Menonton Teater percuma! - Cerita Ita                                                             Menonton Teater percuma! Langkau ke kandungan utama

Menonton Teater percuma!

assalamualaikum semua,

hai korang... dah hari jumaat ek... sekejap je masa bergerak... sedar-sedar dah hujung minggu... rasa macam tak buat apa-apa pun lagi.. disebabkan masa yang makin rasa cepat berlalu ni la aku rasa kena makin banyak habiskan masa berharga bersama keluarga... 


teater percuma

dan disebabkan kami dalam kemurungan kerana kehilangan ahli keluarga tersayang kami maka aku pun ambik keputusan untuk hiburkan hati keluarga terutama anak-anak... semoga mereka dapat lupakan kesedihan kehilangan yang lepas...

dan malam tadi kami ke UIAM Kuantan atau lebih dikenali sebagai IIUM Kuantan untuk tengok persembahan teater percuma... yaaa... PERCUMA je tau... meh baca macamana kami boleh pegi teater percuma ni...

ada 2 cerita menarik!


mula-mula aritu aku cari info untuk hari terbuka IIUM ni yang akan berlangsung dari 8 hingga 9 Oktober ni... dan aku pun terperasan yang admin page dia upload gambar tajuk yang bertulis Pensel macam gambar atas ni... teruja la aku sebab tak pernah hayat aku dapat tengok teater... dan lebih teruja lagi yang teater ni mainkan cerita yang paling aku suka.. Pensel tulisan Ali Majod.. aku pernah tunjuk buku penulis kegemaran aku ni di SINI..


dan aku tau jalan cerita Pensel tu sedih... dan beria la aku bercerita dengan anak-anak kisah Pensel yang dalam buku Ali Majod ni...tapi bila dah abis persembahan tu boleh pulak abg ngah cakap... kenapa lain dengan ummi cerita... aiseh.. aku mana tau diorang nak oleh cerita tu kan? hahaha...


masa awal kami nak masuk tu aku dah cuak dah... sebabnya kami tengok semua orang beratur check nama.. dan ada tiket kena bagi pada penganjur... aku dah risau dah ni... aaah sudah.. kalau tak boleh masuk macamana ni.. dah beria cakap dengan anak-anak kita nak tengok teater... bila anak-anak tanya apa teater tu... aku kata orang berlakon atas pentas depan kita... hahaha... itu je mak ko mampu nak jawab nak oiii.. aku mana la tau nak jawab apa lagi kan? kalau korang nak jawab apa kalau bebudak ni tanya apa tu teater?


pastu bila dah bincang baik dengan penganjur dia bagi masuk... alhamdulillah.. selesai masalah...dan paling best ialah kami dapat duduk depan betul tau.. baris ketiga dari pentas... hebat cara pengajur ni layan tetamu... tapi yang tak selesainya tu ialah malam tadi tu rupanya malam perasmian pulak... maknanya ada la pulak ucapan bagai dari vvip... haru.. anak-anak dah mula tak duduk diam... bukan anak je.. mak bapak pun dah sibuk main telefon je dah... bosan wei... ok sampai part dia cakap je dengan ini merasmikan majlis terus segar mata anak-anak.. hahaha... 


dan lepas tu terus bermula teater yang dimaksudkan.. bermula dengan cerita Air Tebu Ayah... best cerita ni... katanya adaptasi dari novel Korban Kasih... aku puji betul para pelakon terutama yang jadi mak aka rogayah aka kak gayah tu... memang best gila budak ni berlakon.. hidup je watak dia sampai ke sudah... melopong anak-anak aku tengok... hahaha... 


Air Tebu Ayah

salah satu babak dalam Air Tebu Ayah



lepas tu barulah muncul cerita Pensel yang aku tunggu-tunggu... haaa... part ni la yang anak-anak kata lain dari yang ummi cerita... nampak macam ummi menipu pulak ek...? sebenarnya cerit Pensel ni memang adaptasi dari cerpen Ali Majod yang bertajuk Pensel atau The Pencil... tapi telah diolah menjadi cerita yang kelakar pada pengakhirannya... menarik bagi aku... sebab selama ni aku ingat orang adaptasi ni akan adaptasi bulat-bulat dari novel atau cerpen tu...

Pensel 

para pelakon Pensel


cerita Korban Kasih dan Pensel ni aku rasa sebenarnya sedih .. tapi diorang jadikan cerita ni sangat menghiburkan... terutamanya untuk orang yang pertama kali tengok teater macam ni.. ianya menjadikan pengalaman menonton teater tu sesuatu yang best sangat... anak-anak siap mintak nak tengok lagi... alhamdulillah.. terima kasih IIUM kerana menyajikan persembahan yang mantap yang diatur oleh pelajarnya!

tapi satu lagi pelajaran yang kami dapat ialah bila nak mengawal anak-anak supaya duduk diam di dalam majlis rasmi yang macam ni... terutama buat kami yang beranak empat ni... huhuhu... tapi mujurlah acara perasmian tu ada diselangi dengan kemunculan maskot comel yang menceriakan suasana...


semangat nak tengok maskot

tu la maskot comelnya...hahaha...


tapi macam biasalah bila bawak adik Hadi dalam bilik yang ditutup lampu akhirnya... akan jadi begini... hehehe...


comel je kan adik tidur?
eh lupa nak bagitau... artis-artis ni semua dari Fuscia dan Amigos Production tau...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Rayuan untuk kakak husna..

assalamualaikum semua, aku nak sambung cerita pasal permohonan sekolah kakak husna yang tak berjaya aritu.. ada ke yang berminat nak tau cerita lanjut? kalau takde pun aku saja je la nak kongsikan kot-kot akan ada ibubapa yang mengalami nasib sama macam aku nanti kan... jadinya ini panduan untuk korang yang bakal ada anak berumur 6 tahun akan datang... Rayuan ke Pra Sekolah inilah pra sekolah idaman kakak.. ni namanya mengintai dari celah tingkap.. hehe macam aku ceritakan dalam entri sebelum ni, kakak husna tak berjaya nak dapatkan tempat ke Pra Sekolah di sekolah yang sama dengan abg long.. dan aku pun pergi ke sekolah keesokkan harinya selepas menerima surat penolakan tu.. Usaha merayu untuk prasekolah aku pergi dalam waktu pagi.. waktu orang tengah sibuk nak hantar anak-anak masing-masing ke sekolah.. kalau ikutkan waktu tu memang macam tak berapa sesuai memandangkan cikgu-cikgu sedang agak sibuk menguruskan anak murid masuk ke kelas masing-masing.. belum