Anak-anak PASTI melawat Abang Bomba! - Cerita Ita                                                             Anak-anak PASTI melawat Abang Bomba! Langkau ke kandungan utama

Anak-anak PASTI melawat Abang Bomba!

assalamualaikum semua,

ni sebenarnya cerita awal bulan ni.. tapi disebabkan kesibukan kerja ummi dia makanya cerita begini asyik la tertangguh.. tapi aku tetap jugak nak update cerita anak-anak dalam blog ni.. moga jadi kenangan baik untuk mereka satu masa nanti.. dan kali ni nak bercerita kisah anak-anak berjumpa abang Bomba pulak.. 


rombongan abang bomba
ini gambar rombongan kakak
 

Lawatan ke Jabatan Bomba dan Penyelamat


tapi ni bukan kisah Abang Bomba I Love You macam drama kat tv tu... ni kisah lawatan ke anak-anak aku yang jugak anak-anak PASTI ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Kuantan.. abg ngah dengan kakak husna kan penghuni setia PASTI dah dekat 2 tahun.. alhamdulillah banyak kemajuan yang mereka berdua dapat dari PASTI.. hanya Allah yang dapat membalas jasa baik guru-guru serta pengasas di PASTI.. dan setiap tahun pasti ada je lawatan yang memberi pelajaran yang baik buat anak-anak..

macam tahun lepas mereka buat lawatan ke Zoo Kemaman.. itulah kali pertama aku lepaskan anak-anak kecil berumur 4 dan 5 tahun naik bas tanpa kami.. siap berhantar dan tunggu sampai bas hilang tau.. haha.. kelakar kalau ingatkan pengalaman tu.. aku belum sempat lagi ceritakan kisah tu.. insyaAllah ada masa nanti nak tulis jugak.. kena cari dulu gambar yang lepas-lepas... cerita kalau takde gambar tak menarik kan?

macam ni jugak kali ni banyak betul gambar cikgu hantar... berbeza dengan lawatan kali pertama dulu.. yang kali ni lawatan secara bergilir-gilir disebabkan jumlah anak-anak PASTI yang terlampau ramai.. jadinya cikgu pecahkan rombongan lawatan kepada 2 kumpulan.. 

hari pertama rombongan pada hari Khamis, 6 Oktober 2016.. rombongan pertama ni dihadiri oleh anak-anak dari kelas 6 tahun dan 4 tahun.. abg ngah dapat ikuti rombongan pada hari pertama.. masa hari ni memang senyum sampai telinga la abg ngah hari tu.. dari akhir bulan 9 lagi dah sibuk cakap.. 


"ummi jangan hantar saya lambat-lambat tau.. nanti tak dapat pegi jumpa bomba"... hehe..


dan cikgu hantar gambar di akhir rombongan... meh layan gambar-gambar abg ngah...

dan balik dari rombongan apa ayat pertama abg ngah tau? abg ngah kata 

" best ummi... tadi kita naik lori bomba lepas tu dia bawak kita pusing-pusing... lepas tu kita ramai-ramai duduk dalam lori tu... muat tau ummi... bapak besar dalam lori tu..."


alhamdulillah... abg ngah sangat gembira... meh kita tengok gambar di hari rombongan abg ngah..


jom cari mana abg ngah.. haha

dalam bas
abg ngah kata kami makan dulu sebelum naik lori

anak-anak turun dari lori selepas dibawa berjalan-jalan dengan lori


dan keesokkannya pulak sampai giliran kakak husna pulak.. dan kumpulan kali ni cuma anak-anak dari umur 5 tahun je.. dan cikgu dah pesan jangan pakai kasut macam budak 6 dan 4 tahun semalam.. susah cikgu kata nak handle bukak dan pakai balik kasut.. dan kali ni kakak husna cuma pakai selipar..

tapi kakak husna tak la teruja sangat macam abg ngah.. bila tanya dia kakak nak pegi bomba ke hari ni pun dia cuma senyum je.. ntah apa rasa hati kakak agaknya... sebab kakak husna ni penakut sikit.. bukan jenis orang suka cabaran macam adik beradik lelaki dia yang lain..

dan bila balik pun macam tu.. takdelah teruja sangat macam abg ngah.. tapi bila tengok gambar dia senyum je.. terutama tengok gambar dia tengah pegang paip bomba macam kat bawah ni... 


seronok kata dia walau muka nampak takut..hehe

meh kita layan gambar masa rombongan kakak husna pulak...



kecik sikit ahli rombongannya..

gambar sedang pegang paip ramai-ramai.. tak jelas pulak gambarnya..


seronok tengok anak-anak senyum dan rasa gembira... tapi kalau anak-anak menang dan dapat set Play-Doh Town Firehouse yang blogger YB Shehan nak bagi ni mesti lagi lebar senyum anak-anak ni agaknya... moga adalah rezeki diorang ni...

Ulasan

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum