Follow my blog with Bloglovin

Isnin, 10 Mac 2014

Semacam Kepuasan

assalamualaikum semua,

aku sekarang berada di kuala terengganu untuk mesyuarat sampai selasa ni...

lemah badan yang tengah macam ni nak bergerak sana sini...tapi apakan daya terpaksa kuturutkan...

kami bergerak dari kuantan jam 5 petang semalam disebabkan shah kerja dan semalam hari ahad...taska tutup..bila sampai makan malam yang dah disediakan elok je dah abis..kami ke restoran berdekatan hotel untuk makan dulu dan aku terus sertai mesyuarat pada sesi malamnya...sebenarnya mesyuarat dah bermula petang semalam lagi..

dah di sebalik kesibukan orang di sana sini membincangkan isu kehilangan pesawat MH370 dan banyak spekulasi yang timbul...aku memilih untuk membuat spekulasi untuk diri sendiri dan ada ayat Datuk Hishamuddin yang mencuri pandangan dan pendengaranku... "we only can reveal what we think can reveal"...

jadi faham-fahamlah kepada yang sangat mendesak tu...ada masalah yang mungkin melibatkan keselamatan dan kedaulatan negara..tak kira sama ada negara kita atau negara orang lain..bersama-sama la kita mengurangkan beban yang ditanggung oleh mereka yang terlibat terutama ahli keluarga mangsa..janganlah suka-suka mengeluarkan kenyataan di mana-mana pun jika kita sendiri tak pasti bidang tugas masing-masing...biarlah mereka melakukan apa yang perlu dan kita perlulah berdoa untuk keselamatan semua yang berada di dalam MH370 dan mereka yang terlibat dalam proses menyelamat...

di kala orang sibuk...aku memilih untuk membaca buku ini untuk ketenangan jiwa...

p/s jom bersiap untuk bersarapan dan mesyuarat :)

Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

mamapp berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

semacam kepuasan.. wow

che mid berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Selamat bersarapan dan selamat bermesyuarat. Sekarang ni tengah makan malam pulak kut..