Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Resipi Lempeng Kelapa

assalamualaikum semua,

sunyi dan lengang sangat Kuala Lumpur hari ni.. mungkin sebab cuti panjang hingga ke hari isnin di kebanyakan tempat sempena perayaan Krismas agaknya kan.. dan kebetulan kami pun masih bercuti di Kuala Lumpur buat masa ni..


Resipi Lempeng Kelapa
Lempeng Kelapa dengan Kari Daging


bukan bercuti untuk suka-suka pun tapi ada urusan keluarga yang lebih penting.. ada aku ceritakan dalam entri sebelum ni.. pasal pembedahan abah.. tapi ada la jugak bawak anak-anak singgah jalan-jalan.. nanti aku ceritakan ok..

dan kali ni aku nak kongsikan resipi lempeng kelapa yang aku pernah tunjuk gambarnya di instagram Cerita Ita sebelum ni.. 

Resipi Lempeng Kelapa Cerita Ita


Bahan-bahan
Tepung gandum
Kelapa parut
garam secukup rasa
minyak masak 
air secukupnya
*kalau nak tau bahan-bahan ni aku agak-agak je penggunaan dia..

Cara-cara
1. Campurkan air ke dalam tepung sedikit demi sedikit sampai dapat adunan yang cair sikit macam korang nak buat lempeng biasa tu..
2. lepas tu korang masukkan kelapa sedikit demi sedikit.. ikutlah suka korang nak letak kelapa banyak mana.. kalau ikut aku sebab suka makan ada rasa kelapa kena gigit dan lemak-lemak gitu.. aku guna dalam 2 cawan kelapa untuk 1/2 kilo tepung gandum..
3. lepas tu tambah garam secukup rasa..
4. letak minyak masak dalam satu senduk nasi..
5. korang masak dalam kuali yang tak lekat.. aku guna kuali Ikea yang RM17 je harganya.. hasil memang sangat memuaskan.. pastikan masak sampai garing sikit..
6. hidangkan dengan kari kegemaran korang.. kari daging ke..kari ayam ke.. kari kambing lagi sedap..

kalau lempeng biasa rumah aku ni memang laku gila.. dan kena lempeng kelapa ni pulak.. lagi laju anak-anak makan.. kalau korang nak variasikan jugak dengan makan lawan dengan asam pedas pun sedap jugak tau.. makan gitu pun dah sedap sangat.. lemak-lemak je.. ni pun salah satu usaha dan tips untuk anak-anak yang cerewet pasal makannan tu untuk makan.. cuba dalam perbagai variasi..

maaf la ye resepi dari ceritaita ni memang kadang-kadang resepi yang main agak-agak.. sebab cikgunya mak aku yang tersayang.. Cik Jemah chef agak-agak.. hehe.. selamat mencuba..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus