Selamat Hari Lahir Sayang!

11:06:00 PTG

assalamualaikum semua, pada hari ni 3 tahun yang lepas aku dah selamat berjuang nak lahirkan salah seorang permata hati kami.. Adik Ahmad Hadi Haris.. Selamat Hari Lahir yang ke 3 buat anak ummi yang tersayang..

Selamat Hari Lahir Sayang!


walaupun sebenarnya adik lahir awal 2 minggu jangkaan dan awal sehari dari tarikh dijadualkan dilahirkan melalui pembedahan, namun siapa sangka yang adik hadi sebenarnya memang ditentukan Allah untuk keluar lebih awal dari tarikh jangkaan..

dah berumur 3 tahun dah hari ni pun.. dan adik hadi dah pandai macam-macam selama 3 tahun ni.. dah pandai nak buat semuanya sendiri, dah pandai arahan yang senang-senang.. dah pandai jugak sibuk nak mengikut ummi bila ummi kena kerja jauh.. paling tak tahan bila adik hadi sebut..

 "adik nak ikut ummi boleh?" 

lepas tu bila ummi jawab tak boleh.. adik sambung semula..

"ala.. adik nak ikut ummi.."

sangat meruntun jiwa rasanya.. dan esok ummi terpaksa tinggalkan adik hadi lagi dengan ayah.. 


semoga dengan cukupnya umur adik hadi 3 tahun ni, Allah sihatkan badan adik hadi, Allah jadikan adik hadi anak ummi yang soleh dan mengikut kata.. semoga adik membesar menjadi pemimpin Islam yang berguna untuk semua orang yang berada di sekeliling adik.. amin..

You Might Also Like

4 Luahan Ikhlas

  1. Aamiin ya rabb.. Happy Birthday Adik Hadi.. semoga sentiasa dalam rahmat Allah.. ❤

    BalasPadam
  2. happy bornday adk hadi ^^

    http://jajastollymolly.blogspot.my/2017/09/first-giveaway-by-blog-buku-pinky.html

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini