Jumaat, 4 Januari 2013

'Saya hanya mahu beruk'

assalamualaikum semua,

tetiba terbaca sinar harian pulak hari ni...

ada kisah sedih kat situ...

meh baca meh....

beruk dibaham ular




KUALA NERUS – “Saya tidak mahu minta apa-apa, tapi hanya perlukan seekor beruk untuk meneruskan hidup,” demikian kata Patimah Yong, 63, yang nyata masih lagi bersedih setelah beruknya yang menjadi sumber rezeki  ditelan ular sawa kelmarin.
Lebih menyedihkan, dia hanya menyedari kematian beruk itu kira-kira jam 8 pagi kelmarin ketika anak bongsunya ingin keluar ke tempat kerja dan terkejut melihat seekor ular sawa yang kekenyangan tergantung pada rantai besi setelah menelan beruk yang diletakkan di hadapan rumah.


sedih kan? kalau korang nak berita penuh baca la kat sinar harian...

p/s aku nak cadangkan makcik tu jual ular tu dan beli beruk baru... err..agak2 makcik tu kena saman dengan perhilitan tak ye?

2 Luahan Ikhlas:

ANIM berkata...

ingatkan "beruk band"

Rozita Ceritaita berkata...

tak la kak..beruk makcik ni..