12 Senarai Tempat Yang Menarik di Langkawi 2022 - Cerita Ita                                                             12 Senarai Tempat Yang Menarik di Langkawi 2022 Langkau ke kandungan utama

12 Senarai Tempat Yang Menarik di Langkawi 2022

12 Senarai Tempat Yang Menarik di Langkawi 2022

Assalamualaikum semua, ramai yang tak percaya bila aku cakap yang kami sekeluarga belum pernah sekali pun melancong atau bercuti ke Langkawi.. ya memang tak pernah sekali pun.. tapi jangan tak percaya juga kalau aku kata aku dah siap ada senarai tempat yang wajib dilawati di Langkawi kalau kami berpeluang ke sana satu hari nanti..

 

12 Senarai Tempat Yang Menarik di Langkawi 2022

 

ya.. aku dah ada 12 senarai tempat menarik di Langkawi 2022 berdasarkan pembacaan aku sebelum ni dan juga pengalaman kawan-kawan berkunjung ke Langkawi sebelum ini.. sebab selalunya kalau nak ke mana-mana memang lebih seronok kalau kita dah rancang perjalanan tu sebenarnya.. lebih-lebih lagi bila melibatkan staycation yang singkat.. maklumlah semua tempat nak diterjah dalam masa yang terhad..

 


Bila bercuti ke mana-mana haruslah tempat penginapan yang akan jadi perkara utama.. hotel mana nak tempah? alangkah bestnya kalau dapat duduk tempat penginapan yang selesa macam di Berjaya Langkawi Resort ni.. harus tidur lena je nanti selepas menghabiskan semua senarai tempat yang wajib dilawati di Langkawi.. mana taknya.. ianya betul-betul menghadap laut dan pasti berikan ketenangan sewaktu bercuti.. eh silap bukan menghadap laut tapi ianya memang berada di dalam laut..

  


jadi marilah baca senarai tempat wajib dilawati di Langkawi sekurang-kurangnya paling singkat untuk percutian 3 hari dua malam di Langkawi..

12 Senarai Tempat Yang Menarik di Langkawi 2022

 

1. Dataran Lang

 

Dataran Lang

Salah satu tempat yang menjadi tarikan utama di Langkawi haruslah di mana adanya replika helang yang memaparkan tulisan Langkawi di bawahnya.. sangat memukau mata setiap pelancong yang hadir ke sini.. kalau datang ke Langkawi kiranya macam tak sah kalau tak ke Dataran Lang ni untuk mengabadikan kenangan di sini.. Sumber gambar – istockphoto

 

2. Kompleks Hj. Ismail Group

 

 Kompleks Hj. Ismail Group

Kalau dah sampai Langkawi tak sah la kalau tak shopping kan? Dan rasanya memang dah jadi tradisi bila pergi bercuti di mana-mana akan ada buah tangan untuk keluarga atau kawan-kawan.. di Langkawi pulak terkenal dengan coklat bebas cukainya.. juga barangan pinggan mangkuk.. biasanya pelancong akan ke Kompleks Hj Ismail Group ni untuk mencari semua tu.. Sumber gambar - FB

 

3. Langkawi Underwater World

 

Langkawi Underwater World

Bagi yang ada anak-anak kecil sering disarankan untuk memasukkan Langkawi Underwater World dalam senarai kerana mempunyai daya tarikan yang sangat sesuai untuk aktiviti berkeluarga.. sesuai dengan namanya, mereka tawarkan pemandangan bawah air yang sangat memukau dan pastinya buat pengunjung teringat-ingat.. Underwater World merupakan salah satu daripada tarikan utama di Langkawi. Bangunan putih yang besar yang meliputi kira-kira 60,000 rumah persegi kawasan kaki lebih 4,000 hidupan marin yang merangkumi lebih daripada 500 spesies ikan dan hidupan lain bawah air. Sumber Gambar – Blog Mamapipie

 

4. Kota Mahsuri

 

Kota Mahsuri

Lagenda Mahsuri sangat sinonim dengan Langkawi jadi tak sah jika tak berkunjung ke sini.. dan kami merupakan peminat sejarah juga.. tanpa sejarah siapalah kita hari ini kan.. sumber gambar – FB Kota Mahsuri

5. Muzium Padi Langkawi

 

Muzium Padi Langkawi

Antara tempat yang sering kami masukkan dalam senarai ketika melancong adalah muzium.. dan di Langkawi ada muzium yang boleh dilawati untuk menambahkan ilmu iaitu Muzium Padi Langkawi.. tempat ini juga merupakan tempat perlancongan terkenal di Langkawi.. sumber gambar – Blog Mamapipie

 

6. Nusantara Maju Langkawi

 

Nusantara Maju Langkawi

Satu lagi tempat yang pastinya akan dikunjungi adalah Nusantara Maju di Langkawi.. di sinilah wujudnya perusahaan bagi menghasilkan minyak gamat dari gamat yang terkenal sebagai agen penyembuhan yang baik.. tentunya boleh dijadikan buah tangan buat saudara mara juga nanti.. sumber gambar – Blog Mamapipie

 

7. Taman Hidupan Liar Langkawi

 

Taman Hidupan Liar Langkawi

Ini adalah antara tarikan utama juga di Langkawi.. terutama bagi mereka yang inginkan aktiviti berkeluarga dan sukakan haiwan.. Pernah dinobatkan sebagai antara Zoo yang paling kerap dilawati di Asia dan terkenal kerana haiwan-haiwannya yang jinak.. Sumber gambar – Blog Mamapipie

 

8. Langkawi Adventure & X-treme Park

 

Langkawi Adventure & X-treme Park

Antara tarikan terbaru di Langkawi.. sejujurnya aku tak berapa berkenan dengan aktiviti extreme macam ni.. tapi bila kau ada anak bujang yang sangat minat aktiviti macam ni haruslah kena masukkan juga dalam senarai.. aku tengok pun gayat oii.. sumber gambar – FB Langkawi Adventure & X-treme Park

 

9. Buffalo Park

 

Buffalo Park

Sejak tau pasal tempat ni yang terkenal kerana memproses kejunya sendiri dari hasil susu kerbau mereka sendiri aku dah lama teringin nak pergi.. ditambah pulak kami sekeluarga memang suka melihat haiwan.. jadi wajiblah masukkan dalam senarai tempat lawatan wajib.. sumber gambar – FB Buffalo Park

 

10. Aktiviti Rekreasi pantai dan Island Hopping

Paradise 101 Langkawi

 

Setiap kali mendengar pengalaman mereka yang ke Langkawi pasti seronok menceritikan pengalaman melakukan aktiviti rekreasi pantai dan island hopping.. paling best bila ada yang menceritakan pengalaman memberi makan burung helang atau ‘eagle feeding’ dalam trip island hopping mereka.. teruja kami yang mendengarnya.. dan yang terbaru ialah tarikan Paradise 101 Langkawi yang sangat cantik.. sumber gambar – FB


11. Maha Tower

 

Maha Tower

Maha Tower ni pun salah satu tarikan terbaru di Langkawi.. menara yang tersergam indah dan merupakan salah satu kebanggaan warga Langkawi.. wajib la kena naik ni.. sumber gambar – FB Maha Tower


12. Langkawi Eco Marine Park

 

Langkawi Eco Marine Park

Salah satu tarikan terbaru yang akan dibuka di Langkawi.. Terkenal sebagai taman tema air berinteraktif pertama di Asia.. ya.. yang pertama di Asia.. rugilah kalau tak berkunjung ke sini.. sumber gambar – FB Langkawi Eco Marine Park

Bila dah senaraikan 12 tempat yang wajib dilawati di Langkawi ni pun belum cukup lagi rasanya untuk orang yang belum pernah jejak ke Langkawi merasa puas dengan percutian ke sana.. tapi sekurang-kurangnya dengan senarai sebegini dapatlah membantu untuk menyediakan itinerary Langkawi mudah bagi mereka yang memerlukan.. jom bercuti ke Langkawi untuk capai angan-angan!


Ceritaita




Ulasan

  1. Best travel Langkawi ni kan macam2 ada. Aku mmg plan nak pegi lagi tapi tu la tgh cari timing

    BalasPadam
  2. Hopefully one day dapat jejak semula ke Langkawi.

    BalasPadam
  3. Skybike tu tmpt baru ea? Rindulah nk ke langkawi

    BalasPadam
  4. tahun lepas baru ke Langkawi memang best Langkawi harus akan repeat setiap tahun kalau tak ada pendemik menghalang,

    BalasPadam
  5. Banyak jugak tempat tak pegi lagi kat langkawi rupenye. Kne repeat lagi ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat