Berkelah di Pantai Minyak Beku - Cerita Ita                                                             Berkelah di Pantai Minyak Beku Langkau ke kandungan utama

Berkelah di Pantai Minyak Beku

Berkelah di Pantai Minyak Beku

Assalamualaikum semua, sebelum ni aku ada cerita pasal jalan-jalan di Pantai Minyak Beku di Batu Pahat kan? haa.. kali ni entri sambungan.. sebabnya hari tu macam dah serabut pulak nak tulis pasal berkelah di Pantai Minyak Beku ni bila tengok gambar terlampau banyak dalam satu entri tu.. jadinya aku cuma masukkan cerita sejarah Minyak Beku je la kat sana dan gambar pantainya yang cantik tu je..

Berkelah di Pantai Minyak Beku


kat entri lama tu ada jugak aku cerita kisah ada kedai makan dan gerai-gerai menjual makanan kan? aku ada jugak sebut yang ada food truck kat area situ.. elok je ada tapak jualan yang disediakan.. rata-rata peniaga kat situ akan meniaga setiap hari katanya.. ni hasil dari aku bertanya dengan salah seorang peniaga kat situ la ni.. biasalah mulut terlebih ramah sikit..

Food truck di Pantai Minyak Beku


kalau hari cuti umum biasanya akan lebih ramai kunjungan orang lebih dari hari biasa.. biasanya waktu ni peniaga pun akan lebih ramai la.. jangan pulak nanti waktu korang datang nampak peniaga dah kurang korang salahkan aku pulak ya.. sebabnya aku datang tu waktu hari cuti umum.. jadi peniaga ada ramai la sikit.. sebab yang membelinya pun ramai kan..


kami bawak bekal sebenarnya dari rumah untuk berkelah di Pantai Minyak Beku ni.. tapi malangnya lupa pulak bawak tikar.. kalau tak sedang molek je bentang tikar kat area bawah pokok sekitar pantai ni.. sesuai sangat sebab redup.. eh aku kata kami bawak bekal kan? tapi sebenarnya jangkahayat bekal kami tak lama..belum sampai lagi Pantai Minyak Beku, bekalan tu dah habis.. 

Kalau ada tikar dah boleh bentang je terus bawah pokok tu..


korang mesti tanya kalau takde bekal dan tikar macamana kami berkelah.. haa.. anak ramai ni kena jadi kreatif sikit.. kami beli je makanan dari food truck kat situ.. mudah kan? nak makan takyah bentang-bentang tikar.. kita makan je dalam kereta.. mudah.. habis makan boleh jalan terus.. selesai.. haha

kami park kereta betul-betul area tulis cantik ni..


kami tak beli banyak pun makanan.. shah je keluar dari kereta untuk mengelakkan pembelian terlebih bajet.. jadi shah beli char kue tiaw biasa dan corndog untuk anak-anak setiap satu.. kami park dekat area parking dekat signboard besar tulisan Pantai Minyak Beku dan makan kat situ.. makan sambil tengok view pantai sudah semestinya.. menarik!


corndog di Pantai Minyak Beku





Char Kue Tiaw di Pantai Minyak Beku


untuk corndog tu anak-anak puashati siap tak cukup.. tapi untuk char kue tiaw tu agak kurang.. kuahnya cair dan terhangit pulak.. siap ada mee yang hangit dalam bekas tu.. alahai.. jadilah merasa.. lainkali kita cuba kedai lain pulak.. nak cuba cendol tapi terlupa pulak nak beli.. memang kena datang lagi la macam ni.. lainkali kita sedia semua awal-awal dan pastikan tiada yang tertinggal.. terutamanya makanan!


Ceritaita




Ulasan

  1. Sesekali berkelah satu family memang best kan...anak- anak la paling seronok

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum