Review : Apa Rasa Ayam Berempah Maggi? - Cerita Ita                                                             Review : Apa Rasa Ayam Berempah Maggi? Langkau ke kandungan utama

Review : Apa Rasa Ayam Berempah Maggi?

Review : Apa Rasa Ayam Berempah Maggi ?

Review : Apa Rasa Ayam Goreng Berempah Maggi?
Review : Apa Rasa Ayam Goreng Berempah Maggi?


Assalamualaikum semua, kelmarin masa aku cari barangan dapur untuk rumah ni aku terpandang bungkusan perencah ni, Ayam Goreng Berempah keluaran Maggi. Teruslah terfikir apa rasa ayam berempah maggi ni kan? Nampak pada bungkusan macam menarik. Maaf la gambar atas ni aku ingat nak ambik gambar bila dah keluarkan isinya je.. hehe

Kalau ikutkan panduan pada bungkusan ayam goreng berempah maggi ni kan, dia kata satu bungkusan tu untuk setengah ekor ayam. Takde pulak dinyatakan setengah ekor tu anggaran berapa kilo. Jadi kami agak-agak je la ayam yang kami beli menghampiri 2 kilogram beratnya untuk seekor. Jadi kami ambik separuh ayam tu untuk cuba apa rasa ayam goreng berempah maggi ni.

Marilah aku tunjuk langkah yang aku buat berserta resepi. Lagi senang nak faham kot.

Ayam Goreng Berempah


Resepi Ayam Goreng Berempah Maggi

Bahan-bahan

1 paket pes ayam goreng berempah Maggi 

1/2 ekor ayam yang dah dipotong dengan saiz yang sesuai dan dibersihkan

Minyak secukupnya untuk menggoreng


Ayam goreng berempah

Cara-cara

1. Sediakan ayam.

2. Keluarkan pes dari paket plastik dan curah ke atas ayam.

3. Lumurkan rempah rata-rata pada ayam.

4. Perapkan ayam sehingga 2 jam atau semalaman. (aku buat semalaman dan letak dalam bekas bertutup kemudian masuk dalam peti)

5. Keluarkan ayam untuk digoreng.

6. Panaskan minyak masak dalam kuali, bila dah panas masukkan ayam untuk digoreng. (Boleh juga kalau nak gunakan airfryer.

7. Masak ayam dalam api sederhana sehingga ayam masak.

8. Sedia untuk dihidangkan.

Ayam goreng berempah sedang digoreng


Review : Apa Rasa Ayam Goreng Berempah Maggi?

Pada aku, ayam yang dimasak menggunakan pes ayam goreng berempah Maggi ni sedap jugak. Ayam yang aku masak setengah ekor tu kami makan dengan nasi goreng waktu sarapan pagi semalam. Laris la ayamnya. Anak-anak buat ratah je lepas makan nasi goreng. Lulus la bagi tekak kami anak beranak ni haa..

Kiranya kalau korang teringin nak makan nasi lemak ayam goreng berempah ke atau nasi kukus ayam goreng berempah ke, boleh la dah kalau nak masak sendiri lepas ni. Ayam goreng berempahnya tu korang guna je pes ayam berempah Maggi ni haa.. Cepat jugak nak masak. Rasa pun ok. Cuma itulah.. tak dapat la nak mintak sampah sarap banyak untuk tabur kat nasi macam korang selalu buat.

Eh ke korang tak panggil benda tu sampah? Ala yang hampas-hampas gorengan ayam goreng berempah tu haa.. kalau kat kedai yang jual ayam berempah tu kan dia asingkan, selalu kalau kami mintak lebih "sampah-sampah" dia tu haha.. berebut makan rempah hangus tu dengan nasi. Sedap tuu..

Eh aku lupa bagitau harga. Satu paket pes ayam goreng berempah Maggi ni dijual dengan harga RM4.69 masa aku beli. Kira berbaloi jugak la pada aku untuk masak setengah ekor ayam tu. Kira kalau kat rumah aku untuk sekali makan la selalunya. 

Pes Ayam goreng berempah Maggi


Oklah kan.. kira kos ayam dalam RM9.00 tambah kos pes Ayam berempah RM5.00, semuanya dalam RM14.00. Ini kos lauk untuk 6-7 orang makan. Nasi tu korang masaklah sendiri. Kira tak lebih RM20 pun kos kalau masak sendiri kat rumah. Kalau korang beli satu bungkus nasi ayam berempah dah dalam RM7-8.5 sebungkus. Kalau 6 orang makan. Kirakan jelah jumlahnya. Dah jadi RM42 paling kurang tu.. eh aku ajar matematik pulak dah..

Jadi kalau masak sendiri lebih jimat kan? Zaman ekonomi tak berapa baik ni eloklah banyak berjimat cermat. Tapi terpulanglah kepada diri sendiri dan ekonomi sendiri.

Ceritaita


  

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum