Penting ke tau jenis darah dan rhesus ? - Cerita Ita                                                             Penting ke tau jenis darah dan rhesus ? Langkau ke kandungan utama

Penting ke tau jenis darah dan rhesus ?

assalamualaikum semua, baru je tengahari tadi baca info pasal mencari penderma darah bagi Kumpulan B- atau O- .. pesakit sekarang ni tengah memerlukan darah yang disebut dan sedang mendapatkan rawatan di PPUKM.. bagi sesiapa yang mempunyai kumpulan darah yang sama dan sudi menderma boleh la terus ke Pusat Darah Negara.. dan ada sikit perbincangan dalam group jugak tadi.. yang nampaknya ada lagi yang masih tak tau jenis darah  dan rhesus masing-masing..

Jenis Darah dan Rhesus


kumpulan darah dan rhesus
Korang kumpulan darah yang mana ?

Cara untuk tau jenis darah dan rhesus

ok kenapa kita kena tau jenis darah kita ? terutamanya status rhesus kita sebenarnya ? mungkin ramai yang tak sedar kecuali bila dah ada ahli keluarga atau diri sendiri yang mengalami masalah di kemudian hari.. macam kes ni jugak.. bila diperiksa ahli keluarga tak ada jenis darah yang sama.. 

sebenarnya kalau di zaman sekarang ni ada je pemeriksaan percuma di mana-mana untuk tau kumpulan darah dan status rhesus (Rh) masing-masing.. salah satunya bila kita nak isi borang permohonan untuk bernikah.. akan ada borang untuk pemeriksaan lengkap percuma termasuk mengenal jenis darah dan jugak mengesan jika ada jangkitan HIV..



carta ni terangkan sekali mengikut kumpulan darah 


dan korang yang dah pernah buat pemeriksaan pernah tengok dan tau ke korang ni kumpulan darah yang mana dan jugak status rhesus korang ? perasan tak kalau kita dapat keputusan darah tu doktor atau pembantu makmal akan tulis O+ atau O- atau AB+ atau AB- ? korang benar-benar faham ke kenapa doktor tulis macam tu ? kalau nak tau mereka bukan saja-saje je tulis tau.. maknanya ada macam kat bawah ni...


Status Rhesus



kalau nak tau sebenarnya tanda - atau + yang ditulis selepas huruf bagi kumpulan darah samaada O, A, B , atau AB tu sebenarnya ada maksudnya.. ia adalah penentu status rhesus di dalam darah korang, terdapat satu protein  (D-antigen) yang terdapat di permukaan sel darah yang yang mempunyai rhesus postitif (+) dan tiada protein ini pada darah dalam kumpulan yang mempunyai status rhesus negatif (-)..

dan mesti akan ada yang nak tanya pulak kan.. apa pentingnya nak tau kumpulan darah dan rhesus ni sebelum berkahwin kan ? haaa.. ok meh aku cerita lanjut...

Kenapa kena tau jenis darah dan rhesus?


antara sebabnya ialah masalah akan timbul bila si ibu yang mempunyai rhesus negatif (kumpulan darah A, B, AB, atau O-) mengandungkan anak yang mempunyai rhesus sebaliknya iaitu rhesus positif  (+) dan kemudiannya akan menyebabkan si ibu akan menghasilkan antibodi dalam badan yang akhirnya mengenalpasti darah si anak sebagai musuh dan bukannya kawan dan akhirnya akan menyebabkan antibodi si ibu akan membunuh sel darah anak yang dikandungnya.. hal ni akan menyebabkan si anak akan mengalami kekurangan darah (anemia) dan akhirnya akan mengalami berbagai komplikasi..

antara komplikasinya ialah jaundice selepas lahir disebabkan hati yang tak dapat memproses sel darah berlebihan yang telah dimusnahkan oleh antibodi si ibu.. dan penting untuk tau kebanyakan situasi tidak berlaku pada kandungan pertama tetapi berlaku jika si ibu mengandungkan anak yang mempunyai rhesus positif buat kali kedua dan seterusnya..

untuk kumpulan penderma jugak selalu bermasalah jika korang ada darah yang mempunyai status rhesus negatif ni.. jarang sangat nak dapatkan penderma yang sesuai.. alangkan darah O+ macam aku ni pun payah tau nak jumpa biasanya.. kalau jadi apa-apa dalam keluarga aku ni pun payah.. anak-anak mengikut shah darah jenis B+.. semoga Allah bagi sihat sentiasa la hendaknya sehingga tak perlu pemindahan darah.. amin... 

Penderma darah yang sesuai mengikut jenis


eh meh tengok kumpulan penderma yang sesuai mengikut kumpulan darah masing-masing macam kat bawah ni..


kumpulan penderma darah yang sesuai mengikut jenis darah


jadi... bila dah tau info macam ni.. korang rasa patut tau tak kumpulan darah korang dan status rhesus? sebenarnya kalau tanya aku secara peribadinya elok kita ambik tau.. tapi kalau dari segi keselamatan bayi dalam kandungan macam cerita kat atas tu itu di luar kemampuan kita sebagai manusia.. dan termaktub pun dalam al-quran yang apa yang terkandung dalam rahim ibu adalah rahsia Allah.. jadi siapalah kita untuk menentukan kan? yang penting kita perlu ada pengetahuan supaya boleh hadapi apa-apa sahaja di masa depan dengan lebih yakin.. insyaAllah

Ceritaita





Ulasan

  1. Akak salah sorang yang pernah jadi penerima darah B+.

    BalasPadam
  2. Kami suami isteri je tahu kami darah O Ta tp tak sure rhesus apa tah + ke - .

    BalasPadam
  3. eca rsanya darah B..tp mcm darah O..eh tak ingatla.kena cek balik ne.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...