Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Mengimbau kenangan SPM dan Doa Dipermudahkan Urusan

assalamualaikum semua, hari ni bermula peperiksaan SPM di seluruh negara Malaysia.. semua ornag sibuk bercakap pasal peperiksaan SPM ni.. di Radio Sinar FM pagi tadi pun tak terlepas peluang bercerita pasal kenangan kisah yang berlaku di dalam dewan peperiksaan.. menarik cerita masing-masing.. seronok kami yang dengar dalam perjalanan ke tempat kerja tadi pagi.. aku nak kongsikan juga kenangan aku sewaktu ambik peperiksaan ni dulu tapi aku nak kongsikan dulu doa agar dipermudahkan urusan.. bukan sahaja untuk calon peperiksaan tapi jugak untuk semua orang..


Doa dipermudahkan urusan

Doa dipermudahkan urusan :

اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ù„َا سَÙ‡ْÙ„َ Ø¥ِÙ„َاَّ Ù…َا جَعَلتَÙ‡ُ سَÙ‡ْلاً ÙˆَØ£َÙ†ْتَ تَجْعَÙ„ُ الْØ­َزْÙ†َ Ø¥ِذَا Ø´ِئْتَ سَÙ‡ْلاً

Maksudnya :

Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki.

- Ibn Hibban (Hadith no. 2427), Ibn As - Sunni (Hadith no. 351). 


Sewaktu aku mengambil peperiksaan SPM pada tahun 1996 dulu di SMKA Maahad Muar (malu sebenarnya aku nak mengaku sebagai salah seorang anak didik dari sekolah yang terbilang ni.. sebab perilaku dan penampilan yang sangat jauh dari imej sekolah tu sendiri..).. masa tu dewan peperiksaan kami berada di Tingkat 3, bangunan paling hujung di sekolah.. bangunan ini adalah bangunan paling baru dibina di sekolah pada masa tu.. bangunan lain hanyalah setinggi dua tingkat sahaja.. 

Dewan pulak sebenarnya terdiri dari 4 buah kelas yang dibuka secara memanjang untuk dijadikan dewan peperiksaan.. Bukan hanya SPM.. semua peperiksaan ada kat sini.. PMR dan juga STPM.. dan di bahagian tepi bangunan ni tak jauh la kira-kira dalam 2 meter ada pulak pagar yang setinggi lebih kurang 6 meter memagari kawasan sekolah.. yang memisahkan antara kawasan sekolah dengan sebuah penempatan di kawasan bersebelahan.. ada la beberapa buah rumah di sebalik pagar tu..

kalau hari biasa kami sebenar boleh dengar suara dari rumah-rumah yang berada di belakang pagar tu.. kalau bergaduh lagi la jelas.. terutama bila kita berada lebih tinggi kedudukannya dari rumah yang di sebalik pagar tu kan.. dan pada kejadian sebenarnya merupakan hari kami menghadapi kertas peperiksaan terakhir pada tahun 1996.. kertas Fizik kalau tak salah aku.. 

Bayangkan la tekanan yang kami hadapi pada waktu tu.. menghadapi kertas terakhir sedangkan kebanyakkan calon SPM yang lain telah pun meraikan kebebasan dari peperiksaan pada minggu sebelumnya.. siap ada yang bakar tanglung kertas bagi terbang simbolik bagi kebebasan kononnya.. aku perati je korang masa tu ok.. bukan main lagi korang berjimba ek.. sedangkan kami masih terpaksa pulun belajar.. cisss.. sangat tak patut ok..

dan sewaktu sedang menghadapi kertas akhir inilah tetiba rumah di bawah tu pasang lagu dari radio sekuat-kuat tidak.. huwaaa.. rasa nak pitam dengar.. hahaha... haru pengawas peperiksaan jadinya dan untuk pengetahuan ini bukan lah kali pertama sebenarnya.. dah ada sebelum tu waktu kami jawab kertas sejarah rasanya.. semua ornag hanya mampu tersenyum dan pengawas peperiksaan waktu tu terpaksa turun dan beritahu jiran sebelah tu supaya perlahankan radio kerana mengganggu calon yang sedang menjawab soalan.. 

memang antara kenangan yang aku tak dapat lupakan la sampai ke hari ni.. walaupun aku dah tak berapa ingat lagu yang dipasang dan bila tarikh sebenar bunyi radio serta kertas yang kami jawab tu.. maaf jugak kalau ingatan yang aku ingat ni tak berapa tepat.. banyak yang aku dah lupa.. al maklumlah dah lebih 20 tahun peristiwa berlaku pun.. semuanya cuma tinggal kenangan..

korang pulak ada ke kenangan sewaktu SPM yang nak dikongsi? 


Ulasan

  1. Aku Ada x dlm kenangan ni sekali? Apapun good luck kpd calon spm

    BalasPadam
  2. Saya SPM 2001, paper Bahasa Arab tunda ke hari terakhir sebab kemangkatan Agong.

    BalasPadam
  3. Ena SPM tahun 2009. Tak ingat sangat dah sebab masa tu kt MRSM. So mood tak sabar nak berambus keluar. Memang fokus study jela. hahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus