Apa perlu buat jika Positif ujian RTK Covid-19?

11:30:00 PG

Apa perlu buat jika Positif ujian RTK Covid-19?

Assalamualaikum semua, sejak minggu lepas lagi rasanya kes baru harian Covid 19 dalam Malaysia dah makin mencanak naiknya..  katanya seluruh dunia macam ni.. sekeliling kami pun sama.. jadi aku terasa nak tulis pasal apa yang perlu buat jika Positif ujian RTK Covid 19 ni.. aku kongsikan apa yang aku dapat dari pembacaan di page facebook dan telegram ya..


Apa perlu buat jika Positif ujian RTK Covid-19?
Apa perlu buat jika Positif ujian RTK Covid-19?

ada yang kata kenaikan ni puncanya sebab wujudnya varian terbaru Omicron yang sangat cepat menjangkiti orang lain.. mungkin jugalah kan.. macam area tempat kami tinggal ni pun tengoklah perbezaan bila dari bulan Oktober 2021 kami mula pindah ke Kluang dengan perbandingan kes minggu ni Februari 2022.. agak menakutkan.. 

Kes ketara meningkat berbanding 4 bulan lepas


Varian Omicron



Dikesan sebagai kontak rapat pesakit Covid 19 apa yang perlu dilakukan?


Ada juga yang bertanya kalau dikesan sebagai kontak rapat pesakit Covid 19 apa yang perlu dilakukan? setakat ni aku selalau mengikuti page facebook Kementerian Kesihatan Malaysia yang sentiasa mengemaskini page mereka setiap hari.. melalui info yang dikongsikan.. mulai 2022, semua yang positif atau dikenalpasti sebagai kontak rapat perlu melalui prosedur kuarantin seperti di dalam jadual di bawah ni.. perlu buat ujian RTK-Ag kendiri jika bergejala..

Dikesan sebagai kontak rapat pesakit Covid 19 apa yang perlu dilakukan?

 

Apa perlu buat jika Positif ujian RTK Covid-19?

ANDA DISAHKAN POSITIF? Melalui ujian kendiri ataupun ujian di klinik? 

Cara buat laporan ujian kendiri


APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN?


1. Kemaskini status Covid19 di dalam aplikasi MySejahtera. Isi maklumat yang diperlukan. 

2. Laporkan keputusan ujian COVID-19 dan kemaskini status anda di aplikasi MySejahtera. Profil akan berubah status dan arahan Home Surveillance Order (HSO) / Kuarantin akan dikeluarkan.. boleh rujuk panduan dari e book Laporan Kendiri MySejahtera..

3. Asingkan diri serta-merta dan jalani kuarantin di rumah.

4. Anda akan dihubungi petugas kesihatan dalam masa 48 jam. Jika gejala anda semakin teruk, sila hubungi 999 atau datang terus ke hospital.

Jika ada sebarang masalah dan perlukan maklumat lebih lanjut, boleh menghubungi :

1. CAC                                                                                                                                          
2. BILIK GERAKAN PEJABAT KESIHATAN DAERAH BERDEKATAN

Cara membuat laporan ujian kendiri di MySejahtera


Panduan penjagaan pesakit positid Covid-19 di rumah.


Maklumat ini berguna juga jika kita menjaga ahli keluarga yang sedang dijangkiti Covid-19.. terutama yang diberi arahan kuarantin di rumah.. Dalam kebanyakan masa, paling utama ialah :

1. Memastikan gejala yang dihidapi oleh pesakit sentiasa dalam keadaan terkawal. 

2. Memastikan aturan makan dan minum ditepati. Ini untuk memastikan badan pesakit tidak mengalami kekeringan yang akhirnya akan menyebabkan gejala lebih teruk lagi.

3. Memastikan tekanan darah, suhu dan paras oksigen dalam darah dipantau setiap hari. Bagus jika dapat kesan apa sahaja perubahan mendadak.

4. Memastikan pengambilan suplimen atau makanan tambahan juga vitamin berkaitan seperti vitamin c dan B compleks secukupnya.

5. Memastikan keperluan ubat secukupnya sesuai dengan gejala yang ditunjukkan pesakit.

6. Memastikan juga emosi pesakit dalam keadaan terkawal dan pesakit tidak mengalami kemurungan.

Nasihat umum kepada penjaga kes Covid-19 di rumah


Panduan isolasi di rumah



Panduan untuk penjaga

Tempoh pengasingan diri jika positif Covid-19



Ada juga panduan bagi pesakit Covid-19 untuk menjalankan isolasi di rumah yang disediakan oleh HUKM.. aku kongsikan juga beberapa poster dari HUKM dan KKM.. Aku harap maklumat di atas ni dapat membantu sedikit sebanyak mereka yang memerlukan di luar sana..

Ceritaita


You Might Also Like

7 Luahan Ikhlas

  1. Terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam
  2. tq ita mmg sgt membantu bagi aku yg tgh kuarantin ni. mmg jelas penjelasannya melalui post ni

    BalasPadam
  3. Terima kasih kak atas perkongsian.. sekarang nie kena sentiasa berjaga-jaga kiri kanan pun positif dan ramai yg tak kuarantin walaupun positif huhu.. Apapun take care semua.. Semoga Allah lindungi kita semua

    BalasPadam
  4. thanks tau sudi kongsi bab ni,clear and mudah faham sikit lepas baca post ni

    BalasPadam
  5. Guidelines yg jelas , senang untuk dijadikan rujukan. Semoga kita semua sihat2 sahaja kan. Risau juga angka kes semakin naik n menjadi2.

    BalasPadam
  6. terima kasih untuk perkongsian ini. take care sis.

    BalasPadam
  7. Nice sharing.. memang kebanyakan tak tau nak buat apa bila rtk positif... Info yang bermanfaat untuk masa kini ..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini