Kami ronda Ipoh! - Cerita Ita                                                             Kami ronda Ipoh! Langkau ke kandungan utama

Kami ronda Ipoh!

Assalamualaikum semua,  cerita ni berlaku pada 2 bulan lepas.. nasib la kalau korang kata dah terlambat baru nak cerita.. tapi pada aku, aku tetap nak coretkan kat dalam blog ni.. sebabnya aku terkilan banyaknya kisah perjalanan kami sekeluarga yang tak sempat nak tulis pun sudahnya.. cerita kami ke Penang,  Muar,  Batu Pahat,  Cameron Highlands,  Lumut.. hish banyak rupanya yang tak tertulis..

Kami ronda Ipoh! 


asalnya tak tulis tu sebab sibuk dan ada je yang menghalang bila waktu nak menulis tu sampai dan akhirnya sampai ke sudah memang aku tak rasa nak tulis sebab dah terlampau lama terperap.. atas sebab tu jugaklah aku letak azam nak tulis semuanya walau mungkin ada yang berbunyi.. dah lama pun masih nak cerita lagi.. tapi apa boleh buat.. kadang-kadang itu je cuma masa tu je yang ada..  macam kali ni la.. cerita dah lebih sebulan berlalu.. baru la boleh ceritakan kat sini..

plan asalnya aku kena gi kursus di Institut Penyelidikan Veterinar di Ipoh selama 3 hari.. masa ni kebetulan anak-anak cuti sempena Peperiksaan UPSR jadinya aku ambik peluang bawak anak-anak berjalan sekali la ikut aku pergi kursus di Ipoh.. kami bertolak hari Sabtu jadinya malam pertama tu kami menumpang tidur di rumah adik shah yang kami tak pernah jejak sebelum ni.. alhamdulillah akhirnya dapat jugak pergi.. dapat la jumpa budak comel ni sekali.. hehehe.. 





untuk malam kedua dan seterusnya kami cari penginapan yang dekat dengan VRI.. jadinya aku pun berangan nak booking la Hotel yang ada kolam renang.. puas mencari akhirnya dapat Hotel Seri Malaysia di Ipoh.. harga agak berbaloi untuk bilik dengan 2 katil besar masa tu cuma RM130.. aku booking melalui Traveloka tau.. ada aku pernah cerita dulu.. harga memang jauh murah kalau dibandingkan dengan harga kalau datang terus atau walk in atau harga guna harga untuk pegawai kerajaan..

tapi kalau nak diberi bintang.. dari 5 aku cuma mampu bagi 3 je la.. sebabnya keadaan biliknya agak lama dan suram.. karpet pun sedih je rupanya.. agak berbau jugak.. dan bilik airnya sangat la kecik.. cuma dia menang dari segi perkhidmatan tambahan untuk kolam renang dan makanan sarapan pagi dia yang sedap tu je la.. yang lain agak sedih.. lobi dia pun cuma setakat kaunter je.. kerusi untuk menunggu pun takde tau..

masa hari pertama sampai tu kami tak sempat ke mana-mana.. hari kedua tu baru dapat berjalan.. kami pergi banyak tempat jugak di Ipoh.. kami ke Kellie's Castle tapi kami tak masuk dalam pun sebab sekarang ni kalau nak masuk dikenakan tiket.. aku pernah pergi ke tempat ni dulu.. waktu masih belajar.. waktu tu masuk cuma percuma.. aku dah berpeluang masuk jadinya rasa macam takde apa sangat nak tengok kat dalam tu dan rasa agak tak berbaloi harga tiket masuk yang dikenakan.. jadinya kami cuma ambik gambar di kawasan sekitar tu je la..

kami di Kellie's Castle 







puas bergambar kami terus tuju ke destinasi kami yang lain.. disebabkan masa agak suntuk jadi kami set dulu perjalanan sebelum daftar masuk ke hotel.. kami set nak pergi ke pesta durian di Amanjaya.. nak ke Taman Herba.. dan nak ke Stesen Keretapi, Muzium Teh dan jugak nak melawat Muzium Negeri di Ipoh dan tak lupa nak pergi ke Taman Rekreasi Gunung Lang.. Alhamdulillah kami berjaya pergi ke semua tempat tu walaupun makan masa 2 hari jugak la.. termasuk hari kami nak balik tu.. nanti aku sambung semula cerita di tempat lain tu ya.. 


Ulasan

  1. Sama la. Banyak kisah vacation tak tertulis kat blog. Kaklong ni jenis malas upload gambar. Huhu..

    Nanti sambung tau.

    BalasPadam
  2. seronok anak anak dpt berjalan jalan....

    BalasPadam
  3. wah bestnya jalan-jalan. kami tunggu cuti sekolah nanti..

    BalasPadam
  4. Best kan.. pergi mana2 pun mesti best asal dgn famili

    BalasPadam
  5. bestnyaa jalan2. aritu ada terbaca juga blogger pergi kellie's castle

    BalasPadam
  6. Banyak lagi tempat menarik di perak ni. Kalau nak pergi dua tiga hari memang tak sempat.

    BalasPadam
  7. Pernah ke kellie castle tapi hanya bergambar diluar. Musim cuti sekolah ni seronok anak2 bercuti :)

    BalasPadam
  8. Kak Sue tulis je Ita walau dah lama sebab nanti bebila boleh baca balik kan, kenangan kita jalan-jalan sekeluarga.. Kak Sue belum pernah pergi Kellie Castle, pernah lalu je kut.. teringin nak singgah..

    BalasPadam
  9. bestnya jalan jalan...simpan kejap mood berjalan bulan 12 nanti baru nak pi melaka...kelly castle pun tak sampai lagi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum