Resepi Jemput-Jemput lembut dan sedap

11:38:00 PTG

Resepi Jemput-Jemput lembut dan sedap

Assalamualaikum semua,  hari ni hari Jumaat.. hari cuti hujung minggu kalau kat Johor ni.. sebab cuti hujung minggunya hari Jumaat dan Sabtu.. hari minggu macam ni biasanya akan adalah benda yang nak dimasak sebab selama ni sepanjang minggu kerja dan tak sempat nak fikir menu nak masak pun.. lagi pulak sekarang ni aku tengah amalkan Diet Suku-suku separuh lagilah kurang masak yang berat-berat.. 

resepi cucur bilis
Resepi Jemput-Jemput lembut dan sedap


Tapi hari ni rasa nak makan jemput-jemput sedap jadi marilah kita buat.. pulak tu ada kuah asam pedas tetel baki lauk semalam tu.. boleh la buat kuah cicah bila dah siap kang.. resepi yang aku selalu guna ialah gunakan nasi yang tak habis atau kentang yang aku blender hancur tapi sejak akhir ni aku cerdik sikit dan malas.. haha.. jadi aku ambik la jalan mudah.. meh la aku kongsikan resepi dan rahsia jemput-jemput aku kekal lembut walau dah sejuk.. 


Resepi Jemput-Jemput lembut dan sedap oleh Ceritaita


Bahan-bahan

1/2 kilo tepung gandum

1 cawan potato flakes (inilah rahsia jemput-jemput kekal lembut walau dah sejuk.. boleh beli kat kedai alat bakeri je)

1 kiub ikan bilis maggi diramas hancur (nak tambah ikan bilis pun boleh) 

1 biji bawang besar (dikisar) 

3 sudu teh garam

Air secukupnya

Minyak untuk menggoreng


Cara-caranya

1. Satukan tepung,  potato flake,  garam,  kiub ikan bilis dalam satu bekas. 

2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati dan sedang elok untuk digoreng. Kira macam bubur pekat dia punya keadaan tu. 

3. Kalau korang nak letak sayuran macam taugeh atau lobak merah yang disagat pun boleh masa ni.. lagi sedap. 

4. Goreng jemput-jemput dalam minyak sehingga kekuningan dan masak. Terbalikkan dan kemudian angkat dan toskan minyak bila dah masak. 

5. Boleh dihidangkan dengan sos atau apa sahaja kuah kegemaran korang. 

Selamat mencuba! 


Ceritaita



You Might Also Like

2 Luahan Ikhlas

  1. Oooo kena tambah potato flakesnya rahsia jemput-jemput lembut.
    Moga terus istiqamah diet SSS sehingga tercapai target.

    BalasPadam
  2. Jemput- jemput, cekodok, apa je u name it..memang sedap...nak- nak kalau letak ikan bilis lagi sedap

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini