Giveaway Awal Tahun 2022 Mamapipie - Cerita Ita                                                             Giveaway Awal Tahun 2022 Mamapipie Langkau ke kandungan utama

Giveaway Awal Tahun 2022 Mamapipie

Giveaway Awal Tahun 2022 Mamapipie

Assalamualaikum semua, dah lama tak join GA kan.. sejak akhir-akhir ni blogger yang buat GA pun dah agak kurang.. mungkin sebab fokus berblog memasing dah jauh berbeza dengan cara berblog sejak dulu.. tapi kadang-kadang aku buat juga GA untuk support kawan-kawan.. ada rezeki boleh menang hadiah.. ye tak? 

Giveaway Awal Tahun 2022 Mamapipie

Kali ni nak join GA blog Mamapipie pulak.. kawan lama dan selamanya ni kita harus support.. syarat dia pun mudah je.. kalau korang rasa nak join pun boleh. tapi kena ingat tau.. hari ni dah hari terakhir.. jom tengok syarat dan hadiah dia..


Syarat penyertaan mudah aje:


Terbuka kepada semua blogger di Malaysia. ~ Done
Buat blog post bertajuk "Giveaway Awal Tahun 2022 Mamapipie". Tepek banner di atas beserta link ke post ini. ~ Done
Nyatakan 1 blog post mama yang menjadi kesukaan korang beserta link post tu. Saja mama nak tahu post mama yang disukai korang. ~ Done
Wajib letak blog http://www.mamapipie.com dalam bloglist korang ~ Done
Jemput Follow Media Social Mama (tak wajib pun) || Instagram | Youtube | Twitter | FB Page| | ~ Done
Tinggalkan link penyertaan korang di post asal GA ni.. ~ Done

Hadiah


3 beg comel seperti dalam banner tu menunggu tuannya. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan cabutan dari mama. Kalau rajin mama cabut secara manual, kalau malas mama cabut guna random.org ye. Jika stok beg takde mama akan gantikan dengan hadiah beg lain ye.

Untuk syarat ketiga tu, aku paling suka entri blog berkaitan agama dan travel.. kalau mamapipie tulis berkenaan agama terasa kena sentuh sikit hati.. terbaru entri pasal zikir menjauhi perkara yang tidak diingini.. dan travel terbaru mamapipie ke Taman Ular, Perlis.. bila dicerita pasal travel rasa macam kita sama-sama pergi melancong dengan diorang.. terima kasih adda..


Ceritaita 

Ulasan

  1. Yeyy kawan selamanya sejak sekolah kan.. terima kasih ita support GA aku. Good luck ye.

    Suka share ttg islamik supaya sama2 boleh jadikan panduan Dan pasal travel mmg suka cerita uyk kenangan diri sendiri hihii

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum