Catatan terkini

Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing

Imej
Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing - gambar ni kredit google ya Assalamualaikum semua, dulu aku pernah cerita pasal kedai jual keropok lekor sedap di Mersing dalam blog aku ni. Masa tu aku perkenalkan satu kedai keropok kat Mersing la. Bukan kedai keropok lekor popular dan viral di Mersing pun masa tu. Tapi aku cerita sebab dia jual keropok sedap. Kali ni aku nak cerita pasal kedai keropok sedap yang lain pulak. Lokasinya masih lagi di Mersing. Tak berubah ke daerah lain lagi la. Setakat ni kalau dalam Johor ni keropok area Mersing la yang menjadi pilihan kami sekeluarga. Pada kami, keropok daerah lain di Johor ni bukanlah tak sedap, cuma tak menepati selera je. Gambar lama dia, masa ni takde lagi papan tanda kuning kedai dia Ni gambar baru, adik aku ambik dari dalam kereta Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Eh yang aku cerita ni pasal keropok lekor sedap tau. Bukan keropok keping. Karang ada yang salah faham pulak. Kadang-kadang ada keropok lek

memang macam tu eh?

assalamualaikum semua,

ni aku tak tidur lagi...tengah layan cerita kat tv2 ni...ecece ita...ada njoi kan...tv2 dah terang jadi boleh la tengok drama Cikgu Saodah ni...eh ke cerita ni dah ulangan? kalau ulangan dan korang dah tengok...abaikan je la orang jakun ni...hihi...

aku bukan nak cerita pasal drama ni sangat pun...

tapi aku nak cakap pasal kedudukan pelajar perempuan dan pelajar lelaki kat dalam kelas...

kalau dulu-dulu masa aku sekolah rendah...memang kami duduk campur-campur pun sebab cikgu kelaskan kami ikut ranking dalam kelas...aku selalu duduk kumpulan kedua dan ke atas..pasal aku bukan budak pandai pun dalam kelas...

pernah terjadi pun dulu...ntah nasib baik apa ntah aku terduduk kumpulan pertama dalam kelas..tapi ada sekali cikgu tanya soalan..aku jawab...tapi sebab cikgu tu bersangka buruk dengan budak yang tak berapa nak pandai cam aku ni terus dia pukul tangan aku dengan pembaris...

tapi aku tak kisah pun...betul! tak makan dalam pun la...cikgu yang pukul tu pun aku tak ingat lagi dah...dulu masa aku suka berdendam dengan orang aku ingat tapi itu DULU la....lepas aku belajar maafkan orang terus aku lupa dah cikgu tu...

moral dia cuba la belajar maafkan orang..in Shaa Allah makin tenang hati...

tapi aku bukan cerita pasal tu la...cuma nak tau ni je.....jawapan ni haaa je...aku tengok kat tv2 ni la...ada tunjuk adegan...ceh tulis adegan tu dah macam cerita 18sx je kan...hihi...

tak la cuma pelik je...memang sekolah sekarang ni pelajar perempuan boleh duduk sebelah menyebelah dengan pelajar lelaki eh?

aku nak tau je la...aku dulu dari tingkatan satu sampai tingkatan tiga tak campur lelaki perempuan..masuk tingkatan 4 dan 5 ada la...tapi masa tu lelaki kat depan dan perempuan kat belakang..err...sekolah korang macamana?

cikgu-cikgu boleh tolong jawab sekali?

p/s mata dah tak berapa larat nak bukak dah ni...dah macam kena gam-gam dah ni...jom tidur...

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus