Pengalaman pertama makan Tongmo.. Sedap ke? - Cerita Ita                                                             Pengalaman pertama makan Tongmo.. Sedap ke? Langkau ke kandungan utama

Pengalaman pertama makan Tongmo.. Sedap ke?

Pengalaman pertama makan Tongmo.. Sedap ke Tongmo? 

Assalamualaikum semua, baru ni lepas kami berjalan-jalan kat Pantai Minyak Beku aritu kami teruskan perjalanan menyusuri jalan pantai terus menghala ke Muar.. saja la nak tengok apa yang ada di sepanjang jalan.. antaranya sebab kami dah termakan makanan yang tak berapa best.. jadi kami berhajat la nak cari makanan sedap yang lain..


Apa itu Tong Mo?
Pengalaman pertama makan Tongmo.. Sedap ke? 

Sambil berjalan tak berapa laju tu kami sambil la baca nama-nama parit yang ada di sepanjang jalan.. uniknya Johor ni kebanyakan kawasan akan guna nama parit.. maka banyaklah parit di Johor ni sebenarnya.. sampai la ke satu parit ni.. Kampung Parit Pecah tak jauh dari Parit Jawa.. lepas tu tetiba shah nampak ada ada satu gerai jual makanan.. terus dia tanya.. "eh bukan tu makanan yang selama ni sayang nak makan ke?" dia nampak bergayut macam gambar kat bawah ni la..

Tong Mo Muar Tongmo Johor
Gerai jualan Tong Mo di Muar

Aku pun tanya balik.. "makanan apa bang?" .. teruja la jugak yang dia ingat apa yang aku nak makan.. berbunga rasa di hati waktu tu.. shah jawab " ala yang sayang kata macam sosej tu.. dia salai ke gantung-gantung macam tu la".. aku dengar terus jawab.. "Tongmo! ya bang.. pusing balik bang.. kita cuba beli" kata aku sambil senyum dengan senyuman paling menggoda la.. ala bukan goda orang lain pun.. goda laki sendiri kan.. 

Tongmo yang bergayut menunggu dibakar


Apa itu Tongmo?


Dan akhirnya kami pusing balik dan akhirnya Tongmo itu telah berjaya menyinggah ke tanganku.. Tong Mo ni sebenarnya asal makanan rakyat Kemboja.. ianya adalah daging cincang yang diperap dengan rempah istimewa dan kemudiannya disumbat ke dalam usus nipis lembu yang dah dibersihkan sebelum dibakar..

Kemudiannya Tongmo dihidangkan dengan jeruk betik dan sambal istimewa.. tongmo yang aku cuba beli dan makan ni dihidangkan dengan sambal tu.. tak pastilah sama di tempat lain ataupun tidak.. Harga Tongmo ni tak mahal dan tak juga murah.. Tongmo dijual di gerai ni dengan harga 3 batang RM10.. 


Tongmo parit pecah
penjual tongmo


Sedap ke Tong Mo?


Buat aku yang pertama kali rasa Tong Mo ni.. ianya sangat sedap dan aku meyesal hanya beli RM10 tu je ya.. rasa nak patah balik pergi beli semula tapi apa kan daya.. dah terlajak jauh.. rasa manis daging dan dilawan pulak dengan jeruk betik dan sambal yang sedang-sedang pedas dan manisnya tu memang sangat ngam dan sedap.. harus kami akan singgah lagi di lain masa..

Kakak ni akan menjual setiap hari insyaAllah dari tengahari hingga jam 7 malam setiap hari.. ada signboard rupanya kat tepi jalan tapi kami tak perasan.. tapi pastikan kalau korang dari Parit Jawa menghala ke Batu Pahat.. gerai ni di sebelah kiri korang dan tak jauh dari signboard Parit Pecah.. pastikan singgah ok.. aku cerita dengan korang pun rasa mengences dan cari lagi.. cisss.. kan best kalau ada Tongmo Batu Pahat dan Tongmo Kluang..

Ceritaita

Ulasan

  1. Pernah juga makan tongmo di sini tapi tiada pula diberi jeruk betik itu. Mesti sedap.

    BalasPadam
  2. Belum berkesempatan lagi nak cuba. Nanti nak try juga

    BalasPadam
  3. First time dengar pasal makanan ni..nama pun unik, kalau ke sana nak cuba jugalah

    BalasPadam
  4. aku tak penah makan ta.. nanti boleh try la

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum