Berkelana ke Kuala Lumpur mencari ilmu

11:22:00 PTG

Assalamualaikum semua, hari ni aku dah selamat pun meredah kesesakkan umat manusia yang sama nak berebut balik ke Kuala Lumpur setelah abis cuti panjang.. alhamdulillah kami tak terperangkap lama dalam kesesakkan tu tadi..

berkelana mencari ilmu


tadi kami siap daftarkan diri untuk hadiri satu konvensyen antarabangsa di KLCC.. alhamdulillah dipermudahkan urusan dari perjalanan sampailah ke urusan pendaftaran tadi.. syukur.. syukur sangat sebab diberi peluang hadiri konvensyen macam ni.. harapnya banyak ilmu yang kami akan kutip nanti..

tadi sempatlah hadiri majlis pembukaan yang lebih kepada majlis suaikenal sesama delegasi dari pelbagai negara.. tapi pada aku sendiri agak segan nak berinteraksi dengan diorang.. maklumlah ini kali pertama aku dapat peluang hadiri majlis sebegini..

banyak masa kami tadi kami luangkan untuk baca poster yang dipamerkan dan berjalan dari satu booth ke satu booth untuk tau apa saja maklumat yang perlu.. alhamdulillah banyak jugak ilmu baru yang kami dapat.. 

lepas je abiskan masa di dalam dewan kami keluar tengok aktiviti yang ada di luar dewan.. siapa sangka ada aktiviti yang menarik kat luar macam melukis inai pada tangan, melukis batik dan melihat orang menenun songket serta bermain gamelan..

kami sempat la berpeluang mewarna batik sekejap sebelum booth ditutup.. rezeki betul.. tengok je la hasilnya ni.. hihihi..


hasil mewarna batik tadi..


semoga esok kami dapat lebih banyak ilmu lagi.. insyaAllah!


You Might Also Like

9 Luahan Ikhlas

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini