Girl's Day Out di DOOKKI Kluang - Cerita Ita                                                             Girl's Day Out di DOOKKI Kluang Langkau ke kandungan utama

Girl's Day Out di DOOKKI Kluang

Aktiviti Girl's Day Out di DOOKKI Kluang

Assalamualaikum semua, baru ni aku habiskan masa dengan satu-satunya anak perempuan kami kakak Husna.. kami makan-makan masa aktiviti Girl's Day Out kami di DOOKKI Kluang.. best bunyinya kan? percayalah ianya memang best  dan kami enjoy sangat-sangat hari tu..


Aktiviti Girl's Day Out di DOOKKI Kluang


Aktiviti Girl's Day Out di DOOKKI Kluang

Kami pergi hari Jumaat baru ni 11/02/2022 sehari lepas perlancaran pembukaan cawangan DOOKKI  yang terbaru.. setakat ni cuma ada tiga je cawangan DOOKKI di Malaysia.. satu cawangan terdapat di Putrajaya, satu lagi ada cawangan adalah Johor Bahru dan terbaru dibuka ialah di Kluang..



Pagi tu dalam pukul 9 pagi kami dah bersiap nak pergi.. maklumlah aktiviti girl's day out kami yang pertama.. tapi sebab tau awal lagi sebab restoran ni akan buka jam 11 pagi jadinya kami buat keputusan nak makan sarapan dulu kat rumah.. tapi nampaknya ianya bukan keputusan bijak.. kami patut kosongkan perut sebelum ke DOOKKI Kluang ni sebenarnya.. sebabnya? marilah terus baca..


kakak husna kat depan pintu masuk bangunan Dookki Kluang


Kami cari lokasi DOOKKI Kluang ni memula tak jumpa tau.. rupanya bangunan dia betul-betul sebelah je dengan Kluang Mall.. mudah sangat nak pergi.. kalau nak mudah korang boleh parking kat Kluang Mall tu dan jalan kaki keluar dari mall tingkat bawah tu terus menghala ke sebelah kiri dari Kluang Mall.. dia memang betul-betul sebelah je.. tak jauh pun..

suasana best


Melangkah masuk je ikut pintu depan pun kami dah rasa berdebar tau.. ye la kami bukannya pernah makan buffet makanan Korea.. ok aku tipu.. haha sebab aku pernah tapi kakak Husna tak pernah lagi.. memang dia agak terkejut sebab masuk-masuk je kami disambut dengan sorakan selamat datang dalam bahasa Korea.. "Anneoyonghaseyo!" meriah gila dan seronok.. haha

Bagi yang pertama kali datang dan tak tau macamana nak makan di DOOKKI ni jangan risau sebab staff dia memang sangat membantu.. aku memang jenis terus terang je cakap yang aku tak reti nak makan sebab tak biasa.. jadi dia memang ajar satu-satu..

Memula kena faham la maksud DOOKKI ni apa sebenarnya.. Dookki adalah bahasa Korea yang bermaksud 'two meal' atau 2 hidangan.. bukan bermaksud 2 hidangan macam 2 jenis lauk macam tu.. tapi lebih kepada 2 hidangan makanan Korea yang dihidangkan dengan cara yang berbeza dan unik..


how to cook topokki


Hidangan pertama adalah Topokki.. ada ilustrasi kat atas ni macamana hidangan tu dibuat.. eh tapi meh la aku ceritakan.. sebab aku teruja bila makan kat sini.. pengalaman tu harus la kena kongsi kat blog ni.. kakak Husna lagi la.. 

sup dituang ke dalam pot


Topokki ni dia macam kaedah steamboat macam tu.. memula dia akan bagi korang sup jernih.. dia panggil 'plain soup'.. sup ni korang boleh curahkan dalam pot yang siap ada dapur kat bawah dia kat tengah-tengah meja.. kita boleh adjust suhu dapur elektrik ni.. mudah je cuma guna simbol 'on' dan 'off' dan juga tanda + dan - je.. 

pilihan sup


Lepas tu korang boleh ke ruangan sos untuk pilih sos pilihan korang yang akan dicampurkan dengan sup atas dapur tadi.. ada banyak pilihan.. nak pedas.. extra pedas.. atau yang pedas sikit-sikit atau medium.. atau nak perisa lain macam kimchi.. ok masa ni aku harap aku ada 2 pot eh silap 3 pot la pasal semua sos rasa nak cuba.. haha.. tapi kami pilih medium.. itu pun kakak husna kata pedas.. jadi kalau korang ada anak-ank kecik elok pilih yang tak pedas la..


Cara mencampurkan sos



lepas dicampurkan rupa sos dia jadi macam ni

eh lupa.. nak campurkan sos untuk dapatkan sos yang korang nak tu pun diorang dah sediakan resepi macam gambar atas ni tau.. walau tak membantu sangat pasal pencahayaan terlebih tapi aku nak tunjuk je.. dia dah sesiap tulis berapa senduk sos tu korang kena ambik untuk dapatkan sos yang sesuai.. jadi ikut je arahan.. tapi kalau untuk pertama kami macam kami.. kami mintak tolong staff dia je.. sangat-sangat membantu ok..

kakak husna tengah pilih dari buffet yang ada

pilihan mee


lepas tu sos akan dicampurkan dalam sup dan dibiarkan mendidih.. kami pulak buat aktiviti paling best pilih bahan di meja buffet.. ada banyak pilihan ooo.. rice cake je ada 5 jenis berbeza.. aku cuba semua sekali.. ada potato rice cake.. ada cheese rice cake.. rice cake yang biasa guna untuk tteokbokki pun ada dan lain-lain la.. siap ada yang bentuk love dan bunga.. menarik..

yang kami dah pilih.. kupang tu sedap.. segar


ada jugak pilihan daging ayam dan seafood tapi lebih banyak sayuran dan sangat sesuai la yang nak amalkan makan sayur lebih macam aku.. tapi hari ni kami patut buat aktiviti bersama kan.. jadi abaikan diet.. haha.. ada beberapa pilihan mee jugak yang korang boleh pilih.. aku paling suka clear mee dia.. macam soohoon tapi lebih pejal.. sedap! 


double ring cheese di Dookki

double ring cheese smile.. yuhuuu.. 

Topokki with double ring cheese


tengah rebus bahan pilihan yang kami pilih tadi tetiba staff dia datang bawak satu ring besar.. nak tau apa isinya? keju ok.. kejuuuuu.. ok syurga dunia betul bila kau dapat makan steamboat dengan keju mencair boleh ditarik-tarik ok.. so heaven.. korang tengok je la senyuman kami berdua ni haa.. takyah ceritalah betapa gembiranya.. hahaha.. 

how to cook korean fried rice
how to cook fried rice


panjang dah cerita aku tapi percayalah ini baru hidangan pertama.. dan ianya belum habis lagi.. bila korang dah habis makan hidangan pertama ni korang kena kosongkan pot tu untuk bersedia untuk hidangan kedua pulak.. kali ni kami makan nasi goreng korea pulak..yang ni dihidang macam gambar atas ni.. 

bahan-bahan nasi goreng korea


tapi macam biasa la aku nak cerita jugak.. memula korang kena ambil bahan untuk buat nasi goreng ni.. ada 4 bahan utama.. jadi ikut korang la nak ambik banyak mana setiap bahan.. kami suka banyak rumpai laut dan kimchi.. jadi kami lebihkan yang ni.. lepas tu ambik nasi pulak.. dan jangan lupa letak minyak bijan lepas tu..


korean fried rice
Nasi Goreng Korea


lepas tu staff akan sediakan nasi goreng dalam pot korang makan Topokki tadi jugak.. kiranya macam dia guna jugak la perisa sos korang tadi.. digaul semuanya sampai sedikit garing dan siap untuk dimakan.. percayalah ianya sangat sedap sampai korang boleh teringat-ingat ok.. dan pastikan tak makan kenyang sangat masa makan Topokki tadi sebab nasi goreng Korea dia memang wajib cuba..

Mesti ada yang tanya kenyang ke makan kat sini? berani tanya soalan tu? aku dengan kakak Husna hari tu memang tak makan malam ok.. kira kami makan sekali dengan makan malam la.. gila punya kenyang.. 

korean side dish termasuk rice ball dan oden.. semuanya sedap

Mandoo dan kentang goreng

pilihan ayam goreng korea


sebab selain Topokki dan nasi goreng Korea DOOKKI ni ada juga disediakan ayam goreng.. bukan satu tapi tiga jenis ayam goreng ok.. ada juga kentang goreng.. juga ada korean rice ball.. bebola nasi korea dan dumpling korea atau dipanggil Mandoo.. sedap yang ni wajib makan banyak.. eh ada juga oden tau.. boleh makan dengan sup special Topokki tadi jugak..

korean rice ball Dookki


Hish.. aku cerita balik dengan korang ni pun rasa nak pergi balik la makan kat DOOKKI Kluang ni.. pulak tu dia tengah buat promosi sempena pembukaan cawangan baru di Kluang ni.. dari 10 Februari sampai 23 Februari ni setiap 4 orang yang dibayar untuk makan akan dapat free double cheese ring yang harganya bernilai RM18.80..

Harga untuk set Korea Topokki Buffet ni pun masih berbaloi.. dewasa RM39.80 dan kanak-kanak dengan ketinggian 110cm hingga 140cm perlu bayar RM19.80.. dengan harga ni percayalah ianya berbaloi.. air pulak tiada had ok..korang boleh je minta staff mereka refill kan kalau dah habis.. pilihan air pepsi dan 7 up.. ada satu lagi promosi sempena pembukaan ni.. korang boleh dapatkan voucher 1pax percuma untuk pembelian seterusnya.. 

pembukaan DOOKKI Kluang
promosi pembukaan DOOKKI Kluang


oh ya kalau ada sesiapa yang nak tau pasal status halal DOOKKI ni.. aku pun terfikir yang sama.. jadi aku ada tanya jugak la dengan staff pasal ni.. setakat aku dimaklumkan mereka belum terima sijil halal tapi bahan yang digunakan mereka pastikan tidak mengandungi sebarang yang berunsurkan babi atau pork atau berasaskan alkohol..

ada satu lagi yang aku nak tambah.. kalau korang nak makan sini kena beringat-ingat jangan sampai ada makanan yang terbuang ok.. kalau ada korang akan dicaj dengan bayaran RM20 bagi makanan yang membazir tu..

Jadi jomlah.. alamat dan info lain aku tulis kat bawah ya..

DOOKKI KLUANG

Lokasi : 

No.1&3, Jalan Berangan, 86000 Kluang, Johor

Facebook : DOOKKI Malaysia 

Instagram : Cawangan DOOKKI di Malaysia


Paling penting kami betul-betul seronok hari tu.. thanks DOOKKI..


Ceritaita



Ulasan

  1. Macam mmenarik dan sedap je tengok. Best ni. Kena try satu hari nanti😂

    BalasPadam
  2. kiranya nak makan kat Dookki ni make sure perut kena kosong,kalau tak hmmm hahaa tapi nampak sedap weh ayam goreng dia tu,oden pun

    BalasPadam
  3. Sedap betul la nampak tu .. boleh la g situ bila turun keluang nanti

    BalasPadam
  4. Seronok lah bg mereka yg suka makan2 Dan ruang perut besar.
    Kalau saya ni, first round dah kenyang dan agak2 nya tak merasalah round ke 2.
    Tapi mmg pilihan makanan menarik sangat.

    BalasPadam
  5. macam best je!! haritu balik rumah mak, makan kat dakgalbi sebab adik keje situ. tapi ni nampak macam lagi sedap. insyaAllah akan cuba next bila balik kluanggg

    BalasPadam
  6. wah makan berdua dengan husna jer... happy dia eh, menu Nampak sedap kalau sy pun dengan Fatin akan makan mcm nih juga ayah dia tak minat… Korean food ni hahaha

    BalasPadam
  7. Berbaloi sungguh dengan harganya. Banyak pun banyak tu. Seronok je bila mak dengan anak boleh layan lauk pauk k-pop ni.. hihi.

    BalasPadam
  8. Harga dia lumayan dgn makanan, makanan pun banyak, takut kita je tak larat nk hbiskan

    BalasPadam
  9. Wah mmg seronok la anak bila kuar camni dgn dia..moment dia dia akan ingat sampai bila2 sbb igt dulu kte kuar dgn mak berdua bukan main seronok lagi

    BalasPadam
  10. Kalau saya pergi ni mau terpinga2 dibuatnya haha nampak sedaplah, Moga ada rezeki sampai ke sana nanti, boleh cuba.

    BalasPadam
  11. Teruja plak nak try.. macam best je wlaupun saya bukan peminat makanan korea... tapi kenapa kat situ makanannya nampak sedap eh...

    BalasPadam
  12. sedapnya alahai.. shah alam ada cawangan x. untung ko ta ada gak girls day .. aku mmmg dgn boys je la

    BalasPadam
  13. Tak pernah try lagi masakan korea.. Tengok Topokki with double ring cheese tu macam best je. Nyum2

    BalasPadam
  14. Lama x buat Mamabonding ngan Dania..dia sibuk nak SPM ni kan....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Menu mudah untuk Potluck berserta resepi

assalamualaikum semua, tetiba hari ni asyik dengar perkataan 'potluck' je... ntah kenapa.... dalam group whatsApp orang cerita Potluck.... dalam facebook pun sama... minggu depan pun kalau tak ada aral akan ada majlis berkonsep potluck di tempat kerja aku ni haa... dan tetiba la jadi idea nak buat entri... haha....  MAKSUD POTLOCK sebenarnya potluck ni apa maksudnya? kalau ikutkan perkataan potluck ni berasal dari perkataan bahasa inggeris yang bermaksud satu perjumpaan di mana setiap seorang tetamu dalam perjumpaan ni menyumbang sejenis makanan setiap seorang... perkataan ni mula popular pada abad ke 16 lagi tau... menarik ek? tapi asalnya perkataan tu dimaksudkan untuk makanan yang disediakan untuk  tetamu yang pada asalnya tidak diundang atau tidak dijemput... kiranya rezeki untuk tetamu yang datang secara tiba-tiba la.... dalam inggerisnya "the luck of the pot"... tapi menjelang abad ke 19 menjadi popular pulak bagi tetamu membawa makanan sendiri dan akhirnya

Pengunjung