Ummi dah naik kerja! - Cerita Ita                                                             Ummi dah naik kerja! Langkau ke kandungan utama

Ummi dah naik kerja!

Ummi dah naik kerja! 


Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari pertama aku naik kerja lepas cuti bersalin selama 60 hari.. semua orang tanya.. kenapa sekejap sangat cuti? susah nak jawab soalan tu pasal kalau diberi pilihan, aku nak sangat cuti terus dan jaga anak sampai besar.. haha.. tapi kenalah terima hakikat yang.. Ummi dah naik kerja!

Ummi dah naik kerja! 


dan disebabkan jawapan dia tak susah maka aku jawablah kat blog ni.. aku dah naik kerja pasal cuti bersalin dah habis.. yaaa.. aku dah guna sampai 360 hari pun.. termasuk yang ihsan 60 ditambah kemudian oleh kerajaan tu pun.. hiii.. apa nak buat.. aku memang suka cium bau baby.. lelagi tengok pipinya yang halus dan gebu tu kan.. tenang je rasa.. hilang semua masalah.. sebab tu bila aku rasa stress je aku rasa nak mengandung.. tapi lepas ni tak boleh la.. cuti dah habis wei.. dan ummi dah naik kerja!

memula elok je dia tidur


hari ni hari pertama aku naik kerja balik.. rasa macam tingtong kepala ni pun ada.. macam terasa nak gi jalan-jalan je tadi.. yang sejam dua boleh balik rumah.. dengan barang pam susu tertinggal la... terlupa masa nak pam susu la.. padahal aku ni asyik la teringat budak berdua ni yang selalu ada je dengan aku 2 bulan ni.. kehilangan betul rasanya.. serba tak kena pulak aku.. kejap-kejap tengok telefon.. ajer la.. dah rupa orang bercinta..


rindu wei budak berdua ni tadi


tu pun sepatutnya aku dah naik kerja 2 hari lepas tapi aku sambung lagi 2 hari cuti sampai selesai urusan adik untuk vaksin semalam.. maklumlah aku bukan group antivaksin.. harus pastikan cukup kitaran vaksin bagi setiap anak.. aku percaya vaksin adalah cara terbaik mengawal sesuatu penyakit malah menghapuskan terus dari muka bumi jika dilakukan dengan cara yang betul.. bukan hanya untuk manusia tapi juga untuk haiwan.. tapi apa nak buat.. tak semua orang berfikiran yang sama.. eh cerita vaksin pulak.. meh sambung cerita pasal ummi dah naik kerja!

rupanya bukan aku sorang yang rasa tingtong macam tu.. adik nafis adam pun sama.. shah kata dia tak senang duduk sebab adik tak boleh tinggal langsung.. alahai.. kesian anak ummi.. tu yang tadi dia tak lepas langsung aku sejak balik dari kerja.. kesian jugak tapi apa boleh buat.. selagi kena kerja terpaksalah tinggalkan jugak.. semoga Allah jaga adik ya.. sebab ummi dah naik kerja!

Ceritaita

Ulasan

  1. Dah habis cuti ya.. rasa sekejap je kan. Kak Sue doakan semoga dimudahkan semua urusan Ita sekeluarga ya.. jaga diri juga tau..

    BalasPadam
  2. semua ibu ada perasaan yg sama. kalau boleh nak cuti lagi dan lagi sampai anak besar. hehe. tapi tu lah, apakan daya kan

    BalasPadam
  3. Comellah dia, tinggal yea Ummi dah ke work.. Moga dipermudahkan urusan Ita dan family

    BalasPadam
  4. adeiiiiii… comelnya baby, patutlah mak dia rasa nak cuti terus

    BalasPadam
  5. Akak ni kalau di beri pilihan nak je beranak lagi..sorang pun cukup la..hahahha...

    BalasPadam
  6. Alolo moga dipermudahkan urusan baby dan umminya

    BalasPadam
  7. Hahaha.. Kalau boleh cuti terus kan best.. Betul tak kak

    BalasPadam
  8. Sedapnya mama nafis Adam.. bilalah nak jump ensem.boy ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum