Catatan terkini

Kisah Rumah Terbuka Syawal Kami

Imej
Rumah Terbuka kami setelah sekian lama  Assalamualaikum semua, alhamdulillah bulan Syawal dah pun berlalu. Semalam hari terakhir Syawal. Ramai yang masih meraikan sambutan Syawal hingga ke penghujungnya. Syukur jugak tahun ni kita dapat meraikan hari raya Aidilfitri secara meriah berbanding tahun-tahun lepas.  Tahun ni tahun kedua kami raikan hari raya Aidilfitri di rumah sewa kami di Kluang ni. Tiba-tiba pulak tahun ni kami ada kerajinan untuk buat mini rumah terbuka pada hari Sabtu 29 April 2023 bersamaan 7 Syawal 1444. Kenapa namanya mini? Hehe.. sebab jemputannya agak terhad.  Ramai yang kami tak terjemput disebabkan banyak faktor. Salah satunya sebab majlis ditetapkan dalam masa yang terlalu singkat jadi persediaan agak kelam kabut. Senarai jemputan pun main tulis secara rawak je sudahnya.  Asalnya kami nak terima sekumpulan tetamu saja,  tapi bila difikirkan apa salahnya kami jemput je orang lain yang boleh datang jika berkesempatan. Itu yang akhirnya jadi majlis rumah terbuka se

Hidangan Hari Raya kami yang wajib ada

Menu Hari Raya yang mesti ada

Ketupat hidangan wajib ada.  Ini aku yang isi sendiri. 


Assalamualaikum semua, aku belum tunjuk lagi menu hari raya kami kat blog ni. Raya baru ni kami masak hidangan yang wajib ada je setiap tahun cuma tertinggal satu je la hidangan wajib yang tak sempat buat. Tahun ni kami beraya di Johor. Tak sempat nak balik beraya ke Pahang lagi ni sebab tuntutan kerja. InsyaAllah akan kami luangkan masa nanti.

Disebabkan tahun ni berhari raya di Johor jadi menu hari raya pun mengikut tradisi Johor jugak la. Atau lebih tepatnya tradisi rumah kami ni je. Abah kami ni memang kewajipan dia setiap tahun perlu ada ketupat. Ketupat nasi dalam daun kelapa la. Bukan ketupat palas atau pulut. Jadi kenalah mencari daun merata-rata.

Misi Anyam Ketupat Bermula

Daun kelapa untuk ketupat


Awalnya kami dapat beli daun kelapa di Kota Tinggi masa misi mencari baju raya. Masa tu dah hujung Ramadan dah. Nantilah aku ceritakan kisah mencari baju raya tu. Panjang kisahnya. Bila dah dapat daun kelapa tu adik aku yang Uda datang ambik kat rumah untuk anyamkan. Maklumlah dia pun tau yang aku ni bukan sempat pun nak buat semua. Tapi dapat sikit je daun tu. Dalam 80 helai je. RM12 juga harganya.

Ketupat dah siap anyam


Lepas tu aku tempah pulak dengan seorang lagi penjual kat Kluang ni. Dapatlah 2 ikat daun kelapa lagi, seikat tu RM10 ada lebih kurang 50 helai daunnya. Tapi bila dah dibelek-belek daun kelapanya tu banyak yang tak berapa elok. Ada yang nak layu dan ada yang sangat pendek dan halus daunnya. Nak dianyam menjadi ketupat pun tak berapa sesuai.

Jadinya kebanyakan ketupat kami tahun ni ialah ketupat bawang dan ketupat satay je la sebab itu je yang sesuai dengan keadaan daunnya. Bila siap dianyam adalah dapat dalam 180 biji macam tu. Bermulalah proses mengisi ketupat. Aku la yang kena ambik alih sekarang ni dari abah. Kalau dulu memang abah je yang buat. Orang lain tak berani nak buat. Risau salah isi je.

Beras dibasuh dan ditoskan, kemudian diisi dalam kelongsong ketupat dalam anggaran lebih sedikit dari suku ketupat tu. Kemudian diikat bersama dalam kiraan ganjil dalam 3 atau 5 biji ketupat dalam seikat. Semua ketupat ni direbus selama lebih dari 3 hingga 4 jam untuk dapatkan ketupat yang sempurna cantiknya. Alhamdulillah tahun ni menjadi elok semua ketupatnya.

Tradisi memasak di malam raya

rendang daging air tangan abah


Abah aku siap masakkan kari ayam tua dan jugak rendang daging pada petang sebelum malam raya tu. Andak aku dan adik ipar dah siap pulak masakkan sayur goreng. Jadinya waktu berbuka malam tu kami dah mula makan lauk raya. Syukur hari raya tahun ni tak perlu nak berjaga malam untuk masa juadah raya macam tahun-tahun yang sudah. 

Kari ayam pencen

sayur goreng 

ketupat dah siap rebus


Dah serik rasanya. Kalau dulu macam jadi tradisi mak abah akan memasak di malam raya. Yang jadi tak dayanya yang kena menunggu tu la. Mata macam kena jahit di pagi raya. Jadinya kali ni kami buat awal je la. Tak daya dah bila umur semakin meningkat nak berjaga sepanjang malam.

Cuma kali ni takde lepat pulut je la. Itu pun sebenarnya wajib buat setiap tahun. Tapi tahun ni sebab daun yang ada agak kecik-kecik jadi susah kalau nak bungkus dan ikat jadikan lepat, jadi kami batalkan je la niat. Lainkali je la kami buat. Cukuplah juadah yang ada untuk menyambut hari raya seadanya. Alhamdulillah.

Ceritaita

Ulasan

  1. Hari raya paling sedap melantak rendang. tahun sebelum ni pergi tour rendang kat melaka. setiap rumah yang di singgah mesti nak rasa rendang dia jika ada. sampai berat badan naik mendadak tak lama lepas tu. haha.

    BalasPadam
  2. wah sedapnya ita lauk2 raya ko.. untung masih dpt merasa air tgn abah ko

    BalasPadam
  3. pak mertua saya pun rajin masak kari ayam untuk raya

    BalasPadam
  4. Semua buat sendiri daripada awal.

    BalasPadam
  5. tersinggah sini dan terliurplak almaklumlah raya dh abis

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus