Belajar Bahasa Perancis - Cerita Ita                                                             Belajar Bahasa Perancis Langkau ke kandungan utama

Belajar Bahasa Perancis

Belajar Bahasa Perancis

Assalamualaikum semua,  hari ni aku nak ceritakan kisah pasal aku tengah belajar bahasa Perancis.. Mesti pelik kan... macamana boleh terambik kelas ni? 

Belajar Bahasa Perancis 


Cerita awalnya dulu aku terpandang iklan kat twitter katanya ada buka kelas belajar bahasa.. ada banyak jugak bahasa yang disenaraikan.. ada Bahasa Mandarin,  Bahasa Arab,  Bahasa Inggeris,  Bahasa Perancis dan Bahasa Melayu.. kalau tak salah bahasa lain pun ada juga.. 


Aku teringin sebenarnya nak belajar Bahasa Cina Mandarin tu tapi bila nak mohon kelasnya dah penuh.. jadinya aku pilih je la mana yang dalam senarai tu yang boleh aku cuba..


Kebetulan waktu tu aku tengah layan Drama Anne of Green Gable.. adalah dalam cerita ni yang kawan baik Anne tu bercakap bahasa Perancis.. bila dengar macam best.. jadi macam best jugak la kalau aku pun boleh faham bahasa Perancis ni kan.. 


Jadi aku pun daftar.. waktu tu macam tak percaya pun ada.. sebab aku ni jenis penakut.. takut apa pun tak tau.. tapi bercakap bahasa Inggeris pun jarang-jarang dan macam tak yakin dengan diri kadang-kadang.. tambah pulak tak fasih.. patutnya ambik kelas Bahasa Inggeris dulu la kan.. 


Bahasa Arab pun dulu pernah belajar masa sekolah.. aduhai agaknya jenis memang payah nak pandai kalau bab Bahasa ni.. tapi kali ni memang aku cabar diri la.. cuba belajar benda baru.. pandai tak pandai lepas habis kelas nanti tu cerita baru.. ye tak? 


Aku ambik kelas bahasa ni kat Perpustakaan Selangor (PPAS).. kelas dia murah je.. RM10 je sebulan.. macam kelas percuma pun ada rasanya.. ada kelas online sekali setiap minggu.. setiap Sabtu jam 3 petang.. tapi yang ni tengok jugaklah masa guru ya.. kadang-kadang akan berubah atau dibatalkan.. semua bahasa pada hari dan waktu yang sama.. jadi korang cuma boleh ambik satu bahasa je nak belajar pada satu-satu masa.. bagus inisiatif Perpustakaan ni.. aku puji betul.. 


Alhamdulillah kami dah masuk kelas kelima dah sekarang.. kelas akan berlangsung sehingga 12 minggu kalau tak salah.. masih merangkak nak faham.. kena cari kamus juga untuk bantu yang tak murah jugak harganya.. 


Tapi pada aku belajar bahasa Perancis macam ni bukan semestinya nak dapat terus pandai bercakap.. cukuplah kalau kita pelajari sesuatu yang baru yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan.. apa pun yang kita belajar moga ada manfaat satu hari nanti.. doakan aku ya! 


Ceritaita


Ulasan

  1. wah terbaik la ta.. aku nak sebut tu pun x reti

    BalasPadam
  2. Terbaiklah Ita, berbelit lidah nak belajar bahasa perancis nih...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum