Selamat tahun baru 2022

3:42:00 PTG

Assalamualaikum semua, dah masuk tahun baru 2022 dah pun.. Selamat tahun baru 2022 semua! banyak yang akan berubah pada tahun ni.. yang utama sekali ialah umur.. dah semakin meningkat.. aku jangkakan juga berat badan akan berubah juga.. haa.. yang ni agak positif la sikit..

Selamat tahun baru 2022


Azam? asal awal tahun baru je mesti orang tanya azam apa kan? kenapa jadi macam tu sebenarnya? ada yang kata kita ni terikut-ikut budaya barat.. ada yang kata sebaliknya.. pada aku tak salah pun nak letak azam setiap tahun baru.. bukan mengikut sesuatu budaya pun.. cuma sesuatu perkara tu bila kita mula dengan tahun baru biasanya semangat dia lain macam sikit.. aura tahun baru tu best untuk mulakan sesuatu yang baru.. jadi tak salah pun untuk mereka yang nak pasang azam.. terpulang la kan..

azam aku setiap tahun sama je la.. nak jadi lebih baik dari tahun sebelumnya.. walaupun selalunya tak berapa berjaya tapi usaha tu mestilah sentiasa ada.. umur makin meningkat kena la berazam makin kuat.. sebenarnya banyak yang aku nak capai.. antaranya macam kat bawah ni..


Azam tahun baru 2022



aku harap salah satu dari azam ni akan terlaksana la sebelum habis tahun ni.. kalau tak capai pun takpe la.. biar aku tulis kat blog ni untuk aku ingat yang aku pernah pakukan azam ni.. kalau tak dapat capai tahun 2022 ni kita bawak pulak ke tahun hadapan.. begitulah seterusnya.. yang penting jangan pernah putus asa.. Selamat tahun baru 2022 dan jom berazam!


Ceritaita



You Might Also Like

5 Luahan Ikhlas

  1. selamat tahun baru kak ita. kejap je rasa kan kak? dh masuk tahun 2022. anak2 pun dh makin besar. moga kita semua beroleh perlindungan yg lebih baik berbanding tahun2 lepas.. aamiin

    BalasPadam
  2. Selamat tahun baru Ita.. semoga tercapai azam Ita dan kita semua. Semoga semuanya akan lebih baik untuk kita tahun nie.. baik urusan dunia atau akhirat.. Aamiin Ya Rabb..

    BalasPadam
  3. Selamat tahun baru. Yaya biasa dah azam foward2 next year..hihi terutama tang berat badan tu. Bila dah ada azam ni ada lah sesuatu nak dicapai, baru bermatlamat hidup ni..gituu..

    BalasPadam
  4. Selamat Tahun Baru kak...pejam celik dah masuk 2022. Marsha pun rasa dah makin berumur sebab tengok anak-anak pun makin besar. Doakan Marsha dapat capai azam tahun 2022 ni.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen :)

Komen Terkini