husna pulak tak sihat... - Cerita Ita                                                             husna pulak tak sihat... Langkau ke kandungan utama

husna pulak tak sihat...

assalamualaikum semua,

sejak kami ambik husna balik taska semalam dia dah mula tak sihat.. badan dia dedor.. hidung meleleh je dengan hingus.. siap pakej batuk lagi...

jadinya malam tadi kami bawak dia ke klinik lepas hantar abg long mengaji..

kami rujuk sekali badan dia yang selalu gatal-gatal dan abg ngah yang juga batuk-batuk...

tapi masa kami bawak dia ke klinik semalam dia tak demam... hari ni bangun je pagi badan dia panas balik... aku basahkan kain lampin dan sapu kat kepala dan badan dia.. masih tak kebah sangat... lepas dia minum susu..shah bagi dia ubat.. jadi pagi tadi ke sekolah macam dah segar sikit..

tak lama aku kat opis, cikgu taska whatsapps kata badan husna panas sikit dan dia mula nangis je..muntah-muntah bila bagi makan...

sebab aku risau maka aku mintak shah yang kebetulan off hari ni jaga dia.. alhamdulillah aku call tengahari tadi dia dah ok dan tengah tidur lena...

yang jadi masalahnya pulak si abg ngah... pagi tadi dia ok je gi sekolah kat sebelah taska tu..balik tengahari dia mencari adik dia pulak sebab nak tidur...alahai abg ngah..

cikgu dia kata dia taknak tidur sebab takde adik..

tadi cikgu ina yang baik hati whatsapps lagi...kali ni suara abg ngah lak yang keluar... tanya mana adik una..
pastu bila aku jawab...cikgu dia kata ok.. dia dah ok dan boleh pegi ngaji...lega dengar...

harapnya anak-anak kami sentiasa dalam lindungan Allah tak kira dimana pun mereka berada...amin..


p/s hujan lebat di kuantan... hari ni macam terasa je gundah gulana dalam hati ni...

Ulasan

  1. Moga anak2 cepat sembuh... kita memang susah hati kalau anak2 tak sihat...

    BalasPadam
  2. aunty doakan husna cepat sembuh..
    risaukan bila anak2 tak sihat..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum