Bila keputusan darah pasangan membimbangkan - Cerita Ita                                                             Bila keputusan darah pasangan membimbangkan Langkau ke kandungan utama

Bila keputusan darah pasangan membimbangkan

assalamualaikum semua, semalam aku sempat ajak shah singgah untuk buat pemeriksaan kat LPPKN.. kami buat pakej satu.. takkan nak suruh shah buat pakej dua pulak kan.. hahaha... ok sesiapa yang nak tau pakej pemeriksaan kesihatan yang ada kat LPPKN boleh baca lanjut kat entri UJIAN PAP SMEAR PERCUMA ni ya..


keputusan ujian darah


bila buat je ujian tu macam berdebar jugaklah aku.. maklum la pasangan dengan kita kan serupa macam diri kita sendiri kan.. kalau dia sakit kita pun akan rasa sakit jugak.. kebetulan pulak semalam klinik LPPKN tu tengah buat hari untuk suntikan HPV dan ada pelajar perbidanan dari Brunei jugak kat klinik tu.. meriah la jugak semalam..

dan ada seorang tenaga pengajar dari UIAM yang ada menemani pelajar dari Brunei ketika tu.. aku pun habiskan masa berbual dengan Judy, tenaga pengajar tu.. Judy seorang pesara kerajaan dan sekarang ni berkhidmat di UIAM sebagai tenaga pengajar.. dan jelas menampakkan yang Judy memang seorang yang sangat berpengalaman dalam tugasnya.. ok itu cerita Judy dan bukan cerita pasal keputusan darah shah.. hehe.. tapi aku suka nak selitkan pengalaman berharga aku dapat dari perbualan aku dengan Judy.. Judy tekankan.. walau apa pun pelanggan buat atau cakap kita sebagai penjawat awam haruslah menjadi orang yang mesra dengan orang awam atau dalam bahasa inggerisnya "people friendly".. bagus pendirian Judy ni dan aku sangat setuju.. terima kasih Judy untuk masa berbual yang berharga semalam..



tinggi dah gula tu bang oii.. jom amal gctea! 


ok berbalik pada keputusan ujian darah shah pulak.. shah dapat keputusan gula dan kolesterol yang agak tinggi.. dah patut rujuk doktor dah pun.. tapi disebabkan orang lelaki ni memang biasa segan dengan doktor jadinya aku ambik keputusan yang kena kawal permakanan shah untuk sebulan ni.. dan lepas sebulan kita buat pemeriksaan semula ye bang..

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum