Berbaloi makan dalam sungai di BBQ Lamb Kemensah - Cerita Ita                                                             Berbaloi makan dalam sungai di BBQ Lamb Kemensah Langkau ke kandungan utama

Berbaloi makan dalam sungai di BBQ Lamb Kemensah

assalamualaikum semua, dari hari tu aku nak ceritakan pasal kedai makan wajib pergi kat Kemensah ni.. tapi banyak betul gangguan yang datang.. jadi hari ni baru ada masa nak cerita.. itu pun lepas menaip beberapa kali dan terberhenti je dibuatnya.. tapi gigih jugaklah nak kongsikan tempat makan sedap dan best buat sesiapa yang tengah berkira-kira nak pergi ni.. dari aritu aku mampu tengok je bila ada kawan-kawan yang menulis pasal BBQ Lamb Kemensah ni.. bila dah pergi baru tau rupanya berbaloi makan dalam sungai di BBQ Lamb Kemensah.. patutlah ramai yang cerita..

Berbaloi makan di BBQ Lamb Kemensah

kalau tak sedap maunya namanya nak meniti dari mulut ke mulut kan? biasanya orang cerita pasal 2 perkara je.. antara sedap dengan tak sedap.. tapi yang ni aku memang nak cerita pasal sedap la.. yang sedapnya ada jugak.. jadi korang kena baca sampai habis ok.. kami gi bulan lepas sebenarnya.. ntah kenapa la tekak aku ni bulan lepas semua benda la teringin nak makan.. tapi lepas tu nak menulis pulak asyik la tak terbuat.. ada lagi ni kisah pasal makan-makan.. tapi kita cerita yang ni dulu la ya..

masa memula datang aritu kan kami pelik jugak rupanya restoran ni dekat je dengan KL.. selama ni kami cuma tau area tu ada Zoo Negara je tau... serius ni.. nampak benar pengetahuan geografi kami ni memang sangat cetek.. bila sampai situ baru sedar ada kawasan yang cantik dengan sungai bersih mengalira dan tak jauh dari KL.. wah.. terkesima la kejap.. anak-anak memang dah aim je nak makan dalam sungai.. gila tak geram tengok bila memula datang je korang akan nampak permandangan macam kat bawah ni tau.. maunya tak teruja kan? jadi mulalah anak-anak ni merengek nak makan dalam sungai sambil celup kaki dalam tu..

best kan nampak orang lepak-lepak dalam sungai tu?


kalau tanya aku.. memula ada rasa ngeri jugak la.. hahaha.. dasar mak penakut.. ye la dengan keadaan aku yang tengah macam ni.. aku taklah risau terus hanyut dalam sungai pasal muatan berat kan.. tapi kalau tergelincir ke apa ke maunya menyesal kang..  tapi bila dah anak-anak teruja, aku pun sama jugaklah nak merasa.. jadi kami buat pilihan marilah kita makan dalam sungai..

memula kitorang rasa macam nak lepak-lepak makan kat area atas-atas tu je sambil layan bunyi deruan air sungai yang best tu.. tapi dah namanya bebudak kan.. tak sahnya kalau tak tak celup kaki ke air tu.. bila dah rasa air sejuk yang best tu terus lokasi tempat makan tu bertukar serta merta.. jadi kalau korang jenis yang tak nak 'kebasahan' tu eloklah pilih tempat makan yang dekat atas-atas tu je.. macam kat bawah ni haa.. eh lupa bagitau kawasan BBQ Lamb Kemensah ni besar ya.. kalau nak buat majlis apa-apa memang sesuai sangat.. siap parking pun mereka sediakan..

aku memula nak makan kat sini je

ni kat pintu masuk dia

ni lagi meja kat pintu masuk dia
meja asal kami.. lepas tu bebudak dah usha meja kat dalam sungai jugak.. huhu 


masa kami datang tu kebetulan pulak ada yang buat majlis harijadi.. meriah la kami tengok.. diorang buat yang kat meja belah belakang.. belah atas sungai tu.. eh asyik cerita meja dan lokasi je meha la kita cerita pasal makanan pulak.. ada banyak jenis hidangan korang boleh dapat kat sini tau.. kalau yang jenis suka makan makanan berbeza pun takde hal punya.. macam kami aritu disebabkan dah lama tak makan ikan jadi kami pilih menu yang berasaskan ikan.. dan ada pulak hantu daging.. haruslah pesan sepinggan daging jugak..

memula kami tanya memacam la kat adik pelayan tu.. yelah mana pernah datang kan.. adik tu dengan baik hati terangkan satu-satu pasal menu yang ada dalam pilihan menu tu..  antara pilihan menu yang ada..

Ada Couple Mix Meat Set - RM90

Vegeterian Set - RM35

Add caption
Skewer Set - RM120

Seafood Set - RM170

Fish Set - RM160

Bird Set - RM140


dan akhirnya kami pilih pakej ikan tu.. ingatkan ikannya kecik-kecik dan cuma 3 macam dalam gambar.. sekali kau dia datang sekali 4 jenis ikan.. ikan dory, ikan bawal, ikan siakap dan ikan makerel.. haaa.. ikan makerel ni rare sikit ya.. aku akui memang tak pernah lagi makan ikan makerel yang segar macam ni selain yang dah ditinkan.. dan ternyata pilihan kami malam ni berbaloi la.. puashati bila makan set macam ni.. memang kenyang!

Fish Set - RM160


aku zoom sikit.. sos tu 4-4 memang marbeles! tambah pulak dengan ikan ni ada rasa berbeza setiap jenis ikan

nasi arab dan sup kambing.. sup dia sedap wei!

buah, koktel, dan air jug

koktel
salad dia tu sedap tau..

setiap set yang dipesan tu akan datang sekali dengan salad, koktel, sup kambing, buah tembikai dan nasi arab.. sedap.. kena benar padanannya.. dan kami tambah order air teh limau sejug lagi.. ikan tu terbaik tau sebab setiap jenis ikan dimasak dengan cara berbeza jadinya ada 4 jenis ikan dengan masakan berbeza.. eh lupa kami pilih set daging yang lamb macam kat bawah ni.. puashati tau!.. yang ni memang wajib cuba.. sebab daging kambingnya lembut sangat dengan 4 jenis sos tu sangat terbaik.. puashati kakak husna hadap daging sampai habis..

set daging kambing - RM30


dan lepas tu sambil kami habiskan hidangan yang besar ni kami layan jugak anak-anak main air yang ada ikan kecik-kecik gigit kaki kami masa tu.. haha.. best betul pengalaman ni.. siap anak layan main buaian dalam air lagi tu.. puashati memasing.. senyum je masa balik tu..

happy time!

muka kekenyangan.. haha

ayah mithali bawak anak main buaian dalam air

nampak tak kakak dengan abg long yang tengah main buai tu?

ni satu lagi tarikan dekat sini.. haiwan peliharaan tuan punya restoran..

mother and daughter bonding

meh la datang sini!
aku kongsikan jugaklah gambar kami semasa menjamu selera kat sana.. korang kalau ada masa ambiklah peluang datang ke sini.. boleh merasai pengalaman makan dalam sungai macam kami ni yang pastinya tak dapat kat tempat lain.. bagi penggemar makanan yang unik memang patut sangat cuba! Untuk info lanjut masa operasi dan nombor untuk boleh hubungi nombor tertera di bawah ni ya:

Waktu Operasi
Isnin ~ Khamis.
12pm~10pm(last order 9pm)

Jumaat.
4pm~10pm(last order 9pm)

Sabtu dan Ahad
Sessions 12pm~2pm
Sessions 2pm~4pm
Sessions 4pm~6pm
Sessions 6pm~8pm
Sessions 8pm~10pm



Lokasi Bbq Lamb Kemensah. 

Please visit our page and like:

Ceritaita

Ulasan

  1. mesti bertambah2 selera, teringin pulak nak ke sana

    BalasPadam
  2. ya Allah, best nya! sesambil makan layan perasaan dan main air. wahhhhh ^_^

    BalasPadam
  3. wow menarik. bukan biasa-biasa ni makan sambil selam kaki dalam air. hehe

    BalasPadam
  4. wah! sedap2 belaka makanan kat situ.

    BalasPadam
  5. bestnya tempat dia..menu pun sedap2

    BalasPadam
  6. Wahh mujur ada review makan dekat sini. Teringin nak pergi tapi tu lah, takda gambar penuh dengan makanannya sekali. Good sharing!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...