Makan Roti Puri di Restoran Ali Hussin Kluang
5:00:00 PGMakan Roti Puri di Restoran Ali Hussin Kluang
Makan Roti Puri di Restoran Ali Hussin Kluang |
Memula kami sampai macam terkejut jugaklah bila tengok kereta yang banyak parking di sepanjang jalan.. eh lupa nak bagitau kat mana Restoran Ali Hussin ni.. restoran ni mudah je korang nak jumpa.. kalau korang datang dari luar Bandar Kluang dan dari arah lebuhraya korang akan jumpa restoran ni dulu sebelum jumpa bandar Kluang.. dari susur keluar Air Hitam tu cuma lebih kurang 10 ke 15 minit je nak sampai kat sini.. dia berada sebelah kanan kalau dari highway tu.. ala kalau nak senang korang waze atau guna google maps je.. dia berada betul-betul depan Institut Veterinar Malaysia di Air Hitam..
ok aku ulang balik ayat aku.. memula kami sampai terkejut jugaklah bila tengok kereta yang berderet kat parking.. sampai penghujung jalan tu pun ada yang parking.. kami la tu.. haha.. punyalah teringin nak makan roti puri yang digembar gemburkan sedap katanya.. jadi kami nekad singgah masa dalam perjalanan ke Ipoh baru ni.. kebetulan hari tu hari cuti umum kan.. haruslah ramai orang..
Nampak je kereta banyak tu, kami ingatkan kami dah takde peluang nak makan roti puri di Restoran Ali Hussin ni.. dengan sedihnya menapak la jugak masuk ke dalam restoran.. tapi eh bila kami sampai kat pintu kedai dan mengikut SOP kedai untuk Covid 19 tu.. elok je kami nampak ada je meja yang kosong lagi.. bukan satu tapi banyak meja kosong ok.. rupanya restoran ni menyediakan banyak meja untuk pelanggan mereka.. korang boleh pilih je mana nak duduk.. ada kat luar yang takde bumbung pun ada..
Ini tempat sediakan Roti Arab |
Ini pulak ruangan jualan cemilan dan kuih muih |
ini ruangan diorang buat Roti Puri |
Bila dah sampai ni apa lagi.. aku sibuk la nak ambik gambar keseluruhan restoran.. besar restoran ni.. dan bersih jugak pada pandangan mata aku.. ada 2 ruangan utama untuk memasak yang aku nampak.. area depan yang sibuk sediakan roti arab.. dan area belakang yang sibuk jugak memasak roti puri..
Ni pulak makanan dan lauk siap dimasak dia |
antara pilihan kuih muih yang ada |
Set Roti Puri |
Set Roti Arab |
Sampai je tempahan yang kami mintak tu macam terlopong la tengok rupa roti puri dia yang cantik menawan.. lain la dengan resepi roti puri viral yang aku buat tanpa yis tu haa.. yang tu roti puri kampung resepi zaman berzaman.. roti puri kat sini lembut dan tak cukup satu la bila makan tu.. tapi memandangkan aku ingat duit tak berapa nak ada jadi aku cukupkan je la walau rasa tak cukup.. hahaha..
Sedap rupanya.. Patutlah Viral!
Roti Arab dia pun sama wei.. lembut dan sedap je bila lalu kat tekak tu haa.. kena pulak dengan kuah kari dan kuah dal dia tu haa.. sesuai sangat.. ini belum perkena dengan kari kambing lagi ni.. kalau kena dengan kari kambing aku rasa lebih terangkat rasanya..
Lembut betul roti puri dia.. aku rasa dia guna tepung oatmeal |
Harga satu set roti puri atau roti arab sekali dengan kuah kari ialah RM5 je.. pada aku sangat berbaloi.. kami puas makan dan rasa kenyang.. alhamdulillah.. nasi goreng yang anak-anak makan pun sedap juga.. begitu jugak kuih muih yang kami ambik tadi.. keseluruhannya kami puashati makan roti puri dan roti arab kat Restoran Ali Hussin Kluang ni.. ada rezeki kami pasti nak singgah lagi.. ala korang kalau nak makan roti arab sedap.. kat shopee pun ada jual ya.. https://shp.ee/8zf933b
macam biasa lepas makan kami akan kemas macam ni.. susun semuanya supaya pekerja mudah angkat |
Muka ceria lepas perut kenyang.. Jom jalan! |
eh lupa nak bagitau restoran ni buka pada setiap hari kecuali hari Selasa ya.. mereka tutup kedai setiap Selasa.. tapi rezeki kami betul hari kami datang tu sebenarnya hari Selasa tapi mereka buka sebab cuti umum.. kiranya akan tutup setiap Selasa kecuali cuti umum.. haa gitu.. biasanya akan buka pada waktu pagi sehingga jam 2 petang macam tu.. Sila la korang datang singgah ke Restoran Ali Hussin kalau berkunjung ke Kluang ya.. jadikan tempat wajib singgah bila datang ke Johor..
Ceritaita
8 Luahan Ikhlas
tergoda juga bila tengok gambar roti dan makanan-makanan lain tu :D
BalasPadamSelalu lalu sini tapi jarang2 singgah
BalasPadamPemes dia kari kepala ikan
bestnya roti puri. lama dah tak makan.
BalasPadamLama tak makan roti puri. Kalau ada rezeki ke sana boleh singgah makan sini nanti.
BalasPadamnampak pekat dal dia tu meti sedap ni
BalasPadamPuri ni nak makan memang sedap makan di kedai, kalau tapau dah tak best... rindunya nak lepak mamakkkk
BalasPadamSuka roti puri tapi tak pandi buat...haha
BalasPadamNampak sedap tu. Tak pernah makan roti puri ni. So tak tahu rasa dia exactly macamana..Tak apa boleh beli kat shopee yang Dr share link dlm entry ni..Nak ke Kluang, jauh benor pulak. So beli ready made pun boleh..hehe...
BalasPadamTerima kasih sudi tinggalkan komen :)