ubi kayu dan gula merah. 

Yang putu halba aku jumpa di Kuantan ni rasanya agak lain sikit. Rasa halba tu sedikit kuat. Menghilangkan rasa ubi kayu asli yang sebenar. Lebih sedap kalau halba dikurangkan. Kalau bukan peminat halba atau herba yang kuat tentu tak gemar rasa yang ini. 


Apa pun hilanglah rasa teringin nak makan putu halba. Kali terakhir kami kmakan waktu berkunjung ke Kelantan tahun 2016 atau 2017 macam tu la. Lama sangat dah tu. Semoga ada rezeki makan putu halba di Kelantan lagi lepas ni.

Putu Halba yang kami beli di Jaya Gading, Kuantan ni boleh la kalau ada peminat yang nak hilangkan rasa teringin tu. Kalau pertama kali nak cuba mungkin lepas ni tak terasa nak cuba lagi. Hehe.. Elok la cuba yang asli dijual di Kelantan dulu ya. Yang ni harganya 5 keping untuk RM7. Boleh tahan ya harganya. 


Ceritaita

Ulasan

  1. Saya suka sangat putu piring.. Putu halba ni tak pernah lagi rasa.. Ada rezeki nanti boleh try kalau lalu kelantan..

    BalasPadam
  2. saya tak pernah makan putu halba kak. first time dengar ni

    BalasPadam
  3. Okaylah nanti boleh cuba... nampak sedap

    BalasPadam
  4. salam singgah. kat Jaya Gading ye?
    area petronas tu ke? selalu singgah juga otw balik kalau anta anak bujang kat Pekan. mmg port kepok lekor situ singgah tapi tak jumpa lagi putu halba tu

    BalasPadam
  5. tak penah jumpa dan tak pernah tahu ada putu halba ni ta

    BalasPadam
  6. putu pring pernah makan..putu halba ni x tau wujud dan rasanya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus