Cara memeriksa keputusan sekolah rendah dan menengah melalui SAPS - Cerita Ita                                                             Cara memeriksa keputusan sekolah rendah dan menengah melalui SAPS Langkau ke kandungan utama

Cara memeriksa keputusan sekolah rendah dan menengah melalui SAPS

untuk entri terbaru dan cara gunakan SAPS terbaru rujuk SINI

assalamualaikum semua,

disebabkan abg long dah masuk sekolah maka mesti akan ada entry cerita pasal sekolah dan yang sewaktu dengannya...

dan beberapa minggu yang lepas dah sibuk dengan peperiksaan pertengahan tahun di semua sekolah-sekolah di malaysia... dan yang paling mendebarkan bagi ibu bapa ialah bila nak tengok pencapaian anak-anak...lagi la bagi yang baru pertama kalinya macam kami ni...

hari esok ada Hari Terbuka sekolah abg long... aku macam gigil-gigil je rasa nak pegi...kejap lagi nak siap sedia soalan yang bakal aku tanya pada guru kelas abg long...hish.. rasa macam nak pegi interview mintak kerja je la.. debar je hati.. huhu.. ini belum anak nak kawen lagi ni.. apa la ita...

untuk keputusan peperiksaan abg long aku dah tak rasa risau sangat sebab dah boleh check online sekarang ni... sebenarnya dah lama pun tapi disebabkan selama ni takde anak yang sekolah maka aku memang tak ambik tau sangat la.. dengar-dengar macam tu je...

dan keputusan abg long..alhamdulillah..lulus semuanya walaupun mungkin pada sesetengah orang agak tak memberangsangkan...yang penting abg long dah usaha dan dengan kemampuan dia tu aku rasa agak bangga jugak dia boleh lalui semuanya dengan baik.. teruskan usaha ye nak..ummi dan ayah sentiasa menyokong dan doa yang terbaik untuk anak-anak...

dan hari ni aku nak kongsikan bagi mereka yang mungkin masih tak tau macamana nak check keputusan sekolah anak-anak melalui SAPS online ni...

SAPS ni sebenarnya bermaksud Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah..

ada beberapa ruangan jika kita google SAPS ni sendiri...ruangan untuk guru, ibu bapa dan lain-lain lagi...



jadi untuk ibubapa kita fokus je ke ruangan untuk ibu bapa tu...

atau boleh jugak korang klik terus ke sini SAPS IBUBAPA

bila kita buka laman web tu akan keluar paparan seperti ini...



cara-caranya...

1. kita dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan anak dalam ruangan...sila isikan nombor mykid ok.. bukan nombor surat beranak...

2. jangan lupa tandakan jugak pilihan untuk sekolah..samaada sekolah rendah atau menengah...sesudah tu boleh pilih pulak keputusan peperiksaan apa yang nak dicari...

3. sila buat pilihan bagi tahun jugak..

4. kemudian tekan semak laporan..




kemudian paparan akan berubah dengan butir-butir anak yang siap tertulis...

1. sesudah tu boleh pilih pulak keputusan peperiksaan apa yang nak dicari...

2. kemudian tekan pilihan bagaimana analisis keputusan nak dipaparkan..

kalau dalam bentuk slip tu agak kemas dan teratur...tapi masih boleh guna yang untuk papar markah keputusan... untuk bentuk slip kena pastikan korang ada mempunyai Adobe Reader dalam komputer atau dalam telefon korang.. aku cuma papar keputusan analisis markah dalam telefon sebab tak ada Adobe Reader tu...

kalau korang tekan dalam bentuk slip peperiksaan akan keluar paparan macam ni...





sangat kemas untuk dicetak dan disimpan....

dan kalau korang tekan papar markah keputusan akan keluar paparan macam ni....




pun masih ok dan kemas untuk tatapan ibu bapa...

pada aku sistem ni amat bagus untuk ibu bapa sentiasa memantau dan mengambil tahu prestasi peperiksaan anak-anak di sekolah... semoga ianya bermanfaat untuk semua jugak... selamat menggunakan SAPS...


p/s abg long cakap apa tau bila aku tunjuk keputusan dia?... dia kata "haaa.. ummi boleh tengok? saya baru nak sorokkan yang mana saya dapat markah rendah tu..." (amboi nobita betul la...)... hehehe... sori ye anak.. mujur ada teknologi...

Ulasan

  1. bagusnya! cx baru tahu. terima kasih kongsi maklumat yg sgt berguuna ini :)

    BalasPadam
  2. bagusnya! cx baru tahu. terima kasih kongsi maklumat yg sgt berguuna ini :)

    BalasPadam
  3. mak pak takle terkejut bila mai ambil report card kan..hihi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum