Follow my blog with Bloglovin

Rabu, 15 November 2017

Keputusan peperiksaan melalui SAPS Ibu bapa

Keputusan peperiksaan melalui SAPS Ibu bapa

assalamualaikum semua, aku pernah cerita pasal nak tengok keputusan peperiksaan melalui SAPS Ibu Bapa ni dulu.. tapi dulu dia punya link tu macam lain sikit.. dan tak la terperinci macam sekarang ni.. eh dah hujung tahun ni la yang aku perasan lain sikit.. dah ada penambahbaikan.. alhamdulillah semakin bagus..


ini SAPS ibubapa yang lama


SAPS ibubapa yang baru


kalau yang baru ada anak sekolah mesti agak tertanya-tanya apa dia SAPS tu sebenarnya.. meh kita tengok dulu maksud SAPS.. SAPS bermaksud Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.. sistem ni diwujudkan untuk memudahkan ibu bapa untuk mengetahui prestasi anak-anak hanya melalui online sahaja.. mudah sangat-sangat.. kalau dulu kita cuma akan tau prestasi anak-anak melalui perjumpaan ibu bapa dan guru pada hari terbuka sekolah.. sekarang ni cuma hanya di hujung jari je semua dah boleh tengok..


ini yang lama dulu.. kalau korang tengok boleh nampak perbezaan dia kan.. 



ada yang masih tertanya-tanya ke macamana nak guna sistem ni? senang sangat sebenarnya.. walaupun agak rumit berbanding pada awal sistem ni diperkenalkan dulu tapi aku tetap rasa sistem ni lebih baik.. kenapa aku kata lebih baik? nanti aku terangkan.. meh aku ajarkan macamana nak guna SAPS Ibu bapa ni dulu..

Cara mengetahui Keputusan peperiksaan melalui SAPS Ibu bapa

1. Buka SAPS melalui link ini : https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/

dan korang akan nampak gambar macam kat bawah ni.. betul la tu maknanya..



2. Korang kena masukkan no kad pengenalan atau no ic anak masing-masing.



3. Kemudian pilih negeri.. jangan panik kalau korang dah masukkan no ic anak tu tetiba nak klik kat pemilihan negeri tu tak boleh tau.. nama pun sistem komputer dan internet.. ada masa laju ada masa perlahan mengikut kadar penggunaan pada masa tu.. korang kena bertenang dan tunggu sekejap bila dah masukkan no ic tu.. nanti barulah butang untuk pilih negeri tu aktif. Kemudian dah boleh pilih negeri.



4. Kemudian buat pilihan untuk sekolah pulak.. kalau tau kod sekolah boleh je masukkan.. tapi kalau tak tau korang janganlah cemas sangat.. dunia belum berakhir pun.. hahaha... taip je nama sekolah anak.. nanti akan ada keluar senarai nama yang berkaitan macam  korang taip tu.. terus boleh pilih yang mana satu pilihan hati... eh yang mana satu sekolah anak korang la.. jangan pilih ikut sukahati.. kang korang marah aku pulak kalau tak jumpa..



5. Bila dah masukkan nama sekolah tu bolehlah tekan butang semak.



6. Lepas tu akan keluar macam ni.. korang kena pilih pulak tahun baru dia akan keluar pilihan untuk slip atau tunjuk markah.. apa yang aku suka part inilah.. ada ditambah nama guru setiap mata pelajaran yang ada diambil di sekolah.. jadi kita dapat la tau siapa yang mengajar.. kalau tak bila tanya anak memanjang la dia kata tak tau.. lagi-lagi la yang baru darjah satu tu kan.. 



7. Terakhir sekali bila korang klik semak markah akan keluar keputusan macam kat bawah ni.. maka terbongkarlah rahsia dan mana yang markah tak seperti dijangka boleh la korang rujuk semula anak-anak samada betul tak diorang jawab peperiksaan tu.. aku terpaksa blurkan keputusan abg ngah sebab takut korang pengsan bila tengok nanti.. hahaha.. 



tapi yang paling aku suka pasal sistem ni ialah dapat tengok prestasi anak di dalam kelas dan jugak prestasi dalam darjah.. dan jugak tambahan sekarang dah boleh tau siapa cikgu yang mencurah bakti untuk anak-anak..  kalau sekolah tak buat hari terbuka pun dah tak kisah sangat kan.. alhamdulillah ada kebaikan jugak sistem online ni.. 


Cerita menarik lain

4 Luahan Ikhlas:

Amie berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Semuanya di hujung jari.

Mrs Pip berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mcm ni senang, parents boleh tahu pembelajaran anak kat sekolah ...

Nadia Johari berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Mudah dan senang sekrg

Puan Wawa berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

MUDAH sekarang ni mommy2 nak tengk prestasi ank2.
Thank you sharing. Zaman wawa ada anak nanti, macam mana laa erk sistem nanti..