Catatan terkini

Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing

Imej
Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing - gambar ni kredit google ya Assalamualaikum semua, dulu aku pernah cerita pasal kedai jual keropok lekor sedap di Mersing dalam blog aku ni. Masa tu aku perkenalkan satu kedai keropok kat Mersing la. Bukan kedai keropok lekor popular dan viral di Mersing pun masa tu. Tapi aku cerita sebab dia jual keropok sedap. Kali ni aku nak cerita pasal kedai keropok sedap yang lain pulak. Lokasinya masih lagi di Mersing. Tak berubah ke daerah lain lagi la. Setakat ni kalau dalam Johor ni keropok area Mersing la yang menjadi pilihan kami sekeluarga. Pada kami, keropok daerah lain di Johor ni bukanlah tak sedap, cuma tak menepati selera je. Gambar lama dia, masa ni takde lagi papan tanda kuning kedai dia Ni gambar baru, adik aku ambik dari dalam kereta Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Eh yang aku cerita ni pasal keropok lekor sedap tau. Bukan keropok keping. Karang ada yang salah faham pulak. Kadang-kadang ada keropok lek

Review : Aku dapat beli Sambal Nyet Berapi Khairul Aming!

Review : Aku dapat beli Sambal Nyet Berapi Khairul Aming!

Review : Aku dapat beli Sambal Nyet Berapi Khairul Aming!

Assalamualaikum semua,  cerita aku dapat beli sambal Nyet Khairul Aming ni dah lama sebenarnya. 

Tahun lepas lagi aku dah beli. Masa sibuk orang viral dapatkan sambal nyet KA ni aku tak kisah sangat sebab aku tau pun kesabaran aku tak berada di tahap tertinggi nak tunggu lama-lama dan berebut di talian hanya kerana sambal. Tapi aku tak sempat cerita. Sibuk benar tahun lepas. 

Jadi aku bersabar la kejap. Tunggu sampai musim orang berebut beli tu dah reda sikit. Dapat la akhirnya aku beli. Sekali dapat tebus je booking terus aku order 3 botol ok. Punya tamak haloba. Haha. 

Masa tu dah terfikir dah, kalaulah sambal nyet Khairulaming tu yang sampai tak sedap. Memang kecewalah jawabnya. Lepas beberapa hari tunggu, dalam 4 hari lepas order kot macam tu. Elok je sambal nyet dia sampai kat rumah. 

Review : Aku dapat beli Sambal Nyet Berapi Khairul Aming!

Tapi masa tu servis Jnt kat tempat aku ni laju gila. Sekarang ni kau tak payah cakap la. Siap dengan alasan cuaca buruk sampai 3 ke 4 hari tau.. Hari terang benderang dikatanya cuaca buruk. Lepas tu siap kata pelanggan minta aturkan waktu lain. Eh.. eh kita punya tercongok menunggu parcel kat rumah. Ntah apa-apa je la. 

Review : Aku dapat beli Sambal Nyet Berapi Khairul Aming!

Eh sambung kisah sambal nyet Khairulaming ni. Dia punya bungkusan packing tu bagus gila la. Dia balut macam rupa bantal dah. Boleh buat baring tidur..haha.. tebal gila. Memang pasti tak pecah punyalah. Kecuali bila abg pos tu malam sebelumnya gaduh dengan bini dan dia baling sekuat hati.. haa.. tu boleh pecah la. 

Review sambal nyet Khairulaming ni pada aku. Rasa dia ok. Cuma aku kan kalau sebut sambal berapi  membayangkan pedas gila rasa dia. Ada hujung-hujung rasa manis sikit yang aku tak berapa gemar. Bukan kata tak sedap ya. Cuma tak berapa kena dengan tekak aku la. 

Sejak kecik aku ni diasuh makan sambal tak bubuh gula kecuali sambal tumis dan sambal kicap je. Jadi faham-faham la. Tapi Shah suka benar pulak tau. Haa kan.. aku tak kata tak sedap sebab Shah suka. Cuma buka taste aku je la. 

Yang kat rumah ni Shah yang habiskan je sorang. Aku lebih rela makan sambal belacan ketuk aku sendiri je la.. hehe. 

Nak beli lagi ke? 

Eh tentu akan beli lagi sebab Shah suka. Harga pun ada aku berpatutan sebab tahan lama jugak sebab Shah makan sorang-sorang kan.. keke.. Apa pun servis diorang pada pelanggan terbaik pada aku. Membuktikan diorang dah banyak buat RND sebelum-sebelum ni. 

Aku doakan semoga bisnes Khairulaming akan terus berjaya dan akan ada lebih banyak produk yang akan dihasilkan. InsyaAllah. Aku suka je lebih ramai orang Islam yang kaya dan boleh bantu orang Islam yang lain. 

Eh sesiapa nak beli boleh klik link Sambal Nyet Khairulaming ya. 

Itu je review aku.. Sampai jumpa lagi. 


Ceritaita


Ulasan

  1. huwaa bestnya!! sya sampai skrg tak dapat merasa lagi sambal nyet ni huhu..teringinn tapi belum berkesempatan hahah..

    https://mylittlestoryi.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. ok la sambal ni bleh layan cuma kalau nak repeat tu x la sebab pedas giler...

    BalasPadam
  3. Ni lah sambal yang super femes tu yaa. Hehe

    BalasPadam
  4. Saya nak tey jugak beli sambal KA ni tapi tak terbeli kak...semendang lupa..lain orang lain tekak dia kan..

    BalasPadam
  5. teringin nak beli tapi terlepas jer.... nanti nak juga try sendiri sambal ni

    BalasPadam
  6. beli buat stok puasa pn ok gak ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus