Follow my blog with Bloglovin

Jumaat, 27 Oktober 2017

Pemeriksaan kesihatan di LPPKN Kuantan dan Ujian PAP Smear percuma!

Pemeriksaan kesihatan di LPPKN Kuantan dan Ujian PAP Smear percuma! 


Assalamualaikum semua,  tadi pagi entah apa mimpi kawan sepejabat ni ajak aku ikut ke LPPKN Kuantan untuk buat pemeriksaan kesihatan kat situ.. aku pun bersemangat nak ikut bila dia ajak.. sebabnya aku ada baca pasal ujian PAP Smear percuma di LPPKN ni.. jadi laju je la nak ambik peluang.. 


LPPKN



Sampai kat situ kami pun tanya la.. eh lupa.. harus la selfie dulu.. hahaha.. bila dah selfie baru tarik pintu nak masuk.. tapi rupanya pintu dia pakai kunci yang cuma boleh dibuka dari dalam tu.. lepas tu kami tekan loceng dan ada staf yang tolong bukakan pintu..

kawan-kawan yang sama pergi tadi


kami pun tanya la pasal pakej yang ada dan pasal iklan ujian PAP Smear percuma tu.. dan dapat info yang ujian tu cuma boleh dibuat pada hari Rabu setiap minggu.. promosi ni dah dibuka dari 1 September hingga 30 November 2017 di semua LPPKN di seluruh Malaysia tau.. dan bayaran memang percuma.. 

Ujian PAP Smear Percuma


disebabkan aku tak dapat buat ujian PAP Smear sekali tadi aku cuma buat pemeriksaan kesihatan yang biasa tu je la..  kira bmi,  uji kolesterol dan gula dalam darah serta tengok bacaan tekanan darah.. tak ambik masa lama pun semuanya.. siap dalam setengah jam je tadi..

keputusan ujian darah


dan alhamdulillah keputusan aku tadi keseluruhannya takde masalah.. syukur.. aku diminta datang untuk pemeriksaan lagi 6 bulan untuk tengok tahap kesihatan aku dari masa ke semasa.. alhamdulillah..

kawan aku yang datang sama tadi ada masalah mengenai kolesterol dan tekanan darah tinggi,  jadi staf nasihatkan untuk datang pemeriksaan selepas sebulan dan 3 bulan.. dalam pada tu kawan aku dinasihatkan untuk kawal permakanan supaya makan makanan yang sihat.. 

sangat bagus layanan staf di LPPKN Kuantan ni.. siap dengan khidmat nasihat sekali dia bagi.. pada masa kami ada tadi kat situ ada jugak yang datang untuk beli implan dan dapatkan khidmat nasihat pasal perancang keluarga dan lain-lain.. 

perkhidmatan yang ada di LPPKN


jadi buat sesiapa yang rasa perlu untuk buat pemeriksaan boleh la korang cuba buat pemeriksaan di LPPKN dan dapatkan khidmat nasihat dari mereka.. ada jugak perkhidmatan untuk vaksin HPV..  kat bawah ni waktu klinik beroperasi.. 

waktu perkhidmatan klinik


untuk pemeriksaan kesihatan ada 2 pakej yang disediakan tau.. ada pakej 1 dan 2.. macam kat gambar bawah ni la.. tadi aku cuma ambik pakej 1 je dengan bayaran RM10.. berbaloi kan..? 

pakej pemeriksaan kesihatan yang disediakan 


lepas abis buat pemeriksaan terus rasa lapar.. kami singgah makan kat Restoran D Oasis yang tak jauh dari situ je.. aku makan laksa kat situ.. ok jugaklah rasanya.. RM4 satu mangkuk.. alhamdulillah balik dengan kenyang dan hati senang.. hehe..  

laksa penang di Restoran D Oasis



Cerita menarik lain

0 Luahan Ikhlas: