Catatan terkini

Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing

Imej
Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing - gambar ni kredit google ya Assalamualaikum semua, dulu aku pernah cerita pasal kedai jual keropok lekor sedap di Mersing dalam blog aku ni. Masa tu aku perkenalkan satu kedai keropok kat Mersing la. Bukan kedai keropok lekor popular dan viral di Mersing pun masa tu. Tapi aku cerita sebab dia jual keropok sedap. Kali ni aku nak cerita pasal kedai keropok sedap yang lain pulak. Lokasinya masih lagi di Mersing. Tak berubah ke daerah lain lagi la. Setakat ni kalau dalam Johor ni keropok area Mersing la yang menjadi pilihan kami sekeluarga. Pada kami, keropok daerah lain di Johor ni bukanlah tak sedap, cuma tak menepati selera je. Gambar lama dia, masa ni takde lagi papan tanda kuning kedai dia Ni gambar baru, adik aku ambik dari dalam kereta Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Eh yang aku cerita ni pasal keropok lekor sedap tau. Bukan keropok keping. Karang ada yang salah faham pulak. Kadang-kadang ada keropok lek

Berjaya dapatkan 3 Simcard UNIFI MOBILE Percuma Internet 10GB

assalamualaikum semua, aku ni kan tadi baru dapat berjalan blog kawan-kawan.. sekali tu terbaca la pasal simcard UNIFI MOBILE Percuma Internet ni.. kawan tu, Azlinda dia cerita pasal dia dapat 5 simcard unifi mobile percuma internet 20GB tau.. mau tak teruja aku dengar kan? jadinya aku terus la berebut jugak download aplikasi yang sama.. dan akhirnya aku berjaya dapatkan 3 Simcard UNIFI MOBILE Percuma Internet 10GB! haha,, nak tau macamana? meh baca lagi..

Simcard unifi mobile percuma
Berjaya dapatkan 3 Simcard UNIFI MOBILE Percuma Internet 10GB


aku kan memang dah lama mengintai UNIFI ni pun tapi dah beberapa kali asyik la kecewa bila tanya sebab kawasan rumah kami ni macam jadi kepulauan pulak.. kepulauan kawasan yang takde dipasang dengan kabel telefon tau.. maknanya takde peluang la nak pakai telefon yang menggunakan kabel atau talian tetap yang daripada TM tu.. bila ditanya katanya sebab pemaju dulu tak masukkan jadi siapa pulak nak tanggung kos pemasangan kabel tu kan.. Allah tak terkata la bila alasan macam ni keluar.. entah siapa yang patut dipersalahkan pun tak tau la.. kat dalam rumah kami semuanya ada tempat cucuk wayar telefon tu tau.. jadi kami ingatkan memang ada la talian sedia ada kan.. macam terasa ditipu pun ada la..

hish.. malas la nak cerita pasal ditipu pemaju ni.. mehlah kita kongsikan je macamana korang boleh dapatkan simcard UNIFI MOBILE ni secara percuma.. suka la tu dengar percuma.. lelaju je nak buat kan.. hehe.. tapi kena tau satu benda tau.. memula korang kena download aplikasi Unifi Mobile.. haa.. yang ni syarat wajib tau.. kalau tak buat rasanya memang tak boleh la nak dapatkan simcard tu.. tapi kalau walk in ke memana pusat TM pun boleh rasanya.. yang ni aku tak pasti ya.. korang kena la pastikan sendiri.. macam aku memang aku download aplikasi Unifi Mobile tu..


aplikasi yang perlu korang download kat Playstore - free je


bila dah download dia akan tunjuk intro dan terus korang boleh pilih samaada nak 1 atau 2 atau 3 simcard yang korang nak daftarkan atas nama korang.. lepas tu akan diminta untuk masukkan butiran peribadi dan alamat semualah.. kemudian dia akan suruh korang pilih nombor pilihan untuk kad sim yang korang nak mohon ni.. boleh jugak kalau korang nak gunakan nombor sedia ada korang tu..


lepas intro akan keluar ni.. aku tamak terus ambik 3.. haha


lepas korang dah confirm semua tu dia akan bagi pilihan samaada korang nak pergi ambil sendiri simcard tu kat memana TM Point secara percuma atau korang boleh pilih untuk diorang pos jugak dengan tambahan bayaran pos sebanyak RM10.60 je tau.. 



nampak tak RM0.00 tu.. FREE wei!


macam aku tadi dah siap semuanya dan aku pilih untuk ambik di TM Point yang berdekatan jadi aku cuma perlu tunggu 9 Mac ni untuk ambik.. lepas tu korang akan dapat mesej melalui telefon untuk confirmation dan nombor order korang ok!


aku nak ambik kat TM Point jadi dia bagi tempat dan tarikh


korang akan dapat mesej macam ni jugak nanti untuk confirmation tau..

sesiapa yang berminat boleh cuba mohon ok.. awal-awal dulu Unifi bagi 5 simcard percuma dengan internet 20GB lagi tau.. ni dah hujung-hujung agaknya cuma dapat yang 3 simcard percuma dengan internet 10GB je.. jadilah dari takde kan.. dan promosi ni akan tamat pada 31 Mac 2018 ni je tau.. sampai hujung bulan ni je.. jadi cepat-cepat.. jangan lambat-lambat..


Ceritaita

Ulasan

  1. singgah sini, wah menarik tu sis..alang dia bagi free ni 3 simcard sekali ambil hihi..

    BalasPadam
  2. yeayyy....dpt juga sim akhirnya.

    BalasPadam
  3. oh dh abis ek yg 20GB..husband buat aritu dpt la 10 simcard sbb 1 nama bole dpt 5 simcard...husband register nama dia ngan makmertua..tp dpt 3 ni pn ok juga kn

    BalasPadam
  4. Best juga kan. Boleh pakai berjemaah

    BalasPadam
  5. Amboiiii akak sampai tiga sekali dia grab

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Catatan popular daripada blog ini

Tok Aman Bali Beach Resort Kelantan

Resepi Pau Gebu yang sangat lembut

Resepi Mudah Apam Kukus