Follow my blog with Bloglovin

Khamis, 6 Oktober 2016

Meowth.. akhirnya kau pergi jua...

assalamualaikum semua,

belum sempat aku nak ceritakan pasal haiwan peliharaan kami yang baru je kami bela... tapi terpaksa pulak menyampaikan satu berita sedih... sedih sangat buat kami berita ni... sesedih orang kehilangan ahli keluarga...


 
adik Hadi dan Meowth



kucing kecil yang kami beri nama Meowth ni sangat comel dan manja... asalnya kami cuma mahu penuhkan impian anak-anak untuk bela kucing di rumah... dan aku agak tak sangka rezeki membela Meowth ni datang begitu saja... 

ada kawan di pejabat yang tiba-tiba bertanya pada hari Khamis minggu kedua terakhir bulan September yang lepas... aku tak bagi kata putus tapi bila tengok muka comel begini terus tak jadi nak lepaskan peluang bela dia... 

Meowth yang comel


kawan aku sebelumnya selamatkan Meowth dari kena langgar dengan lori di atas jalanraya... dia nak bela tapi disebabkan kucing dia pun memang dah banyak maka dia tak sanggup lagi dah... dan kami bagi nama Meowth tu atas permintaan abg long yang nak sangat nama pokemon tu... siap bagi ejaan lagi tau.. huhuhu... 

gambar ni hari pertama kami ambik dia


yang ni pun gambar hari pertama kami ambik dia.. sedih je muka dia kan?


ni pulak gambar dengan adik Hadi yang selalu buli Meowth

gambar tidur dengan abg long..

gambar masa ummi bawak pegi kerja waktu minggu pertama jaga..


dan kami sempat bela Meowth selama lebih kurang 2 minggu... dan akhirnya ajalnya jugak di atas jalan di depan rumah kami... sayangnya kami tak sempat tengok pun jasadnya... cuma dengar dari jiran-jiran yang kata nampak dia terbaring mati atas jalan... entah siapa yang mengalihkan sebelum kami balik...

Allah... semua rasa ada... terkilan...menyesal... tapi benda dah nak jadi... dah suratan takdir... semoga Allah balas jasa Meowth yang sempat mengembirakan hidup kami semua... 


Tiada lagi budak kecik comel yang datang mengiau bila aku masak...

Tiada lagi budak kecik comel yang datang mengigit kaki kami kejutkan kami waktu kami tidur...

Tiada lagi budak kecik comel yang sama-sama tidur dengan kami...

Tiada lagi budak kecik comel yang selalu diam je bila anak-anak main selimut dengan dia...

Tiada lagi budak kecik comel yang rela nak dipicit-picit adik Hadi...

Tiada lagi budak kecik comel yang nak panjat-panjat badan kami...

Cuma tinggal budak kecik comel yang sentiasa dalam kenangan kami...


gambar pagi semalam waktu makan... gambar terakhir Meowth

terbayang lagi muka dia teleng-teleng tengok kami dalam kereta pagi semalam... 


Allahuakhbar... hilangkan kesedihan dari hati kami ya Allah... :'(
Cerita menarik lain

2 Luahan Ikhlas:

E'in berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

comelnye meowth.. semoga tabah ye kak..

Rozita Abdul Rahman berkata... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tq e'in... insyaAllah kami kuat... :'(