Sabor je la kan.... - Cerita Ita                                                             Sabor je la kan.... Langkau ke kandungan utama

Sabor je la kan....

assalamualaikum semua,

korang dah makan semua?

aku dah....malam ni kami makan burger kukus bakar....aku bagi gambar intro je boleh....hihi....saje bakar nafsu makan korang memalam ni....esok aku kasi cerita lebih ok....

tadi aku nak tengok tv cerita kat tv9 tu haaaa...segmen ratu setiap hari isnin dan selasa tu...

aku dah kira macam peminat setia dah segmen ratu tu...dan sekarang ni tengah cerita Dalam Setiap Sujudmu eh...ke Sujudku ye?...hihi...tak ingat dah...

peminat setia tak semestinya tegar ok ..kekadang missed jugak...kadang time episod akhir tu la aku selalu missed...tu yang menyampah follow cerita bersiri ni....

eh tapi aku bukan nak cite pasal drama tu je tau...ni nak cerita pasal drama kat rumah kami ni haaa....

teringat hari tu....masa aku ikut cerita bersiri Terlanjur Bercinta...aku beria-ia ni suruh shah alih tv9 sebab nak tengok cerita tu...

gini la lebih kurang dialog aku dengan shah...

aku : abg, mintak tolong alih tv9 bang...ada cerita terlanjur bercinta malam ni..

shah : ye ke? tadi abg alih cerita lain..

aku : cerita apa bang?

shah : ntah...  tapi tajuk dia lain..

aku : laaaa..bukan hari selasa ke hari ni? nape lak takde?

shah : haaa tengok..(sambil alih tv9)..kan lain tu..tajuk dia Ratu...

aku : laaa bang...terlanjur bercinta tu memang dalam segmen ratu la tu...

ni la kalau si suami bukan kaki tv macam si isteri...hihi... sabor je la kan.....

p/s mujur shah bukan kaki tv..kalau tak harus jadi perang macam kes kat terengganu yang berebut remote sampai patah tengkuk...macam-macam gila yang ada!

Ulasan

  1. HAHAH..sbr je la..kena buat papan tand akat depan tv ni..ahahha

    BalasPadam
  2. Burger kukus bakar? Mesti lembut dan garing. Yang penting, healthy kan. Bila nak story nie...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum