Kisah tuntutan gantirugi banjir kilat

5:52:00 PTG

Assalamualaikum semua,  rasanya sesiapa yang mengikuti blog aku ni dah sedia maklum yang kami sekeluarga ditimpa musibah banjir kilat masa penghujung bulan September baru ni.. ada aku cerita kisahnya dalam entri Banjir Melanda baru ni.. kali ni nak cerita pulak la kisah aku buat tuntutan gantirugi banjir kilat.. 

Kisah tuntutan gantirugi banjir kilat


mehlah aku cerita serba sedikit apa usaha yang aku buat memandangkan aku pun sebenarnya tak pernah mengalami kejadian banjir sekali pun dalam seumur hidup pun sebelum ni.. ditakdirkan pulak bila berpindah ke Johor Bahru nak terkena kan.. siapa sangka.. sendiri pun tak menyangka.. ayat yang aku dengan Shah cakap masa kena banjir aritu.. "Kita punyalah survey rumah masa nak beli rumah aritu sebab nak elakkan kawasan banjir kan.. sekali dekat rumah sewa pulak kita terkena".. itulah pengajaran terbesar.. kita manusia ni hanya mampu merancang.. segalanya ditentukan olehNya jua.. 

mari sambung hal tuntutan.. lepas banjir aritu kami sibuk uruskan semua barang yang.. lepas tu bila satu kereta pun takde nak uruskan semua perkara penting macam beli pasir kucing,  beli makanan kucing,  buat report polis.. uruskan kain baju yang basah.. semuanyalah.. rasa terduduk jugak masa tu.. di fikiran cuma teringat nak buat laporan polis tapi.. masalah nak pergi.. masa tu teringat Grab je.. kami pun tempah Grab dan buat laporan polis.. selesai satu masalah.. 

bila dah agak stabil kat rumah baru kat Kluang, aku mula kumpulkan semua yang berkaitan dan buat surat tuntutan gantirugi kepada Majlis Perbandaran Johor Bahru (MBJB)..  masa ni nak mengarang surat pun rasa susah.. yelah kan.. bukan pernah buat pun selama ni.. inilah kali pertama.. itu pun tak pasti boleh dibuat ke tak sebenarnya.. kami cuba nasib je la.. mana tau ada rezeki dapat sikit untuk bantu baiki motorsikal kami yang masih belum dibaiki lagi pun selepas banjir aritu.. sedih betul.. duit cukup-cukup je untuk baiki kereta dan sediakan kelengkapan anak-anak sekolah.. itu yang utama.. mujurlah barang elektrik tak banyak yang rosak.. lepas keringkan boleh digunakan balik.. syukurlah.. 


jadi lepas selesai semua yang penting untuk rumah aku pun hantar surat aduan ke MBJB tu.. aku hantar pada awal Disember 2021.. untuk pengetahuan ini adalah cubaan aku je.. sebab aku ada baca kat mana ntah yang katanya boleh tuntut gantirugi dengan majlis jika berlaku banjir kilat.. jadi aku cubalah.. mana tau ada rezeki.. macam ni la contoh aduan yang aku buat untuk mohon gantirugi.. 

contoh surat tuntuan gantirugi banjir kepada majlis perbandaran
contoh surat tuntuan gantirugi banjir kepada majlis perbandaran


dan baru ni aku hantar aduan kedua lepas aduan pertama aku tak berjawab.. bukanlah tak berjawab.. cuma berjawab dalam siasatan saja.. dan pada 29 Disember 2021  aku terima balasan lebih kurang macan ni la bunyinya.. 

Balasan MBJB berkenaan tuntutan gantirugi


maksud surat ni kalau dari apa yang aku faham.. banjir disebabkan kenaikan paras air sungai dan hujan yang lebih dari biasa..  dan yang tersirat la..  mereka kata banjir bukan disebabkan kesalahan di pihak majlis la kan? jadi maksudnya aku tak boleh tuntut apa-apa ke dari mereka?  macam tu ke?  ke aku yang salah faham? terfikir jugak.. bukan ke banjir di negeri lain pada bulan Disember baru ni pun atas sebab yang sama.. hmm.. entahlah.. kang kalau kata lebih-lebih ada yang cakap aku tak reti bersyukur pulak nanti kang.. fahamkanlah aku jika aku tak faham.. 

Ceritaita

You Might Also Like

2 Luahan Ikhlas

  1. Baru ni Banjir diSelangor Rumah sy pun terlibat sama... dekat sini kami tak boleh claim dengan PBT atau pemaju perumahan melainkan semak dengan Jabatan Pengairan Saliran tentang kedalaman dan longkang dan Sungai adakah telah diselenggara dengan baik... dan sungai yang di penuhi sampah adakah telah di bersihkan sebab tu punca utama terjadinya banjir... pengalaman kami banjir sebelum ni disebabkan sg menjadi cetek kerana ada pemajuan di kawasan sekeliling. terjadinya hakisan tanah dan pasir mengalir kedalam Sungai... Tindakan yg dibuat pihak JPS perlu semak keadaan Sg yang menjadi cetek disebabkan sistem parit dan longkang tidak diselenggara dengan betul. Moga dipermudahkan urusan kite semua dimasa akan datang... sedihkan...

    BalasPadam
  2. Tak tau nak komen apa kalau bab tuntutan nie.. memang jenuh sekarang nie kalau nak tuntut hak apa-apa pun.. huhuhu..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini