Aiman Tino keluar jenama baju sekolah sendiri pulak! - Cerita Ita                                                             Aiman Tino keluar jenama baju sekolah sendiri pulak! Langkau ke kandungan utama

Aiman Tino keluar jenama baju sekolah sendiri pulak!

assalamualaikum semua, ini cerita pasal artis pulak tetiba.. pasal aku kagum betul dengan orang yang pandai merebut peluang macam ni.. aku teringin jugak nak jadi macam tu tapi selalunya asyik la gagal.. kena ambik semangat Aiman Tino ni jugak la nampaknya.. 



Semalam aku terbaca pasal penyanyi Aiman Tino tu buat baju sekolah jenama dia sendiri.. Bro Framestone yang tulis dalam blog dia.. 

malamnya aku bercerita la dengan anak-anak.. 

Ummi : Abg long, nak tau tak Aiman Tino penyanyi tu kan dia buat baju sekolah long..  
Abg long : Baju sekolah apa ummi?  
Ummi : Baju sekolah jenama dia la.. jenama Aiman Tino..  Sweet Aiman gitulah bunyinya..  
Abg long : Wah.. ye ke ummi? Mesti ramai budak sekolah nak beli tu nanti..  
Ummi : aah.. pandai kan dia cari duit? 
Abg long : berapa dia jual baju dia tu ummi? 
Ummi : Harganya RM21.90 kot rasanya..
Abg long : Bale.. (keluar bahasa orang Pahang 😄) Mahal jugak.. 
Ummi : Aah tapi sayang dia jual kat Mydin je.. dan Mydin Kuantan takde pun jual ummi tengok.. 
Abg long : ala.. kenapa tak jual..
Ummi : Belum lagi kot.. entah ek.. 

kesimpulannya aku cuma nak bagitau yang aku agak kagum dengan orang yang ada semangat macam Aiman Tino ni.. bukan senang tau jadi multitasking dalam apa jua bidang.. dalam kes ni jadi penyanyi dan peniaga dalam masa yang sama.. anak-anak kat rumah ni memang minat dengan dia ni tapi nampaknya aku lebih kagum dengan semangatnya.. 

lepas ni kami kena tengoklah pulak kat mana nak cari baju sekolah Sweet Aiman Junior ni.. sebabnya katanya dijual di Mydin terpilih..dan yang pastinya kat Mydin Kuantan takde dalam senarai ok! 



Ulasan

  1. hahahaha bale trus keluar.

    singgah n nak jmput join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    BalasPadam
  2. ni produk kedua dia kan..duit banyak bolehla buat..tapi bgusla,

    BalasPadam
  3. Pandai cari duit..muda-muda lagi.
    Tapi background family dia memang berduit jugak kan

    BalasPadam
  4. Kak Sue pun suka macam nie, memuda lagi pandai buat duit.. rupa ada, suara ada.. huntung lah orang tua dia kan.. ehehe..

    BalasPadam
  5. Wah nak Cuba carilah brand aimann Timo kat mydin. Cuma tajuk xde size utk bambam aKU Tu je

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum