Buat rawatan chiropractic di Kluang - Cerita Ita                                                             Buat rawatan chiropractic di Kluang Langkau ke kandungan utama

Buat rawatan chiropractic di Kluang

Buat rawatan chiropractic di Kluang


Master Ali
Buat rawatan chiropractic di Kluang

Assalamualaikum semua, dah berapa hari ni Shah mengadu sakit kaki dan pinggang. Jadi dia carilah tempat nak buat rawatan chiropractic. Sekali ternampak pulak semalam team Master Ali ni nak buat tour kat kampung Abah kita pulak. Apalagi terus suruh Shah rebut peluang. 

Master Ali
Buat rawatan chiropractic di Kluang

Sebenarnya dah lama dah nak cuba rawatan ni tapi risau kesan sampingan kalau cuba tu nanti. Adakah boleh berjaya atau makin terukkan keadaan ? Selalulah kami tertanya-tanya dan berkira-kira. Sudahlah kalau bayaran chiropractor ni bukannya murah. Kalau apa-apa jadi lepas rawatan tu tak ke naya ? Risau tau aku. Memang aku la manusia paling risau sejak dia kena sakit dulu. 

Buat rawatan chiropractic di Kluang

Tapi kali ni kami tengok dia ada buat promosi jadinya harganya lebih murah. Jadi kami rasa nak cuba nasib la. Kebetulan Shah dah mengadu sakit je kan. Jadi kami pun cuba terjah masa hari Ahad lepas. Macam tak rancang mulanya untuk aku ikut sama tapi bila risaukan kalau jadi apa-apa masa rawatan dan Shah tak boleh bawak kereta balik,  hati jadi risau. Jadi aku minta kebenaran keluar.



Aku pun teman Shah kejap. Taklah kejap sangat pun satu sesi tu macam dekat sejam jugak. Tapi perjalanan kami ke sana pun hampir 45 minit jugak. Shah pun lalui sesi tu dengan baik. Alhamdulillah lancar je. 

Aku suka kerja dia ni.. berhalus tapi berhasil

Buat rawatan chiropractic di Kluang

Bila dah kebetulan sampai kampung, aku singgah la rumah mak abah hantarkan soto yang aku bekalkan masa nak gerak balik kampung tu. Siap hidangkan untuk mak semua. Aku pun ingat nak balik kerja semula. 

Tapi tetiba pulak abah cerita nak bawak mak ke fisioterapi. Siap tunjuk katanya kat Selangor. Rupanya chiropractor macam ni jugak. Terus la aku bagitau pasal kami pergi untuk rawatan Shah tadi. Pujuk-pujuk abah setuju bagi mak cuba. 

Jadi aku siapkan mak mandikan semua. Dalam masa ni aku mesej jugak bos terus mintak cuti. Faham dah kalau kena uruskan mak memang aku tak sempat balik semula dah. Baik ambik cuti je. Bila siap semua,  kami bawak mak ke balairaya. Diorang tutup pulak sampai pukul 2.30 petang. Kami tunggu sekejap dan jadi orang pertama daftar lepas rehat tu. 

Mak aku tengah disoaljawab sebelum mulakan terapi


Sesi terapi mak habis lama juga. Dari pukul 2.45 petang sampailah ke pukul 4 lebih. Lama oii.. sebab aku kata mak penah strok 2 kali. Jadi dia buat lembut-lembut je la. Alhamdulillah nampaknya mak ok je walaupun banyak kali mengerang sakit. Tapi syukur lepas sehari mak nampak ok dan lega sikit. Shah pun sama tak mengadu sangat la sakit kaki. 

Jadi aku rekemen la kalau sesiapa nak cuba buat rawatan chiropractor dengan Master Ali ni sangat-sangatlah aku rekemen. Dia ada kedai dia di Taman Seri Impian. Dia juga buat tour sekitar kawasan yang berdekatan. Syukur jugak la ada tour ni dan juga Shah lalui rawatan.  Nampaklah perubahan yang sangat ketara. Tak rugi la dia cuba. 

Sempat aku selfie dengan abah aku masa tunggu mak hehe

Aku pulak teringin nak buat jugak satu masa nanti. Nak betulkan pinggang aku yang orang fisio dulu kata senget tu. InsyaAllah nak jugak cuba nanti.

Ceritaita

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum