Catatan terkini

Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing

Imej
Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing - gambar ni kredit google ya Assalamualaikum semua, dulu aku pernah cerita pasal kedai jual keropok lekor sedap di Mersing dalam blog aku ni. Masa tu aku perkenalkan satu kedai keropok kat Mersing la. Bukan kedai keropok lekor popular dan viral di Mersing pun masa tu. Tapi aku cerita sebab dia jual keropok sedap. Kali ni aku nak cerita pasal kedai keropok sedap yang lain pulak. Lokasinya masih lagi di Mersing. Tak berubah ke daerah lain lagi la. Setakat ni kalau dalam Johor ni keropok area Mersing la yang menjadi pilihan kami sekeluarga. Pada kami, keropok daerah lain di Johor ni bukanlah tak sedap, cuma tak menepati selera je. Gambar lama dia, masa ni takde lagi papan tanda kuning kedai dia Ni gambar baru, adik aku ambik dari dalam kereta Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Eh yang aku cerita ni pasal keropok lekor sedap tau. Bukan keropok keping. Karang ada yang salah faham pulak. Kadang-kadang ada keropok lek

perbualan suami isteri yang mengembirakan hati isteri....

assalamualaikum semua,

sekejap je dah hari jumaat kan?

bila hari khamis je hati dah mula berbunga-bunga... bukan pasal nak jumpa malam jumaat ye....hish korang ni...cepat no bertukar jadi biru...belum sampai klimaks cerita lagi ni....

pastu bila habis hari khamis jumpa pulak hari jumaat..penghulu segala hari...lagi pulak hati makin berbunga-bunga...lagi ditambah pulak dengan cuaca agak muram di kuantan pada tengah hari ni....hujan sekejap tadi...lebat walaupun sekejap...cukup la untuk menyejukkan bumi kuantan... berbunga pasal dah dekat cuti dan masa untuk bersama keluarga telah tiba...yeay....

berbalik pada tajuk....perbualan ni berlaku antara aku dan aku malam semalam di rumah kami syurga kami tu....

mulanya sewaktu di dalam kereta ada cetusan idea dari aku nak mengajak shah ke Cameron Highland..jugak nak ajak akak ipar aku yang sememangnya nak pergi sebelum ni tapi plan tak jadi...

aku : abg, kita ke Cameron nak hujung minggu ni? kita ajak kak ani sekali la...

shah : ikut la...nanti malam kak datang nak tumpang mandi kat rumah kita..bincang terus la dengan dia.... ( kebetulan kuantan mengalami ketiadaan air selama 2 hingga 3 hari di beberapa kawasan yang ditentukan oleh PAIP...)

bila dah bincang dengan akak ipar aku maka keputusannya mungkin tak jadi sebab suami dia kena kerja ahad malam isnin tu...

sesudah akak ipar aku balik, shah datang dekat dengan aku yang tengah basuh pinggan...

shah : tak jadi gi Cameron...kita balik johor nak?

aku : balik johor? (ecece...buat-buat tanya pulak)

shah : ye la...kita balik johor..kesian anak-anak rindu atuk dia...dah sebulan lebih kita tak balik kan?

aku : ikut abg la... (padahal hati dah berbunga-bunga masa ni)

shah : kita balik minggu ni..hujung bulan kang kita balik lagi....

aku : ita ikut je...abg yang drive kan...(masa ni tak yah cakap la...rasa nak senyum je...terima kasih bang...)

kesimpulannya senang kan nak buat hati isteri gembira...tak susah... dan kami akan balik johor malam ni...doakan kami selamat pergi dan balik ye kawan-kawan....



p/s pergi CH bila ada banyak duit la...kang tak dapat nak petik strawberry kang....dengarnya harga untuk petik strawberry di ladang dah mahal...

Ulasan

  1. Haha.. betul 2, kalau nak pergi CH, bersedialah duit.. kat sana memang banyak benda menarik dan semua menggunakan duit,, nie pesanan saya spt yang saya pernah tulis dalam blog saya sebelum ini
    berkaitan CH nie http://aniqbukhary.blogspot.com/2012/12/pesanan-penting-bagi-yang-bercuti-di.html

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus